Busynya Sabtu dan Ahad...... !!
Busy dengan koje dobi.... kemas dan macam2 lagi.
Huh.
Ok, sambung balik kisah denggi :)
Ni kisah hari Khamis 2 Januari 2014.
Hari ni hari pertama persekolahan sessi tahun ni.
Dan.......
Semua anak3 mak masih tak mulakan persekolahan gara2 mak ayah yang sakit ni.
Ayah dah beritahu semua sekolah yang berkenaan tentang hal ni.
Huhu....
Hari ni hari pertama persekolahan sessi tahun ni.
Dan.......
Semua anak3 mak masih tak mulakan persekolahan gara2 mak ayah yang sakit ni.
Ayah dah beritahu semua sekolah yang berkenaan tentang hal ni.
Huhu....
Pagi2 jam 6 pagi Subuh, macam biasa nurse akan masuk cek suhu, amik darah dan bagi drip ubat antibiotik.
Antibiotik yang di on dalam badan mak ni namanya Rosephin.
Setel tu langsung mak kena early breakfast.... sebab jap lagi kena puasa 4 jam.
Mak nak kena x ray dan scan.....
Pagi tu bekpes mak sangat simple.....
Sekut 4 segi dan milo panas je.
Ahaaaa tak lupa juga, jus betik untuk naikkan platlet kembali.
Hati berdebar-debar ya Rabbi!!
Tapi, tak de la mak dok bebel bagai. Mak lebih cenderung kurang bercakap......
Huhu.....
Keluarga dari Jerteh otw ke hospital tempat kami menginap ni.......
Moga kehadiran keluarga tersayang sedikit sebanyak meredakan gundah hati kami berdua.
Ok....
Hari tu adalah hari ketujuh sejak mak demam.
Kata doctor, hari ketujuh demam adalah hari recovery dari demam denggi.
Alhamdulillah mak memang dah tunjuk sign2 positif.
Antaranya demam mak dah beransur kebah.
Sejak malam tadi, suhu badan mak naik sket2 je.
Badan mak dah naik bintat2 merah.
Lagi jelas jika ke toilet; di bawah lampu oren toilet tu..... ahaaaaa lagi la nampak.
Bukan tu jek ok.
Tapak tangan sangat le miangnya.
Kulit satu badan sangat lembut macam bayi.
Jangan Tanya kenapa......
Sebab....
Mak tak tahu alasan kedoktoran dari gejala denggi ni.....
^_^
Tentang ayah plak......
Ayah plak, hari tu adalah hari keenam.
Maksudnya, hari ni adalah hari klimaks denggi buat ayah.
Kenapa mak panggil hari klimaks?
Hari keenam adalah hari yang selalunya platlet kita jatuh sejatuh2nya.
Dan hari ni kalau tak kena gaya, macam2 boleh jadi.
Jadi, berdoalah banyak2 moga keadaan tak semakin truk.
Dalam jam 10 pagi tu, mak pun disorong ke bilik xray dan scan.
Pes time ooo mak dok atas keter sorong tuh !! Hahahaha.
Mak tak leh berdiri lama2 sangat sebab ada rasa pening.
Dengan kata lain, hilang imbangan badan.
Huh.
Dari wad turun ke bilik xray ni, macam2 yang mak fikir dalam otak.
Eh paru2 ni memang bocor ke..... bla bla bla bla bla....
Hanya zikir dalam hati moga yang baik2 aje di dengar pas ni.
Setel xray, scan plak.
Sementara menunggu doctor yang incharge menscan datang, mak sempat jugak seek info dari nurse bertugas.
Kenapa kena scan?
Nurse tu macam pick up je mak takut... risau....
Dia kata, tak de apa.... hanya nak tengok denggi ni ada kesan buruk kat hati, perut dan buang pinggang mak tak....
Tu jek.
Dan hasilnya, Alhamdulillah normal semuanya.
Dalam 10 minit kemudian, mak pun disorong ke wad kembali dengan rasa yang lebih tenang.....
Alhamdulillah.
Jam 12 lebih tengahari,
Dr Wan pun datang melawat......
Platlet mak statik.... tapi disebabkan sel darah putih dah naik, Insyaallah platlet pun akan naik tak lama lagi.
Hasil scan dan xray juga ok.
Tentang bintat2 badan ni, katanya ni sign yang mak memang dah recovery phase......
Jadi tak perlu risau.
Cuma teruskan minum air dan makan.
Tentang bintat2 badan ni, katanya ni sign yang mak memang dah recovery phase......
Jadi tak perlu risau.
Cuma teruskan minum air dan makan.
Ok lega.....
Tapi, ayah...........
Platlet ayah drop sehingga 32.... darah pekat walaupun ayah minum air banyak dan ayah masih demam.
Dr Wan arahkan ayah dipindahkan ke wad icu.
Huhu....
Melihatkan keadaan ayah, masih bertenaga memang buat mak heran jugak la.
Tapi disebabkan doctor dah arahkan begitu, jadi redho jek la.
Kata nurse bertugas, Dr Wan memang extra precaution.
Perkara2 yang ada kemungkinan berlaku, sebolehnya dielakkan.
Jadi, masuk la icu untuk dimonitor dengan rapi.
Sedih rasa!
Kata nurse bertugas, Dr Wan memang extra precaution.
Perkara2 yang ada kemungkinan berlaku, sebolehnya dielakkan.
Jadi, masuk la icu untuk dimonitor dengan rapi.
Sedih rasa!
Dalam jam 230 petang, ayah dipindahkan ke wad icu.
Tinggallah mak sorang2 di wad tu.
Tak lama kemudian, nenek dan aki pun sampai.....
Nenek yang risau trus melawat anaknya di icu.
Sekitar jam 3 lebih petang barulah melawat mak di tingkat 6.
Dari cerita nenek dan aki, nampaknya mereka kini lebih bertenang.
Kebetulan time nenek dan aki sampai kat icu wad tu Dr Wan ada.
Jadi Dr Wan dah ceritakan keadaan ayah secara terperinci.
Tak sekronik yang dalam bayangan mereka.
Mak cabut drip tangan mak sekejap dan melawat ayah dalam kol 5 tu.
Nenek teman sebab keadaan mak yang masih pening tu memang sepatutnya tak leh jalan2.
Tapi mak nak pi tengok jugak.
Wajah menten ceria ok. Punya la banyak wayar2. Huhu. Sian tengok ayah. Dah la sejuk! Dia demam plak. Mujurlah dia tabah orangnya.
Dalam wad icu ni, rasanya ayah la yang paling segar sekali.
Sebelah ayah stroke.
Ada jugak denggi dalam icu ni. Lagi worse dia tu disahkan ada kencing tikus jugak.
Huh.
Selesai cakap2 ngan ayah, mak pun pulang ke wad..
Malam tu, katil ayah kosong.
Mak ditemani nenek aka mak mertua mak.
Jadi tak la riso sangat.
Hahaaha.....
Hospital kan terkenal dengan kisah yang macam2.
Ngeee.....
Aki dan mak ude sekeluarga pulang ke umah mak.
Dapatlah mereka berjumpa dengan anak4 mak.
Malam tu, mak tidok lena betul.
Tak tahu la mak berdengkur ke idak.
Nasib la.
Hahahaha......

No comments:
Post a Comment