Semalam, jam 1030 pagi, umah mak dah ada tetamu :)
Alhamdulillah.....
Tetamu mak tu adalah kawan ayah - Suzaimi dan family dari Kuwait.
Mmmm lama tak jumpa.
Macam2 la yang kami borakkan.
Huhu lagi best kalau lebih lama.
Tapi apakan daya, mereka nak pulang ke kampung halaman di Terengganu.
Harap2 la umur panjang, then boleh la kita bertemu kembali.
Amin.
Plan asal, hari Ahad lepas mak nak wat makan2.
Tapi tetiba jek rasa tader nafsu nak masak2...
Sib baik la tak ajak orang lagi.
Hahaha.
Kalau tak, kena gagahkan jualah nampaknya.
Mak plan nak wat makan2 sempena birthday Sarah Aisyah dan ayah 31/5 yang lepas.
Mmmm ayah tu dah celebrate 3 kali la kiranya...
Hari tu informal kat umah opah, then kat opis lak. Then kat yang semalam :)
Amboiii dah mengalahkan celebrity glamer gitu.
Hahaha!!
Aisssshhhh terasa baru jek kan mak bersalin kan Aisyah....
Terasa baru sangat mak tumpah darah!! Lalu mak diliwat dan di seluk oleh mak gynae....
Adusss... semua itu jadi sweet memory dah yer......
Cepat betul la waktu berlalu!!!!
Okey nak cerita tentang kek lak ok.
Kek mak memang dah tempah dari awal bulan lagik.
Kek mak memang dah tempah dari awal bulan lagik.
Tujuannya sebab takut tukang buat kek tak terima tempahan kek.
Mak tempah kat mana??
Actually this is the first time tau mak tempah2 ni...
Usually kami beli kat kings confectionary atau Secret Recipe jek.
Tapi baru ni ada isu2 halal haram so mak pun kena cari option lain yang tak syubhah.
Mak pun tempah la kek dengan kastemer baju mak.
Mmmm dia pun bukan calang2 orang tau!!
Siap kuar tv gitu!!!
Last month dia keluar TV3 - WHI - demo apam polkadot :)
Haaa kelas !!
So semalam dapat lah mak merasa air tangan nya....
Sedap!!!
Next time memang boleh order la :))
Infonya leh dapat kat sini ya ---
Mak ni tamak,.... siap order roti jala gitu.
Bukan tak reti buat.
Tapi kalau mim alif lam sin datang.....sendiri mahu ingat la :))
Lepas amik kek jam 230 petang semalam,
Mak pun langsung ke rumah Mira adiknya ayah.
Sepatutnya dia yang mai umah mak.
Hahahaha....
Tapi disebabkan mak plak dah rasa lemas tak jalan2, so mak pun tukar la plan....
Celebrate besday kat sana :))
Sib baik la dia pun sporting.
Tq ma chik :)
So ni gambar2 sekitar majlis mini semalam.....
Mak memang konpius besday siapakan yang sebenonya aihhh :))
Ni la rupa keknya..... Chocolate Indulgence :)
Deko dari tepi..... ada pagar2 lak :))
Dan ini ? Ngee,.... ni kek red velvet si Ma Chik. Kebetulan dia baking kek mini pagi semalam :)) Dia pesan semalam, usah interprem kek dia kat alam cyber. Tapikan, mak rasa tak patut lak :) Kek ni sedap. Lemak berkrim... mak mkn byk jgk la :)) Next time kena wat lagik ......
Dan ini roti jala dari kedai Fifa :) rm 15 untuk sekilo tepung......
Habis lah kisah Sabtu dan Ahad :))
Mak sedang mood nak pi holiday....
Tapinya sangat2 la blur mana mahu pigi daaaa......
Ayah cuti start Rabu - Ahad.
Mungkin nak ke Cameron Highland lagik....
Tapi tatau laaaaa......
Ikut la ke mana roda odc berpusing....
Kita pegi aje :)))





No comments:
Post a Comment