Assalamualaikum dan salam siaran....... Lama beno mokcik tak bersiaran!! Hehehe..... Daku menghilang beribadat sebentar; menyahut namaku yang terseru oleh Nya melalui sahabat terdahulu yang telah menjejakkan kaki di Makkatul Mukarramah. Alhamdulillah..... Hehehe...... Apsal aku rasa macam bagus laa plak ayat haku ni aihh?? Tak kisah laa ek. Journey ini terlalu indah diceritakan. Terlalu nikmat hingga tak tergambar bagaimana rasanya. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa sebenarnya apa yang kami rasa. Subhanallah.
So first entry @ awwalul kalam for this year adalah topik tentang umrah ziarah me and hubby. Alhamdulillah, kami selamat sampai 7 Januari yang lepas by Singapore Airlines setelah 13 belas hari di bumi Anbia' itu. Mmmm what a wonderful journey that we experienced!! Pastinya tak terkata, tapi apa yang nyata, nikmat menjejakkan kaki di Dua Tanah Haram itu tiada tandingan di tempat lain. So as starting point of this beneficial and ibadah journey, aku nak story a brief je dolu. Hehehe...... Sebab kalau nak story segedebuk sah2 banyak gila!! Jadi entry kali ni tentang departure day and day 1 @ Madinah Mukarramah.
Actually our journey suami isteri ni penuh dengan pelbagai kisah. Ada kisah yang menginsafkan, ada kisah takut, ada kisah yang memerlukan kami merenung kembali siapa kami dan ada jugak kisah yang spoilt. Huhuhu..... Tapi apa yang aku leh realize after we came back, aku rasa ada perubahan positif pada pasangan aku dan hopefully me too. Dan yang menariknya jugak aku rasa kasih dan sayang antara kami suami isteri kian erat antara satu sama lain. Insyaallah. Mmmm yang ni aku akan ulas lanjut kenapa aku berani kata macam ni yer. Ada kisah sedih, insaf dan romantis happened between us actually.
So back to our departure info, flight kami berlepas at 1020 am 25 Disember 2009. Since kena naik Singapore Airlines, flight kami transit ke Singapore dolu selama 1 jam. Then transit plak di Abu Dhabi 1 jam. Akibatnya travel hour yang suppose amik masa tak lama jadi lama laaa plak. Tapi tak kisah laa..... at least transit punya pasal, merasa jugak laa jenjalan airport negara orang. Hikhik..... Tapi tu laaa amatlah capeknya aih!! Cuma kurang terasa kerana hati aku riang terlampau teruja dan rasa macam percaya dan tak percaya aku dapat pi umrah ujung tahun lepas.
Actually umrah program ni very accidentally. Kami plan cuti bulan 3 this year sebenarnya. Tapi since aku terpeknen.... nampaknya plan terpaksa disegerakan. Now I am 4 month preggy mama. Otherwise lambat lagi laaa hajat aku ke sana tercapai. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Doa aku termakbul jua. Dan makbul bukan sebarang makbul..... makbulnya doa aku pasti ada hikmah disebaliknya. Tinggal lagi aku yang kena realize what does it mean...... Insyaallah.
Aku ngan Kak Shida @ Ustazah Sahida at Changi Airport, Singapore. Akak ni act as our pembimbing and guider.
Aku & hubby plak daaa ......
Aku tahap buhsan dalam flight....nak tido tak leh tido. So tangkap gambo. Konon2nya cun beno laa ek. Hehehe.
Dan setelah several hours in the flight, akhirnya sampai jugak kami di Jeddah. Mmmm letih jugak aku rasa especially pinggang aku yang udah sengal2 nih!! Owh ..... aku perlu baring actually!! Tapi kerana hati membara nak ke sana, jadi semua itu diketepikan. Then naik plak bas ke Madinah selama 5 jam. Huhuhu...... Alhamdulillah bas itu sangat okey conditionnya. So on the way tu, around kol 11 malam, jemaah umrah dibawa makan malam kat kedai ala2 R&R; makan nasi Arab @ nasi mandi. Sedap jugak laaa. Aku jatuh hati sama juadah high calorie ini!! Ekekeke.... Though nasi ini dihidang without kuah, tapi aku tetap leh makan; since the nasi itself memang udah sedap. Nasi ni dijamu dalam dulang yang supposenya dimakan oleh 4 orang makan. Tapi aku just makan berdua ngan Ustazah Sahida since jemaah lain pakat2 makan dengan kawan2 masing2. Wah sakan ler aku!!! Tak habis pun. Tapi ayam bakar yang ada tu memang lesap ler masuk dalam perut kami berdua ni. Hahahaha!!!

Ni rupa restorannya.
Dari kiri Ustazah Sahida's husband, hubby dan Ustaz Aminuddin the pious man.
Dah kenyang perut at last the bas pun bertolak ke Madinah. We managed to arrive there around 330 pagi. Waduh sejuk bangat sih!!! Al barid baridan!! Though dah pakai sweater pun sejuk jugak. Alhamdulillah, hotel aku teramat dekat dengan gate masjid Nabawi. Around 100 meter jek. Selak2 langsir bilik akan ternampaklah betapa cantiknya Masjid Nabawi. Dok sini 3 hari 2 malam jek dan sah2 terlalu singkat untuk menikmati bahagianya hati ketika solat di sini. Around 430 pagi setelah azan pertama di Masjid Nabawi, aku and hubby bergerak ke masjid. Ya Allah..... selepas solat tahiyyatul masjid, mata aku yang macho ini tak tertahan rasanya berderu2 air mata. Makin menderu apabila aku mendengar suara imam yang mendayu-dayu mengalunkan ayat2 Allah. Dah lama aku tak rasa nikmat solat jemaah macam ni! Mmm really touching hinggakan sehingga hari ini aku teringat2!!
Actually aku sendiri tak tahu sebab musababnya apsal aku terlalu emotional!! Tapi yang pastinya one point yang menyumbang kepada keemosional aku itu; aku terlalu merasakan yang Allah SWT itu masih menyayangi aku!! Aku tahu siapa aku..... Setahu aku, aku memang banyak buat dosa besar dan kecil di zaman silam. Tapi walau bagaimanapun jongosnya aku di sisi Nya, Allah itu masih mahu mendengar dan memakbulkan doa aku yang berdosa ini. Arrrghhhh...... Tu yang aku rasa terharu, sedih tak terkata. Tinggal lagi kita as hambanya yang perlu panjatkan doa. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Usah rasa sombong pada Nya kerana hidup kita ini sebenarnya totally bergantung padaNya. We are nothing without His Blessing. Mmmm bergenang plak air mata aku ni bila teringat saat tu. Huhuhu.......
Dan after Subuh and Quranic recitation, aku pun pulang ke hotel untuk berehat. Around 9 am akan ada ziarah luar dan dalam masjid Nabawi. Mmm jemaah dibawa melawat Raudhah, makam Nabi, perkuburan Baqir (lelaki sahaja) dan tour around the masjid. Aku berpeluang masuk jugak ke Raudhah tapi untuk solat di sana dengan aman benar2 menuntut kesabaran jiwa!! Ramai jemaah haji yang masih belum balik ke tanahair mengambil kesempatan melawat Raudhah untuk kali terakhir. Pakat berebut peluang untuk solat di tempat mustajabnya doa - tiang taubat dan tiang Aisyah. Aku just grab peluang yang ada. Though tak tepat2 selari dengan tiang2 berkenaan tapi yang penting amanah rakan2 yang berkirim doa insyaallah sempat jugak aku panjatkan. Tak per, azam aku sebelum aku berangkat ke Mekah; aku berdoa agar aku manage untuk menjejakkan kaki aku berkali-kali ke sana. Amin....moga doa aku dimakbuli. Amin. Masih tak puas sebenarnya!!
Hotel tempat kami menginap selari dengan pagar Masjid Nabawi itu, Elaf Taiba Hotel.

Cuba tengok awan Masjid ini. Subhanallah!!
Pekerja2 sedang memasang payung2 baru di persekitaran Masjid Nabawi. Sangat indah!!
Okeylaa gang, my story will be continue at next entry. Banyak lagi yang aku nak cerita tau!!! Moga catatan mini aku dapat memberi 1000 info positif dan kebaikan buat para pembaca sekalian. Apa yang aku catatkan di sini adalah secara spontan..... apa yang terlintas di fikiran aku sekarang aku zahirkan di blog aku yang tak seberapa. Tapi percayalah, jika kita melaluinya sendiri pasti orang sudah melaluinya faham apa yang aku nak sampaikan. Terlalu nikmat hinggakan tak reti nak kuolah agar all my reader dapat rasa apa yang aku rasa. Huhuhu..... Okey yer.... sambung esok plak. Salam !!!!
kak ila..bestnye dah gi umrah....teringin nak ke sana
ReplyDeletebestnya. nak gi jugak tapi masih belum berpeluang nmpknya.. :( ila, cepat2lah update sambungan citer ek.. :)
ReplyDeleteila > diyana - diyana, nanti pegi. nikmat yag tak terungkap dek kata2. insyaallah tak lama lagi diyana pi. Kak ila dah doakan semua kawan2 kak ila sujud ditempat kak ila sujud. Amin!!
ReplyDeleteila > cik mas - taper cik mas ... tunggu bby besar sket. dengan dia sekali leh bawak. orang arab memang angkut anak mereka. ada yg br sebulan pun depa bwk jugak. subhanallah. okey, ila sambung story. minggu ni semua kisah umrah jek. hahaha