AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, October 2, 2016

Resepi Nasi Lemak Basmathi Yang Enak.


Pagi ini seawal 5 pagi mak Ila dah bangun. 
Bukan qiyammm hoi. 
Tapi nak masak2 untuk family mak Ila. 
Cadangnya hari ini kami sekeluarga nak ke Kuala Gandah. 

Menurut google map, perjalanan ke sana sejauh 126 km dari Denai Alam.
Kuala Gandah ialah tempat pemeliharaan dan perlindungan gajah yang terletak di kawasan hutan Lanchang. 
Jadi, better isi perut kenyang2 ye anak4. 
Baru lah tak cranky meragam merengek yang ntah apa2 tu. 
Hihihi.... 
Jadi mak pun masak nasi lemak. 
Kebetulan pula, ada lebihan sambal tumis yang dimakan bersama laksa mee semalam. 
Macam biasa, nasi lemak resepi Azie Kitchen tetap menjadi pujaan hati mak. 
Mak modified sket untuk rasa lebih lemak dan lebih kalori. 
Hahahaha. 



 

Barang-barang yang diperlukan ialah santan kotak sekotak, halia, bawang merah, daun pandan, susu cair (mak tak letak sebab out of stock), serai sebatang (tak letak sebab tak de stok), garam dan gula.
Mak terpukau dengan keenakkan nasi lemak food truck di Denai Alam yang menggunakan beras basmathi. 
Sejak merasai nasi lemak peniaga itu, mak memang menggunakan beras basmathi untuk memasak nasi lemak. 

Cara memasak nasi lemak wow :- 

1) Rendam beras basmathi 2 pot selama 20 minit. 2 pot ni ngam2 saiz family mak Ila. 
2) Sementara itu, mayang bawang merah 2 biji dan halia nipis2. 
3) Ambil daun pandan di belakang rumah 3 helai, basuh dan simpulkan. 
4) Ketuk serai sebatang. 
5) Selepas 20 minit, toskan beras. 
6) Panaskan minyak sedikit. 
7) Tumis bawang merah dan halia tadi sebentar. 
8) Masukkan beras basmathi yang telah ditos itu. 
9) Goreng sebentar dan campak serai ketuk tadi.
10) Jika tadi 2 pot nasi, jadi pastikan cecair 2 pot juga dan ditambah 1 cawan santan. Ini memang sukatan asas nasi. 
11) Mak Ila modified untuk sukatan air ni ye .... 2 pot nasi + (1 cawan air + 1 cawan susu cair) + 1 cawan santan. 
12) Bubuh garam untuk rasa lebih berlemak 
13) Campakkan daun pandan untuk bau yang wangi. 
14) Kacau sebentar dan tutup api. 
15) Pindahkan periuk ke rice cooker. 
16) Tunggu..... 
17) Kacau sesekali supaya tiada mendakan santan di bahagian atas nasi sahaja. 
18) Dah siap, hidang dan makan le. 



Siap :) 
Kami anak beranak sarapan pada jam 7.15 pagi hari ini. 
Alhamdulillah. 
Usai makan, mak Ila pun buat sandwich sardin untuk dibawa bekal ke Kuala Gandah. 

Okey, selamat mencuba masak nasi lemak versi ni. 
Insyaallah memang akan masak dan masak lagi..... 
Bye..... 


No comments:

Post a Comment