AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Tuesday, February 11, 2014

Teknik Belajar @ Ingat Sifir Mudah - Angka Ganjil.

 
Malam tadi mak sangat aktif berfacebook gara2 mengkomen status fb senior sekolah mak.
Topik status adalah tentang anaknya yang dicilikan mulut dengan cili boh gara2 tak hafal sifir!!
Gila kan......
Jangan tak caya.... Ini memang kenyataan.
Lagi terkejut itu sekolah berprestasi tinggi di Kuala Lumpur.
Awat la jadi lagu tu!! Ini sangat2 tidak ok ya.
Stress kah guru2 la ni? Hinggakan gagal mengawal emosi....... Hilang kewarasan dan lebih mengikut amarah dalam hati.
Huhuhu.......
 
Mak tak nak cakap tentang guru yang bermasalah emosi itu......
Tapi mak nak cerita tentang teknik belajar sifir cara mudah.
Ini mak belajar dari wassup oleh guru matematik; Fatymah yang juga mengkomen status facebook semalam.
Mak memang takut jugak la....
Sebab anak mak pun sifir slow walaupun dah darjah 4 dan 3.
Bukannya depa tak hafal macam kita dolu2 masa tecit..... Memang dah..... tapi bila lama2 tak tanya depa lupa balik.
Huh.
Dah kebetulan cikgu Faty offer nak ajar, mak pun amik kesempatan nak tahu juga lah.
Dan terkejut sangat!!
MasyaAllah mudah dan seronoknya belajar sifir!!
Kalau tak.......
Muka anak2 mak macam cuka je.
Hahahaha......
Tapi kalau boleh hafal jugak, itu lagi la bagus.
Tak rugi.......
Yang penting sekali, anak2 faham konsep sebenar sifir tu ya.
 
Rasanya ni bukanlah ilmu baru........
Tapi ia tetap baru bagi mak.
Tak kisah la tu kan.... Ilmu mana ada tarik expired kan......
Jadi, share selagi boleh.
Insyallah akan bawa manfaat juga pada yang memerlukan.
Untuk post hari ni, mak nak share cara nak baca sifir GANJIL dolu ok.......
Tengok gambar.......
 
 
 Untuk sifir angka ganjil, guna table di atas ni ya..... Untuk lebih terang, ni table untuk sifir penjuru table iaitu - 1, 3, 7 dan 9
 

Ini cara nak guna sifir 3. Jika anda nak gunakan untuk sifir 9 dan 7, hanya terbalikkan table ni je. Just make sure no untuk sifir yang kita nak tu berada di belah kiri atas sekali macam yang mak bulatkan tu. Jangan kisah nombor2 tu terbalik ke apa....... Cara nak baca sifir ni, adalah baca dari atas kiri ke kanan.... Then turun ke kotak tengah kiri dan ke kanan then turun ke kotak bawak kiri dan ke kanan.
 

 1x3 = 3.......  2x3=6...... 3x3=9........
Untuk line yang tengah tu....... 4x3=12 (hanya tambah angka 1 kecik kat angka 2 tu je ok).
5x3=15
6x3=18
Haaaaa senangkan!!!
 
 
Untuk line bawah sekali..... 7x3=21 (hanya tambah 2 kecik kat angka 1 tu je ok).
Ahaaaa kenapa tulis 2 dan bukan 1?
Cara nak bagi penerangan pada anak kita tentang ni adalah dengan membandingkan antara no 18 (6x3) tu dgn 21 tadi.
No selepas 18 mestilah besar dari nombor 18 tu seniri.
Jika kita tulis 1 kecik kat situ, ia akan jd 11.
11 sah2 la tecit dari 18 tu. Ni memang salah.
Jadi, tulis lah 2.
Dan begitulah seterusnya........  
 
Haaaaa mudahkan......
Untuk sifir seterusnya, mak malas nak buat huraian dah. Just apply konsep yang sama ok......
Mak hanya share pic je.
Hahahaha.....
Okey.....
 
Ni sifir 7 ......
 
 

 
 
Ni plak sifir 9 ......

 



Jika kita terbalikkan kembali kertas, maka begini lah rupanya.
 
 
Ahaaaaaaaaa ....
Mudahkan.....
Tak perlu nak cili2kan mulut pon.... Huhuhu.....
Anak2 mak happy sangat belajar pagi ni.
Fun......
Moga teknik yang cikgu Fatymah kongsi ni mampu membantu mak2 lain di luar sana.......
Terima kasih cikgu Fatymah. Ilmu cikgu memang dah membantu mak banyak.
Tinggal lagi usaha dari mak dan anak2 je untuk lebih mantap.
Moga perkongsian cikgu beroleh pahala dr Allah SWT.
 
Malam2 nanti mak share sifir genap plak ok......
 
Okey ... da daaaaaaaaaaa.....
 
 

5 comments: