AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Tuesday, March 26, 2013

Satu Malam Di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.

 
Hohoho......
Mak dan ayah nampaknya masih tak habis mood cuti-cuti sempena bulan perkahwinan sedekad.
Aci tak?? Hihihi....
Jadi kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan bersama anak-anak2 sempena cuti sekolah yang terhad ini.
Plan asalnya, ayah nak cuti seminggu.
Kononnya nak cuti2 ke utara Malaysia then lajak ke Pantai Timur @ balik kampong ayah.
Tapi apakan daya......
Tetiba jek ayah kena attend training kat Pullman Putrajaya yang akan bermula malam ni hinggalah  lewat petang Khamis.
Jadi.......
Rombakan rancangan pun berlaku.....
Penyudahnya, kami hanya jalan2 ke utara Malaysia, lalu pulang kembali ke Shah Alam; tempat mencari rezeki dan menimba ilmu.
 
Cuti-cuti utara kali ni adalah ke Kedah Darul Aman....
Terlalu lama mak tak jejakkan kaki ke Kedah.
Tak tahu la kenapa........
 
Percutian kali ni adalah selama 3 hari 2 malam.
Malam pertama, kami menginap di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Aaaaaa taste mak masih taste orang zaman lama okeh!!
Masih sudi menetap di rangkaian Seri Malaysia walaupun banyak lagi pilihan yang lebih baik.
Tapi sebenarnya, family room hotel lain dah penuh.
Jadi, tak perlu pening2..... Booked je apa yang ada.
Janji dapat rehatkan badan barang semalam.
Alhamdulillah.
 
Kali ni, mak booking bilik hotel melalui phone call jek.
Payah oooo!!
Jenuh mendail....
Bukan hotel ni jek yang payah angkat telefon..... hotel lain di Sungai Petani pun!!
Jenuh dok berzikir dan berdoa baru dapat.
Mak tempah family room.
Harga yang ditawarkan adalah sebanyak rm190 include breakfast untuk 3 orang.
Ayah hanya bayar breakfast extra untuk Adham sebanyak rm6.50.
Anak mak yang lain semua free.
Alhamdulillah.
 
Kami bertolak dari Shah Alam sekitar jam 10 pagi.
Kami sampai kat hotel sekitar jam 3.30 petang.
Dari PLUS Highway, kami exit di Plaza Tol Sungai Petani Utara.
Mak teruja dengan pembangunan di Sungai Petani itu!
Dalam fikiran mak, SP tu kecil jek.....
Rupa2nya, pesat membangun!
Mall sahaja ada lebih dari empat!
Semua rangkaian kedai berjenama ada di Sungai Petani.....
Hebat!
 
Kami melewati bandar sepintas lalu aje.
Dah tak sabar nak baring-baring di dalam bilik hotel.
Hihihi....
Setelah terlepas simpang dan u turn, akhirnya kami tiba di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Lokasi dia ke dalam sedikit dari jalan besar itu.
Ia terletak berhadapan stesen keretapi dan bersebelahan dengan pasar besar Sungai Petani....
Aaaaa area yang agak sibuk jugak la ye.
Tapi tak kisah la....
 
Masa kami sampai tu, parking yang terhad itu penuh semuanya.
Kebetulan ada kursus BTN plak kat hotel tuh.
Jenuh la ayah dok pusing-pusing....
Alhamdulillah ada juga visitor yang keluar waktu tu.....
Jadi apa lagi..... park la :)
 

 
 
Macam biasa, bila sampai hotel, mak suka tangkap gambar.....
Hahahaha....
Biasa la, nak buat travel review kan....
Haaa snap jangan tak snap :)
 

Sarah Aisyah depan lobi.
 

Sementara menunggu ayah check in, kita lepak sini dulu.
 

Sarah Awatif.
 

Azhad dan Adham.....
 
 
Masuk je bilik, pakat2 baring trus :)
Ayah sempat lelapkan mata dalam 2 jam lebih.
Mak plak layan Hindustan....
Anak layan ipad dan telefon.
Hihi....
 
Sekitar jam 6 petang, aktiviti rutin apabila tido hotel - terjun kolam.
Kali ni mak tak mandi....
Hanya budak4 je.
Kolam untuk kanak-kanak pun kecil aje.
Ok la untuk anak4 mak lepas gian.
Tapi untuk budak4 ni, saiz bukan ukuran...
Yang penting, masuk air berenang!
Hahahaha....
 






 
Malam tu, plannya nak makan di Pengkalan Ikan Bakar Sungai Petani....
Tapi terlepas simpang lah plak!!
Tak koser la mak nak u turn.... u turn dan u turn lagi....
Last2 kami makan je kat warung Siam tepi jalan ---- Marina Tomyam kalau tak silap la; bersebelahan dengan D Vista Hotel.
Gambar tak amik ok.....
Sebab kami semua pun pakat2 kebulur.
Hahahaha...
Rasa?? Ok laaa.
Sedap juga :)
 
Esoknya, sesudah breakfast....
Kami pun checkout.
Sebelum check out, snap gambar terakhir dolu.... 
 
 


 
 
Tak tahu la bila plak akan ke sini lagi....
Wallahu'alam.
Ahaaaa berapa bintang nak bagi untuk hotel ni??
Kata anak4 hotel ni best!!
So, komen mak, sama jugak la kot and not bad.
So mak bagi 3 bintang.
 
Perjalanan kami diteruskan ke Gunung Jerai plak.....
Next entry :)
 
Da daaaaaaa
 
 

2 comments:

  1. seronoknya berjalan kan.. penat tapi seronok sebab dapat tengok tempat baru. asyik2 la shah alam ni boring jugek... haih.. lambat lagi suamiku nak balik ni..

    ReplyDelete
  2. ha ah seronok jugak. bdn tak letih. tp mcm lebih letih mental. biasa la jln2 jauh...byk ragamnya dlm car tuh. hihi....

    kalau pesen cuti mcm kapten, lg lah best nk plan cuti jauh2. dlm seminggu leh tour kedah perlis. aaaaa best tuh!

    ReplyDelete