AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, September 9, 2013

Jejak Percutian Kami Di Cameron Highland 7/9 & Apartment Di Cameron Highland Untuk Disewa.


Hoho.....
Baru berkesempatan mengupdate blog sendiri.
Opah dan tok dah balik ok.
Mak hantar mereka sesudah pulang dari Cameron Highland semalam.
Mmmm rindu plak rasanya apabila berjauhan setelah 14 hari kami bersama.
Terlalu cepat masa tu berlalu...
Rasa sangat baru jek.
Huh.


Ayah on leave hari ni......
Ayah perlu settlekan urusan dengan JPN dan bank.
Dan hari ni workload mak agak busy dari hari biasa.
Mak tak de kesempatan nak tengok kedai online mak mahupun kepoci2 ngan kawan2 mak macam selalu.
Mak busy dengan kerja2 cleaning service ok.....
Dok tukar cadar bilik opah..... basuh toilet dua bilik..... bla bla.....
Alhamdulillah beres....
Tapi kerja2 dobi dan lipat melipat tetap belum sudah.
Sambung esok plak lah nampaknya.....


So hari ni mak nak cerita kisah jalan2 mak ke Cameron Highland untuk kali kedua.
Kali terakhir kami jejakkan kaki adalah dua tahun lepas....
Mmmm rasa baru jek lagi.
Tak sangka dua tahun sudah!!
Ini percutian yang disusun last minit.
Mak hanya menunaikan hajat opah dan tok yang teringin sangat nak jejak kaki ke sana.
Dan tujuan lain ke sana adalah untuk menunaikan hajat anakanda Ad yang teringin nak kutip strawberry.
Dolu2 memang tak kutip sebab ramai sangat orang.
Hihi....
Maka......., sementara ada peluang ni, walaupun kejap je, ok jom kita pergi.
 Mak anak sulong; jadi boleh dikatakan menjadi tanggungjawab mak untuk tunaikan impian mereka.
Nasib baik la ayah memahami apa yang mak rasa ok. 
Haaaa apa lagi....
Mak pun bodek ayah untuk sponsor sket percutian kali ni.


Disebabkan percutian ni disertai tok dan opah, jadi homestay menjadi pilihan kami.
Tujuannya pastilah untuk penjimatan kos dan lebih keselesaan bagi semua.
Mmmm agak jenuh jugak la untuk mak mendapatkan homestay.
Tepon2 rm 450....
Tepon lagi rm 350..... Lagi haru bangla yang angkat ok.
Boleh cayer ke weh?? Hahahah.....
Mak usaha laagi dan lagi.....
Tepon2 penuh la plak....
Tepon2 lagi.... penuh jugak.
Mmm rasa macam dah nak cancel jek.
Last2 mak terjumpa juga satu dari iklan di mudah.my
Alhamdulillah.


Lokasi di Tanah Rata - Puncak Arabella.
Dari jalan besar tersergam apartment atas bukit .....
Satu malam rm 250.
3 bilik 2 bilik air.
Alhamdulillah, mak sangat puas hati dengan tahap apartment yang mak sewa ni.
Bersih dan sangat selesa.
Sesuai la dengan tahap piawai kebersihan kami sekeluarga.
Jadi, kerana itulah mak berbesar hati untuk share dalam blog mak tentang apartment ni.
Hihi....




Bilik tidur utama yang ada toilet.


Bilik kedua.....


Bilik ketiga.


3 dari anak mak yang excited :)


Dari angle bilik3


Wet kitchen yang lengkap dengan segala bagai alatan memasak. Tapi kami tak guna pun :)


Sampai2 jek boys dua orang ni rasmi meja makan :) Kita maggi dolu ok.


Dari angle depan pintu masuk.


Depan apartment dan depan parking car :)


Antara angle menarik sekitar apartment Puncak Arabella tu di sini..... Kami pun mengambil kesempatan untuk snap beberapa gambar buat kenangan kat sini. Angin gila kuat. Sejuk jek :)




Ini screen shot iklan kat mudah.
Jika ada kawan2 yang berminat, boleh la contact Cik Reen.
Deposit rm 100 ok.
Baki rm 150 dibayar sebelum check out.
Insyaallah kami akan datang sini lagi  dan nak bawak bersama mak dan ayah besut plak sebelum kami ke cepil tahun depan jika diizinkan Allah.
Lagipun, ayah berhutang janji ngan mak plak kali ni ok.
Hahahaha.....
Nak melawat kebun bunga Lavender!!
Hari tu tak berkesempatan nak melawat gara2 hujan gerimis di tengahari....
Hihihi...
Ada rezeki insyaallah pasti kami datang lagi.


Ok la....
Cukup tara ni....
Mak nak siap2 untuk solat maghrib dan dinner kat luar.
Nanti mak sambung lagi entry ni.


Da daaaaaaaaaaaaaa.....


No comments:

Post a Comment