AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Saturday, October 31, 2009

Kunjungan Tetamu Dari Selatan Tanahair.

Dengar tajuk tu macam gempak je ek....Hehehe. Tetamu agung mana laa yang singgah kat umah aku yang semak ni?? Hikhikhik...... Aaaa ni actually kisah malam Jumaat kelmarin. Tapi aku peram story ni since cable kamera aku tatau kat mana. Alhamdulillah ni baru jumpa. Mokcik cari dengan lutut......tu yang tak jumpa tu. Hahahaa!!!

Guess who came to our house??? Mmmm tara ni laaa dia tetamu dari selatan tanahair; Johor. Mereka adalah Kamrol & family. Dia ni rakan sekerja hubby dari bermula kerjayanya di Malakoff cum rakan serumah cum rakan gossip cum rakan hu ha hu ha zaman muda. Hehehehe..... Ni dah berfamily, tader laa hu ha hu ha nya since mereka berdua ni jenis family first, Alhamdulillah. Depa ni baru balik training kat Genting Highlands. On the way balik, singgah kat Kota Damansara sekejap. Aku jamu menu simple @ segera iaitu mee soto. Hehehe.... Tapi tu laa sayang sekali depa tak tido sini tau. Kalau tak pasti langkah panjang laa pokcik mokcik bawak jalan2 dekat2 ni. Hehehe....Taper2 next time kita arrange betul2....set satu tempat menarik then convoy ke sana. Sure bestnya laaa. Janji doit ada.....pasti beres!! Hehehe.....

Adham, Danial, Azhad, Imanina & Awatiff.

Imanina & Awatiff. Senyum lebor tu....!!

Makan2 di Manhattan Fish Market, Ikano.

Kenyang betul perut aku malam tadi. Aaaa ngada2 sangat nak makan fish & chip yer?! Tu dia pokcik belanja mokcik makan sakan2 sampai tergendut perut aku nak ngabisnya. Hahahaha!!!! Lokasi malam tadi kat Manhattan Fish Market, Ikano Power Center. Puas hati tul makan sampai nak juling pun ado!! Hahaha!!! Memang marbeles dan the most marbelesnya adalah reganya. Hehehe!! Sorry laa sama hubby.....hikhikhik!! Sib baik laaa aku peknen anak bongsunya itu. Hehehe.....So beres je laaa. Leh request nak makan apa pun. Tak yah nak pikir bilangan kalori ke apa. Janji mama @ isterinya yang tercintun ini puas hati.

Tapi 9 bulan akan datang aku akan jadi particular dengan semua kalori intake. Hahahaha!!! Tu laaa makan tak hengat!! Padan muka aku......ekekeke!!!! Dah habis makan, kami bergerak ke Popular book store. Tujuannya nak cari kamus Cambodia buat si Mariyas, the bibik. Hehehehe..... Ada. Tapi mahal laaa jugak. Sabo jek laaa. Okey laaa ni gambar makan2 semalam....ada yang terliur tak??? Hehehe.......



Ad sedang gigit the fish nugget yang panas....Tak sabo2....

Terlebih sengih sudaaaa.....hikhik.

Hahaha....aku siap bersweater lagik tuh!! Mokcik tak tahan aircond....sejuk tul!!

Ni menu aku yang sodap. Tak larat nak habisnya ..... beso sangat!! Dory pacific fish & chip.

Ni bebudaknya menu.....amende ke .... tapi ujungnya boat laaa. hehehe.

Ni sedap. Len kali leh order lagik yang ni. Mushroom fried. Tapi rasa dia tak sama macam kat pasar tu. Tatau dia campur apa ntah.

Haaaa....ni the most western menu. Hehehehe.... Hubby punya dish - Salmon grilled and chip. Eee tak ingat lah aku the exact name. Tapi gitu laa ..... Dah kenyang makan2.....dan kini tiba laa the best part. Yeehaaaa.....part bayar......Hahahaha!! Ampun yer bapak.....sesekali je.....hehehehe.........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaaaa........hikhik......Peknennya pasal ek.....okey je. Beres!!! Hehehehe....Tq Hubby....


Monday, October 26, 2009

Katil Baru Anak2, Udang Tumis & Sayur Lemah Labu

Ni entry dedicated to Akim, Ad bestfren kat Pontian. Dia request kat cik Ila untuk upload gambo katil baru kawannya tu haaaaa.....Hehehehe..... Lawak laa plak ek.... Tetiba teringat zaman kecik aku tau.... Dolu abah pun beli katil double decker jugak. Memula tu memang laa guna. Asik nak tido atas jek... Pastu tak lama kemudian, katil atas tu macam tak guna dah....last2 mama buh barang je. Hahahaha!!! Pastu lagi terus katil tu dicabut..... Jadi laa katil bujang berasingan. Ekekeke..... Rasa aku katil bebudak ni gitu jugak nasibnya tak lama lagi. Hehehe.....

Back to Akim request, so mokcik pun dah snap laa gambo kawan3 Akim dan katil baru depa. Taraaaa..... Janji Akim pun semangat nak tido bilik asing yer. Hehehehe..... Katil depa ni simple jek. Padan laa dengan reganya. So dah beli katil kena laa beli cadar baru. Ni cadar cap Giant je laa. Gambo Spiderman + Superman + apa ntah lagi satu hero glamer ni aihhh...lupa laa plak!! Huhuhu. Semangat betul depa tau....Tido siang pun kat situ jugak...Kalau tak bergelimpangan je depan TV ni haa. Hari ni macam senyap je umah bawah ni. Banyak aktiviti depa kat atas jek.... Ni kira ala2 jakun bilik baru pun ada. Hahahahaha!!!! Aman mokcik hari ni...... Nak tengok Tv dan masak tanpa gangguan.

Tu dia budak 3 orang ni tengah layan upin ipin. Yang keberapa kali tatau laa....Depa dah naik hafal dah dialognya. Tapi heran masih suka dok ulang2 cerita tu haaa. Dan anehnya tiap2 kali tengok wajib tergelak beso. Ekekeke.... Abaikan selerak rak buku tu yer!! Mok cik sakit pinggang tul sekarang. Slow2 laa nampaknya.

Ni plak yang nak interprem hari ni. Hehehe....Udang tumis ala2 utara. Buh serai. Tu je bezanya.

Yang ni plak, sayur yang pastinya akan menghasilkan bom atom tahap gaban; labu masak lemak. Ekekeke....

Aktiviti Ahad & Progress Rumah Baru

Semalam betul2 dok umah je. Hehehehe...Dah lama tak buat macam ni tau. Asyik sibuk dengan aktiviti jalan2 je lately. Aktiviti semalam adalah mengemas rumah aku yang macam tongkang pecah tu....operasi pindah bilik anak2 lelaki, projek basuh dan lipat baju dan projek buang items yang tak guna daaa. Tu pun nampaknya masih tak siap ..... since aku tak laa segagah dolu. Sambung sat lagi laa nampaknya. Perut aku macam tak sedap laaa sejak aku peknen ni. Banyak angin gitu... hahaha!! Ni gara2 makan lagi ada makanan..... hehehe....!! Selalunya aku memang amik jamu... ni dah terpeknen hold laa. Tu yang rasa badan tak sedap jek. Berat u!!!

Malam tadi pertama kali rakyat lelakiku tido bilik asing. Hehehe...Alhamdulillah okey. Baru laa bilik tido aku nampak rupa bilik tido nya eh. Hehehe....Kalau tak, serius tak romantik langsung. Ekekeke!!! Tapi tu laaa, depa ni demand sons.... Nak tido bilik sendiri dengan syarat ayah beli katil double dacker. Huhuhu..... Hubby tu kalau anak yang mintak, dituruti aje. So beli laa jugak. Yang murah2 je janji ada rupa. Hehehe.... Janji dah settle satu bab.......

Cerita berikutnya tentang kisah rumah kami di Denai Alam yang dalam progress. Mmm khabarnya akan siap ujung bulan ni. Tapi pemerhatian kami baru ni, rasa mcam tak sempat jek. Tak kisah laa, janji Februari tu confirm siap. Hehehe..... Ni first time masuk unit yang kami beli. Semua dah nampak rupa. Tapi masih tak settle pagar depan, belakang, timber stripe untuk floor atas. Yang lain, alhamdulillah settle. Wahhhh....tak sabonya aku nak make up umah ni!! Idea melimpah ruah.....!! Tak sabo jugak nak ngabiskan duit pokcik ni haaa...Hehehe. Plan nak reno sket...Nak buat bilik maid kat belakang tu jek. Yang lain basic reno laaa. Harapnya hajat tercapai laa hendaknya. Janji ada doit...hehehe. Okey laa....nak roger. Sekarang time untuk bekerja. Bye......



Monday, October 19, 2009

Raya2 Pontian & Pulai & Makanan.

Malasnya laa nak updet aihhh......Letih sakan mokcik ni haaa!! Baru balik jalan2 raya @ Deepavali sekali. Hehehe..... Entry kali ni untuk perjalanan hari Jumaat dan Sabtu jek. Ahad next entry. Hehehe...Destinasi kali ni ke Johor. Sengaja memilih Johor since rindu kat kawan2 lama di sana. Mmm puas hati aku ronda habis-habisan ooo! Dah ronda2 tu pastinya sakan mokcik makan tau!!! Sampai kena duduk tegak jek.....ekekeke!!!! Semua umah yang aku singgah, pakat2 jamu sajian berat!! Haaaa amik ko ila. Asik lapor je kan??? Haaaa makan laaa ko puas2....Hahahahaa!!!

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat petang. Sampai di Pulai Spring Resort, kami pun solat maghrib dan terus bersiap2 ke rumah Zaiti di Pulai Indah. Mmm sebenarnya appointment kat umah Zaiti ni patutnya petang tadi. But we only managed to arrive there around 815 mlm. Wahhhh, cantiknya umah dia!!! Seronok aku tengok. Design umah dia unik sekali. Tak pernah lagi aku tengok design macam tu tau..... Gud ventilation since high ceiling atas bawah. Hehehe.... Dekorasi umah depa pun leh tahan. Kagum aku!!! Aku dah mintak permission kat Zaiti untuk cilok sket idea dia. Hahahaha!!! Haaa lupa nak bagitahu.....dia masak mihun goreng, nasi impit dan daging masak hitam. Sedap!! Hajat nak tengok anak dara Zaiti pun dah kesampaian. Wow....patutlaa ibu muda ni tak menang tangan sokmo. Serius anak dia jenis yang tak dok diam tu. Hahahaha!!! Aktif tul. Tapi memang comel sangat. Mesra alam lagi....Gambar aku upload dalam facebook soon.

Then trus ke umah Mokhtar & Kak Izan. Same place tapi different phase. Ni open house rakan kerja wifenya. Tapi ramai jugak kawan2 opis hubby yang attend. Yer laaa umah depa memang dekat2. Takkan laa tak ajak kan.....hehehe.....Kak Izan jamu nasi dagang, sate, kuih muih dan macam2 laa. Memang sedap. Puas laa nak makan. Around 1100 mlm baru lami beransur balik ke hotel. Lambat kan?? Tu laa bila hubby jumpa kawan lama....macam tu la. Dengan aku2 sekali bergelak ketawa nyembang macam2. Hahaha....Kalau ikutkan nak sambung lagi story tu haaa... hehehe. Sambung nanti laa plak ek.

Esoknya kami ke Pontian. Wah....satu hari sakan dok beraya kat sana. Really enjoy journey hari ni. Tapi mak buyung ralat since tak ingat nak snap gambar. Aku ni bila dah nyembang trus lupa laa. Huhuhu.....Jadinya kongsi story je lah ekk. Start from Din's house at 1230pm. Kat sini, ada orang baru....hehehe. Comel betul. Sempat laa dua kali baby Lutfya aku susukan. Hehehe....amik aura dengan harapan aku dapat baby girl jugak ek. Kak ilah masak laksa penang. Haaa puas aku makan. Bukan main banyak lagi si tuan rumah ni buh aihh. Hehehe...sib baik tukang makan ni mampu menghabiskannya. Sedap sungguh laa. Mungkin orang Penang sejati yang masaknya; tu pasal rasanya sedap. Sorry jugak kat tuan umah psl anak3 aku dah nyepahkan umahnya ngan mainan. Hahahaha.....Nak buat macam ner? Kawan lama jumpa kawan lama...gitu laaa. Hehehe....Nanti cuti sekolah ni kita arrange holiday kat mana. Baru best kan.....

Lepas ke rumah Pok Din, kami trus ke umah Fiza & Wan Akramin. Haaa ini umah tokey kek lapis yang sedap. Fiza comel masak mee udang untuk mak buyung ni haa. Sedap laaa. Udang besor2 lagik!!! Pastu ada rojak buah. Aaaa yang ni memang menyelerakanlah. Hehehehe...Macam2 laa kami dok sembang....Bila jumpa depa dua orang ni memang asyik nak ketawa jek. Ada jek lawaknya aihh. Hehehe...To Fiza, thank you for the delicious cake. Serius sedap. Nanti mai KL, meh laa singgah umah teman ek...Sembang kelmarin tak abis lagik tau.

Pastu plak kami pun beransur ke umah Kamrol & Wani. Kamrol kerja. Hanya wife dia yang ada. Sempat jugak si Wani masakkan mak buyung soto. Hai ya Allah.....dia memang rajin sungguh. Cakap jek nak makan apa. Dia pasti buat. Nasib baik laa aku tak order ketupat palas. Hehehe....Ketupat mak dia memang sedap. Hehehe...Tak leh story lebih2 takut aku teringin plak....payah laa nantikan. Soto wani memang sedap. Tapi tak larat nak tambah lagi pasal aku nak spare perut untuk juadah umah orang lain plak. Hehehe... tq yer wani.

Dari umah Wani straight plak ke rumah Adabi di Rimba Terjun. Makan sajian berat jugak aihh. Penatnya perut makcik ni!! Kak Naa masak kuewtiaw goreng dan bubur pulut hitam. Aku makan bubur je laaa since perut aku dah over padat tahap cipan gendut. Hahahaha!!! Kat sini jumpa Fiza dan Wan serta Halim Manaf & family. Again dok sok sek sampai ke maghrib baru lah kami beredar ke open house ex bos hubby. Huhuhu....

Di rumah bos, aku makan laksam jek. Hubby makan nasi dan kambing. Heehe....Sempat jugak hubby jumpa kawan2 dia dolu. Hehehe....Kat sini kami tak spend masa panjang since nak kejar plak ke rumah kawan ayah di Pulai Indah lagi. Hehehe......Abang ni jiran hubby time bujang2 dolu. Dia ajak makan nasi kat umah dia semalam.....So around dalam jam 830 malam, kami pun beredar dari Pontian.

Kat umah Zainal plak, kami makan nasi lauk ayam goreng, udang, ikan etc. Aku makan sikit jek. Hehehe.....masa selebihnya kami spend untuk sembang2. Cantik betul rumah abang ni aihh. Yer laa....lot tepi kan. Macam2 laa leh extent. Around dalam 10 lebih, kami pun balik ke hotel.....Dan sesampai jek di hotel pakat2 pengsan laaa kami anak beranak!!! Hahahaha!!! Serius letih bangat sih!! Pada gang2 Pontian yang kami tak sempat singgah tu harap dimaafkanlah. Amat kesuntukan masa. Tu pun terkejar2 ....subhanallah. Next time kami akan singgah umah yang kami tak singgah itu yer. Harap maklum........Perjalanan bersambung esok plak. Da da da da.......

Tuesday, October 13, 2009

Zigot aku & bleeding

I feel quite dissapointed at this moment....tatau laa pesal. Actually kandungan aku yang teraccident ni not in a good condition. Huhuhu..... Nyawa2 ikan pun yer jugak. Hanya Allah yang menentukan selama mana ia mampu bertahan. Tak sangka plak begini plak storynya ehhh. Yer laa, aku dah mula rasa happy @ enjoy benar dengan my fourth pregnancy ni tau though pada mulanya quite terkejut laa. Hehehe....Memang laa sebelum ia melekat kalau boleh kita tak nak....tapi bila ia dah berjaya tertanam dalam rahim aku....eh isteri dan suami mana tak suka?? Yer tak??? Hehehe.....

Perut aku sakit since semalam lagi. Perut aku sangat tegang....ala2 macam orang nak mai period. Tapi tader plak yang berkunjung tiba cuma something brown discharge from it...mmmmm!!!! Semalam time aku nak mandi seketul brown keluar....!! Aku yang panik trus telefon hubby kat office. Around 3 p.m we went to Putra Medical Centre untuk cek my condition. Mmmm aku ni still in early stage. Around 4 weeks je baru. Suppose tak laa nampak lagi zigot itu. Tapi Alhamdulillah dengan kuasa Allah zigot aku dah leh kelihatan. Hehehe.....seronok betul la!!!! Makin happy plak aku rasa. The doctor asked me to come again within 2 weeks utk make sure perkembangan baby ni macam ner. Ada ubat kuat rahim dan asid folic prescribed by the doctor. Mmmm okey aku makan macam dijadualkan.

Tapi malam tadi, the brown liquid discharged again!!!! Aku pun menggoogle laaa tanda2 keguguran...!!! Uwaaaaarghhh semua petanda tu aku alami.....sakit belakang, perut kejang, discharge!!! Aku still look cool though in my heart all those kind of feeling dah ada!!! Dan pagi ini, sedang aku menggunting langsir yang customer aku tempah...again that kind of brown liquid @ keputihan ke apa ntah still keluar dalam amount yang banyak laa jugak. Yang pastinya perut aku memang tak selesa. Tapi tak leh nak buat apa jugak. Kena tunggu dan tengok dalam beberapa hari lagi. Huhuhuhu...... Hati kecil aku mengharapkan berita baik sebenarnya. Tapi ntah laaa. Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya.

Aku pun called laa gang2 aku yang pernah alami bebenda gini, mmm ada yang bagi pendapat positif dan ada jugak yang nak nyedapkan hati je. Tak kurang jugak yang jujur mengatakan macam tader harapan. Mmmm, so aku pasrah je laaa. Cuma hatiku tetap sedih sedikit sebanyak. Yer laaa.....anak kan. Sebrutal mana pun ibu itu tetap ada rasa kasih sayangnya buat anaknya. Aku redho apa yang akan berlaku. Sekiranya membawa kebaikan kudoakan pregnancy aku ni diteruskan. Jika sebaliknya harapnya sebaliknya laaa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi tinggal kita laa untuk merungkai apa kisah disebalik kejadian itu.....Wassalam.

Monday, October 12, 2009

Aku as property negotiator & pregnancy


Wah2.....agak lama sudah mokcik menyepi. Mana laaa daku ni pergi yek??? Ekekeke!!! Actually ada je. Tapi agak malas nak update blog ni. Tatau laa. Aku memang jadi malas untuk semua perkara lately. Dalam otak aku ni dok kisahkan kerja je....Hehehe.....La ni aku dah kerja. Nak kata macam part time pun jugak. Terpaksa di part time kan sementara tunggu si Mariyas; my Kemboja maid tu mai. Hehehehe.... Baru nak mulakan kerjaya, macam biasa macam2 laaa kena attend!! Training tak abis2, start jumpa client, study real estate la, kena study laa bab2 real estate, update all forum yang aku join, talk with colleague, baca buku motivasi dan macam2 lagi lah. Sibuknya sakan jugak sampai naik penin kepala otak since my self management peringkat awal ni agak kelam kabut!!! Huhuhu......

Sekarang ni aku adalah seorang junior property negotiator. Cewah...cewah...macam bagus je bunyinya ehhh!!! Ekekeke!! Aku join ni pun setelah beristikharah. Alhamdulillah petunjuk diberi jelas, terang lagi nyata. Though ianya agak bertentangan dengan kerjaya yg diguide time kursus rahsia tarikh lahir yg aku attend dolu tu!! Arghhhh peduli apa. Yang penting once we set our mind to involve in something....just go on. Insyaallah opportunity untuk sukses ni ada. Aku join ni pun atas rasa tanggungjawab aku pada agama pun yer jugak laaa. Cewahhhh!!! Sound lawak kan....tapi it was the fact yang kita perlu realize actually. Bidang real estate ni memang dipelopori by Chinese members. Mmmm sometimes ada jugak antara mereka yang tak fasih berbahasa Melayu tau!!! Tapi terpaksa cater Malay @ Islamic customers. Where is the Muslim agents???? Ni dah kira fardhu kifayah laa jugak untuk sahut karier ni though aku tahu ia tak semudah yang disangka. Nampak mudah tapi komen aku setakat ni - kerjaya ni memang memerlukan kudrat jantan. Hahahaha!!! Kena jadi lasak campur berani. Aku memang ada daya persuading yang tinggi, Alhamdulillah. Setakat ni most of the customer yang deal ngan aku memang tak banyak songeh. Alhamdulillah sesangat. Hope esok2 pun customer yang datang okey2 belaka. Hehehehe!! Aminnnn....... So ni antara listing yang aku dah upload dalam database. Ada lagi yang tak upload. Nanti aku bagitahu once upload yer. Let say ada gang2 yang berkenan, leh laa khabo yer. Hehehe..........


Ni apartment sederhana kat bukit raja. Nak jual dalam 100 k nego.

Ni plak kat Alam Budiman Shah Alam. 22 x 70. 2600 sq feet. rm 380 k

Ni apartment SD 11, Bandar Sri Damansara. rm 110k.


Dan dalam kesibukan aku bekerja, suddenly something happened. Mmmm guess what?? Something yang tak terimagine dek akal aku lately. Ekekeke.....Aku selalu doa murahkan rezeki aku, Ya Allah. Dan sememangnya rezeki aku murah laaa!!! Hahahaha!!! Gua nak dapat anak baru laa plak!!! Aku termissed makan ubat 5 hari last month. Ingatkan tader yang sangkut. Tapi badan aku ni memang spesis pantang lepa laaaa.... kwang...kwang....boleh terlekat. Plan aku dan husband nak preggie tahun 2013. Alih2 lain laaa plak ehhhh..... Tapi pikir2 okey jugak kot. Aku akan menamatkan zaman beranak2 ni tepat2 umur aku 3o tahun. Alhamdulillah. After that time untuk kita all out with the kerjaya dan anak4. Ada orang kata.....kejayaan bermula in 30. Hope masin laaa mulut siapakah itu. Ekekekek!!!!! Kira2nya berbaloi betul laaa asben aku beli mpv baru.....berbaloi jugak amik maid.....hahahahaha!!!! Tatau laa apa perancangan Allah buat aku sekeluarga. Tak perlu mengeluh.....pasti ada benda yang baik akan berlaku disebalik perkara ini. Jadi aku readho je laaaa. Alhamdulillah. Walaupun pregnant, kerja tetap kerja. Lagipun aku ni memang tak de any alahan bila pregnant. Cuma satu je problem aku.....iaitu lapar tak kira waktu. Hahahaha.... Nanti ada hantu raya pi makan2 kat dapur jam 3 pagi!!! Siapakah itu??? Si ila the mak buyung daaaa!!! Hahahaha!!! Apa2 pun harap dimurah rezeki yang melimpah ruah dari Allah swt; rezeki buat anak4 ni. Amin.


baby