AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, October 5, 2016

Permohonan ke SRIP Denai Alam.


Sejak malam tadi, mak Ila busy dengan urusan nan satu ini. 
Apa itu? 
Isi borang sekolah anakanda Aisyah. 

Eh baru nak isi ke? 
Kan ke dah settle sepatutnya. 
Sabar je lah baru sibuk2 nak isi! 

Untuk pendaftaran sekolah kerajaan negeri Selangor, mak Ila dah pun settle sejak tengah tahun lagi. 
Tapi ni permohonan sekolah integrasi. 
SRIP Denai Alam ni ialah cawangan SRIP BJ dan Green Hill. 
Di BJ memang dah bertapak lama, Alhamdulillah. 
Di Denai ni baru 2 tahun dibuka. 
Mak dan ayah dah ronda ke sekolah Khamis lepas.
Ini pertama kali mak melawat sekolah swasta. 
Ok la.... selesa. 

Mak Ila terpanggil untuk mengisi permohonan atas beberapa sebab. 
Sebab-sebabnya :- 
1) Untuk meneruskan Islamic environment Sarah Aisyah. Now Baghdadi then Srip. Mak nampak big improvement Sarah Aisyah yang agak drastik di Baghdadi. Agak impress juga. Jadi ini telah mendorong mak untuk meneruskan apa yang telah dicorakkan ke atasnya di Baghdadi. 
2) Timing school SRIP yang mesra jadual supir mak. Tahun depan workload mak telah meningkat di mana terdapat keperluan untuk supir ke luar dari kawasan Denai Alam. Supaya tiada huru hara dan risiko keselamatan travel with kids, jadi better la anakanda Aisyah di situ sahaja. Jadi unsur2 mak terkejar-kejar di jalan raya dapat dikurangkan. Mak Ila juga bakal menjadi guru sekolah menengah. Jadi, banyak subjek yang otak mak akan proses hahahaha. Jika silap langkah boleh stress o. 
3) Tahun depan sekali lagi ialah tahun yang kritikal untuk mak di mana anak mak Ila yang special itu, Adham akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak special ini lebih menuntut mak Ila supaya lebih fokus dan jiwa besar serta semangat yang kuat. Jadi mak Ila perlu pastikan mood diri sendiri stabil dan fizikal yang tak letih dengan kerja2 remeh temeh supaya proses PDP berjalan dengan lancar dan jayanya. Mak perlu memikirkan cara belajar yang sesuai dengan anak nan satu ini. Kena tukar2. Sebab anak nan satu ini, spesis mudah jemu dan payah fokus. 
4) Mak Ila nak follow jadual jogging dan kuliah di MTAJ dengan disiplin. Apabila waktu supir 10.30 pagi tiada dalam jadual, mak Ila tak la rushing terkejar2. Sebabnya ada juga ustaz yang datang lambat ke kuliah walaupun tertulis jadual kuliah bermula jam 9.15 pagi. Mak Ila bukannya nak follow semua sessi kuliah. Tapi at least 2 kali seminggu pun dah cukup untuk mendidik jiwa kita yang lalai. 
5) Supaya mak Ila ada me time sesekali. Kut nak berspa ke sopink barang dapo ke basuh car ke dan macam-macam kut lagi. 

Lagi satu yang penting dan perlu difahami.... 
Mak mohon sekolah ni bukan sebab sekolah kerajaan tak bagus ye. 
Mak sendiri sayang akan sekolah boys yang banyak mendidik anak2 mak sebelum ini. 
Nak nak pulak mak memang dah kenal ramai guru2 di sana. 
Guru sekolah kerajaan memang terbaik.... well trained. 
Program yang disusun untuk memastikan kejayaan anak juga bagus2. 
Memang tak dapat dinafikan. 
Dengan group PIBG yang sentiasa aktif dan tak kering idea. Haaa lagi lah!
Tabik spring. 
Syawal Adham masih di sekolah kerajaan. 
UPSR tahun depan. 
Cuma.... untuk girls kali ni..... mak nak corakkan mereka dengan cara yang berbeza dan atas sebab2 di atas. 
 Sesekali memang rasa takut juga sebenarnya. 
Tapi disebabkan dah ada pengalaman mengharungi anak sekolah kerajaan dan periksa UPSR di sana, mak jadi kuat dan yakin yang mak boleh bantu anak mak sekiranya ada kekurangan dalam sistem pembelajaran di SRIP nanti. 
Sentiasa ada pro and con dalam pilihan yang kita buat. 
Dan kita perlu sentiasa ada cara untuk selesaikannya dengan cara yang baik. 
Doa yang terbaik. 
Semoga pelaburan ilmu ini ada kebaikan untuk anakanda puteri.

Ada syarat kemasukan. 
Ni butiran pembayarannya. Macam bayar tadika.
Anggaran bayaran buku. 

Borang permohonan. Jika berminat bolehlah isi. 



Ahaaaa dah isi :) 
Nak masuk tahun satu ni kena exam. 
Mmmmm mak redho je la. 
Jika dapat, alhamdulillah rezeki. 
Jika tak dapat, redho je la. 
Apa2 keputusan, pasti tu lah yang terbaik. 
Dan lagi..... 
Jika Sarah Aisyah lulus, Sarah Awatif pun insyaallah akan mak tukarkan ke SRIP juga. 
Doa banyak2 lah. 
Moga Allah permudahkan. 
Amin..... 


2 comments:

  1. Alhamdulillah ada rezki nanti jumpa laa kita di aktiviti sekolah anak ye...tak boleh add pulak ila kat blog saya..dia jadi diaribesiwanita.blogspot walaupun dah copy paste add baru nie

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kita jumpa ye nanti. Yana, tu alamat lama blog ni. lla tukarkan nama dia. hehehe.

    ReplyDelete