AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, May 20, 2009

Mak @ Mama @ Mummy @ Ibu @ Umi

Thanks to Kak Ilah coz sudi kongsi emailnya dengan aku. So aku pun kongsi kat sini plak. Hehehehe...... Leh buat renungan. Kalau dihayati; aku rasa bergenang air mata!!


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Kini ......,

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu..

aku ingat pasanganku

Selalu..

mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...

aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali

berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.

Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 16, 2009

Kubur Fatimah....

Thanks to Faridzul... rakan sekolah aku yang selalu send email peringatan buat kawan-kawannya. So today aku nak kongsi something yang kita alwiz pandang ringan. Gerun plak aku bila kurenung dan muhasabah diriku ini ..... Jom kongsi ....

Kubur Fatimah

Berkata Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, mereka adalah :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4.Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

P/S: Benar sekali bagai yg dikata. Iman & Taqwa bukannya boleh diwarisi. Meskipun dia anak seorang Nabi sekali pun belum tentu dijamin drp mendapat kelepasan azab dunia mahu pun akhirat.

Monday, May 11, 2009

Day 2 - Kenduri anak besan mak kat Muar

Baru sampai..berehat dulu.....

Awatif minum air bandung Muar dengan Ma Chik (adik hubby)

Muka orang tak puas hati campur ngantuk

Bila keluarga kami pi kenduri..Ni laa rupanya.....

Bedal nasi minyak tak hengat donia!!!


Tengok, anak aku makan apa? Orang sedap makan lauk2 ... dia makan nasi putih je


Anak aku dah bukak baju...kepanasan!!!

Posing sat naa....!!!



Day 1 - Sabtu - Bawak mak & ayah jalan-jalan

Sabtu & Ahad yang lepas adalah minggu mak ayah mertua aku. Mmm mereka melawat kami di rumah. Kebetulan mereka nak menghadiri kenduri anak besan mereka kat Muar. So singgah di Kuala Lumpur melawat cucu3 dan anak2nya. As usual macam-macam laa topik kami dok sembang. Biasalaaa bila menantu dan mak mertua bertemu memang begitu....cerita ini ..cerita itu...!! Hehehe...yang pastinya kami memang enjoy anak beranak.

Mak ayah sampai kol 5 pagi - Sabtu di Hentian Putra. Setelah berehat awal pagi tu, dalam kol 11 tu kami pun melawat adik ipar kat Sekolah Sains Alam Shah... Sempat jugak asben snap gambar ni.. So jom layan .... Hehehehe.......





On the way balik dari Alam Shah, singgah sebentar di Kelantan Delight, Sooka Sentral. Hubby belanja ibunya sempena Mothers Day .... makan meriah & bayar pun meriah !! Ahaaakkkss sesekali ...tak salah!! Hehehe...kami makan berhadapan dengan CEO Media Prima Dato Farid Ridzuan & family. Hikhik... Layanan memang tip top.... Kami makan laksam biasa, laksam belut, tomyam campur, nasi goreng ikan masin special, mihun tomyam, telur goreng....Total around RM 120 gitu. Ahakss... Actually semua tu aku boleh sangat nak buat...cuma pasal makan kat situ suasana tu lain laa sikit. Aku suka makan sini.....Sedap, selesa... Okey ..so ni gambar yang hubby snap.... Jom layan....





Dan malam tu aku masak Tomyam Seafood dan again Siakap Stim. Hahahaha.... Panas2 ni sedap laaa makan yang gitu2 je....






Friday, May 8, 2009

Siakap Stim Siam, Udang Tumis & Tumis Kangkung

Hari ini company hubby cuti. Mmm kes qadho cuti wesak laaa tu. So aku mengambil kesempatan mensoping stok esbok. Huhuhu...kebetulan esok mak & bapa mertua datang sini. Lusa depa nak ke rumah besan depa di Muar. Besan depa ni rakan sekerja ayah dolu. Jadinya kira kamceng laaa jugak.

Bila ada aktiviti stok esbok pastinya ada aktiviti siang / buang kulit laa apa laa etc. Waduh gue capek ni!! Sambil2 dok dapur tu, tepon aku tak benti2 berdering...Huhuhu...banyak jugak laa order dan customer feedback. Tak kurang jugak ada customer yang dah bertukar sahabat keep in touch today. Hehehehe.... Moga ukhuwah kita kian berpanjangan le hendaknya. Amin ....

Bcoz of hubby cuti, so aku decide nak masak beria sikit tapi low calorie dan simple. Hikhik...Semalam chit chatting dengan jiran aku yang amat baik ada story tentang ikan masak stim. So today aku pun try laa. Mmm tengah2 nak buat tu, baru perasan tader nampla laa plak. Mmm so calling2 jiran aku; Kak Salwa. Thanks yer kak .... sos nampla & buah plum akak tu dah melengkapkan masakan ila today. Ikan stim dah sold out dah ... Alhamdulillah!!

So ni laa rupanya masakan aku today .... Yeeehaaaa!!!



Gambar zoom isi siakap laa plak. Zoom2 ni semua keje my hubby laaa. hikhik....

Aku yang nak makan, ikan ni plak yang terliur terlebih !! Hahahaha!!!

Asam plum yang jiran aku bagi....Marbeles !! Stim tanpa buah ni tak lengkap !!

Tumis Udang laa plak....

Tumis Kangkung


Wednesday, May 6, 2009

Laksa Mee

Hari ni kononnya aku diet balik. Hahahaha....Instead of masak yang lemak2...aku plan minggu ni straight nak masak yang "air" je. Mmm semalam aku beli majalah SAJI. Nostalgia laa plak coz ada resepi laksa mee. Tetiba je teringat kat zaman SMKASAS, Bota dulu. Selalunya bila gang2 Lumut / Manjung ada tetamu; pastinya ada laa tupperware berisi laksa mee kat dorm atau bilik bacaan!! And the best thing is time membedal laksa mee beramai-ramai. Hahahaha....Best betul laa!!! Selalunya tokey laksa mee ni si Noni & Masrahha. Noni laksa mee version Pantai Remis....manakala Masrahha version Pangkor!! Dua2 jenis tu memang sedap ! Alamak rindu gila laa plak kat kawan2 aku rasanya!!!

So today aku pun rajinkan diri aku buat laksa mee. Kebetulan bahannya simple so senang je nak buat. Hikhikhik.... Tapi time aku nak masak laksa mee ni kan memang time tension laaa!! Mmm anak2 aku sekarang terlebih dos suka study. Wakakaka!! Sat2 kena pi tengok apa yang depa lukis laa....apa yang depa color laa...macam2!!! Jadinya layanz je laa. Yang si Awatiff plak tak mau tido2....Buaian dia rosak malam tadi...(buaian turun temurun tuh!!). Jadinya tak abis2 merengek gitu ....Pening kepala haku sekejap... At last alhamdulillah jugak siap semua. Anak pun dah makan...aku pun dah makan....dan yang penting anak3 dah tido. Baru laaa aku ada masa untuk diri sendiri.

Mmm tu laa sapa kata jadi suri rumah ni senang, mudah, happy dan enjoy? Mmm hanya yang dah lalui je tahu betapa letih @ capek @ pening nya life as a housewife @ ibu @ isteri @ house keeper @ peniaga online plak !! Lagi laaa.....Huhuhu.... Sometimes waktu untuk diri sendiri tu tak der .... Apa leh buat? Dah life memang begitu kan? Cuma anggap ia ibadah aku pada Allah ..jadi aku pun tenang.


RESEPI LAKSA MEE :-
Bahan-bahan:-
1 paket laksa mee (celur hingga lembut dan toskan) Aku beli mee misua aje.
1) Bahan sambal :-
20 tangkai cili kering (blend)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
500g udang
1 cwn air asam jawa
Caranya :-
- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan air asam jawa, garam, gula, perasa dan kacau rata.
- Tumis hingga naik minyak dan sambal masak. Ketepikan .....
2) Bahan sayur kacang :-
10 tangkai kacang panjang (potong halus)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu kicap
1/2 lobak merah (potong dadu)
1 paket lobak asin
Cara menyediakan :-
- Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah, kacang panjang, lobak asin dan gaul rata.
- Masukkan kicap dan garam secukup rasa, gaul rata dan ketepikan.
3) Sup Ikan - Bahan-bahannya :-
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 ekor ikan kembung (potong tiga)
daun sup
daun bawang
Asam gelugur
air
Cara menyediakannya :-
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan air dan asam gelugor. Biarkan mendidih
- Masukkan garam dan perasa dan renehkan sebelum padamkan api.
- Masukkan laksa mee ke dalam mangkuk diikuti dengan sambal dan sayur kacang. Masukkan daun sup & daun bawang.

Tuesday, May 5, 2009

Mee Sup Simple

Mee sup aje .... Malas nak masak daaa!! Hari ni busy ngajar anak2 tu. Huhuhu.... Depa ponteng sekolah today. Alasan sakit kaki. Mmm biasa la bangun tido kaki sengal2...Alasan je. Ok taper..mama tak kisah tak mau pi pun....Tapi syaratnya kena belajar ngan mama!! Mmm jadi depa pun belajar laaa ngan cikgu Ila ni ... Padan muka...Cikgu ni garang. Ekekekeke..

Aku lupa nak buh daun sup & daun bawang & bawang goreng masa amik gambar ni ... Sebab terkejut hubby aku dah balik hikhikhik....Umah tak vacuum lagi.. Jadi trus terkalut !!