AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, May 6, 2009

Laksa Mee

Hari ni kononnya aku diet balik. Hahahaha....Instead of masak yang lemak2...aku plan minggu ni straight nak masak yang "air" je. Mmm semalam aku beli majalah SAJI. Nostalgia laa plak coz ada resepi laksa mee. Tetiba je teringat kat zaman SMKASAS, Bota dulu. Selalunya bila gang2 Lumut / Manjung ada tetamu; pastinya ada laa tupperware berisi laksa mee kat dorm atau bilik bacaan!! And the best thing is time membedal laksa mee beramai-ramai. Hahahaha....Best betul laa!!! Selalunya tokey laksa mee ni si Noni & Masrahha. Noni laksa mee version Pantai Remis....manakala Masrahha version Pangkor!! Dua2 jenis tu memang sedap ! Alamak rindu gila laa plak kat kawan2 aku rasanya!!!

So today aku pun rajinkan diri aku buat laksa mee. Kebetulan bahannya simple so senang je nak buat. Hikhikhik.... Tapi time aku nak masak laksa mee ni kan memang time tension laaa!! Mmm anak2 aku sekarang terlebih dos suka study. Wakakaka!! Sat2 kena pi tengok apa yang depa lukis laa....apa yang depa color laa...macam2!!! Jadinya layanz je laa. Yang si Awatiff plak tak mau tido2....Buaian dia rosak malam tadi...(buaian turun temurun tuh!!). Jadinya tak abis2 merengek gitu ....Pening kepala haku sekejap... At last alhamdulillah jugak siap semua. Anak pun dah makan...aku pun dah makan....dan yang penting anak3 dah tido. Baru laaa aku ada masa untuk diri sendiri.

Mmm tu laa sapa kata jadi suri rumah ni senang, mudah, happy dan enjoy? Mmm hanya yang dah lalui je tahu betapa letih @ capek @ pening nya life as a housewife @ ibu @ isteri @ house keeper @ peniaga online plak !! Lagi laaa.....Huhuhu.... Sometimes waktu untuk diri sendiri tu tak der .... Apa leh buat? Dah life memang begitu kan? Cuma anggap ia ibadah aku pada Allah ..jadi aku pun tenang.


RESEPI LAKSA MEE :-
Bahan-bahan:-
1 paket laksa mee (celur hingga lembut dan toskan) Aku beli mee misua aje.
1) Bahan sambal :-
20 tangkai cili kering (blend)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
500g udang
1 cwn air asam jawa
Caranya :-
- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan air asam jawa, garam, gula, perasa dan kacau rata.
- Tumis hingga naik minyak dan sambal masak. Ketepikan .....
2) Bahan sayur kacang :-
10 tangkai kacang panjang (potong halus)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu kicap
1/2 lobak merah (potong dadu)
1 paket lobak asin
Cara menyediakan :-
- Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah, kacang panjang, lobak asin dan gaul rata.
- Masukkan kicap dan garam secukup rasa, gaul rata dan ketepikan.
3) Sup Ikan - Bahan-bahannya :-
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 ekor ikan kembung (potong tiga)
daun sup
daun bawang
Asam gelugur
air
Cara menyediakannya :-
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan air dan asam gelugor. Biarkan mendidih
- Masukkan garam dan perasa dan renehkan sebelum padamkan api.
- Masukkan laksa mee ke dalam mangkuk diikuti dengan sambal dan sayur kacang. Masukkan daun sup & daun bawang.

Tuesday, May 5, 2009

Mee Sup Simple

Mee sup aje .... Malas nak masak daaa!! Hari ni busy ngajar anak2 tu. Huhuhu.... Depa ponteng sekolah today. Alasan sakit kaki. Mmm biasa la bangun tido kaki sengal2...Alasan je. Ok taper..mama tak kisah tak mau pi pun....Tapi syaratnya kena belajar ngan mama!! Mmm jadi depa pun belajar laaa ngan cikgu Ila ni ... Padan muka...Cikgu ni garang. Ekekekeke..

Aku lupa nak buh daun sup & daun bawang & bawang goreng masa amik gambar ni ... Sebab terkejut hubby aku dah balik hikhikhik....Umah tak vacuum lagi.. Jadi trus terkalut !!



Monday, May 4, 2009

Resepi Nasi Dagang

As per Imah request @ kebetulan aku pun rajin ... hehehe..so ni dia resepi nasi dagang tu. Basically ila guna resepi Kak Hanieliza je. Tapi ada modified sikit2....pastu amik petua2 otai nasi dagang mak sedara hubby dan otai4 nasi dagang kat Pontian nun. Hehehe.. So ni dia....leh laa try. Yang kaler biru tu ila edit resepi asal ke my style.


Bahan-bahan :-

3 pot cawan beras
1 pot beras pulut
santan pekat untuk harung nasi
garam secukup rasa
sedikit halba

p/s nak mudah guna je beras wangi cap AAA. Buh 4 pot trus. Tak yah dicampur2. Rendam 4 jam paling sekejap. Sangat wangi dan sedap. Kalau dicampur dengan beras pulut, akibatnya nasi hangpa akan jadi kanji dagang. Ekekekeke!! Macam kes aku dolu laa.
Bahan utk DiMayang :-(utk ditabur kat nasi jugak)

5 ulas bawang merah
4 cm halia

Cara-cara :-

1. Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang.

p/s jika nasi masih keras kan...ulangi langkah 4 dan 5. Hehehe....

Untuk gulai laa plak .....

Bahan:-

1.5 kg ikan tongkol
50 gm asam keping (potong...bersih dan rebuskan garam secukupnya. mak sedara hubby kata rebus 3 malam lagi kaw!!... Mmm semalam pun dah sedap dah)60 gm rempah kari ikan
1 sudu besar ketumbar di blender
1/2 sudu besar jintan manis diblender jugak

80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus] 3 cm lengkuas [tumbuk kasar] - ila bantai blender jer semua.
30 gm gula merah - ila guna sesenduk... ila suka dia rasa manis sket30 gm kerisik - ila guna 2 sudu sup aje pasal dah buh minyak banyak masa tumis tadi.50 ml air asam jawa
minyak untuk tumis cili api
500g santan pekat
Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendidih.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

Nasi Dagang Without Acar .. hehehe!


Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Hehehe....

Last few week aku masak "kanji dagang". Mmm tu gara-gara silap skill masak nasinya. Hehehehe.... Today, setelah dikaji dimana silap nasi dagang yang dulu...kukuatkan semangatku untuk try lagi. Semalam, balik je dari family day aku terus rebus ikan tongkol tu. Mmm menurut mak saudara hubby nak sedap rebus 3 hari. Yeehaaa!! Lama laa plak. Aku rebus semalaman je laa. Hikhik.... rasa happy beno aku malam ni coz at last berjaya jugak aku buat menu kegemaran hubby dan anak3. Rasanya pun boleh tahan laa kot. Kalau dah selalu buat lagi lah sedap kot kan!!

Erghhh sendawa lagi aku nih!! Tadi dah sendawa dah !! Hikhikhik !! Buruk laku tul laa haku ni ek!! Kenyangnya weh !!! Hehehe.... Nampaknya malam ni aku dah jadi menantu orang Jerteh, Terengganu yang sejati coz dah lulus satu menu special orang sana !!! Yeehaaaa !! Nanti leh laa try lagik ....


Sunday, May 3, 2009

Malakoff Berhad Sport Dinner 2009

Aku penat...aku capek...penat bangat.!! Hehehe...macam jadi committee je aku ni ek? Tatau laa apsal letih sangat...ntah laaa !! Agaknya terlalu banyak berehat ... tu yang letih tu. Hahahaha.... Now aku nak upload dan update kisah semalam. Nothing special tapi ok laa untuk dikongsi dan diabadikan dalam diari online aku ni. Hehehee....

Pagi-pagi selepas bekpes..., aku pun mengemas apa yang patut. Sementara itu hubby masih tetap setia dengan teks ucapan dia untuk dinner yang masih tak complete (pd pndangan dia) dari lewat malam tadi. Mmm dia nampak busy @ pressure pun ada jgk @ kalut pun ada jugak (tapi tak ngaku!! hahaha) just because duty jd mc yang diamanahkan. Huhuhuhu!!!

Mmm sambil2 kemas2 tu sempat jugak aku snap pic anakku; Azhad pakai rambut afro...hikhikhik. Mmm lawa laaa jugak .... kakakaka!! Dah siap2 tu around 12 lebih tghr gitu, kami pun bertolak laa ke destinasi kami. Tapi pi singgah kat umah baru untuk sign aggreement yang amat tebal dan amik masa hampir sejam untuk settle signature & initial at every single page!! Hahahaa... As usual jom layanz gambo2 dan story kat bawah ni. Hehehe.....

Muka budak rambut afro yang busuk. Dia sorang je tak mandi lagi nih!!


Hehehe...main cak2 laa plak. Trus gegar pic ni.. Ekekekeke.....


Dah penat menyain aku pun bergambar sat kat sales gallery denai tu. Mmm gilo kembang aku dgn dress kaler Shah Rukh Khan nih!!! Wakakaka!!!

Around 2.20 petang, kami pun sampai di Sunway. We stayed at Pyramid Tower Hotel. Selepas tu, hubby dengan kalutnya trus ke Ballroom coz ada raptai untuk event malam tu. Tapi sebelum tu sempat jugak dia men'tapau' KFC untuk kami di bilik nih. Hehehe.... Jadi seperti yang kujanji buat sahabat baik yang tak dapat hadir; Zaiti & Kak Ilah... aku pun snap laaa sedikit sebanyak bilik suite tempat menginap tu. Hikhikhik...


Ni dapur Suite tu. Mmm macam kan nak duk lama jek!! Lengkap gila peralatannya. Semua ada...tinggal nak masak je.
Ni plak ruangan makan. Kat ruang ni aku panggil gang mesyuarat tingkap berkumpul (isteri2 kawan hubby kat site @ kwn baik masa stayed kat Pontian dolu). Mmmm tapi pasal excited nak nyembang aku betul2 lupa nak snap gambar kami yang lazat menikmati kek lapis. Hahahaha... Mesyuarat tingkap dihadiri oleh Wani (isteri Kamrol) & Feeza (isteri Wan Akaramin). Sebenarnya ramai lagi. Tapi ada yang tak dapat hadir coz bertugas.
Ni plak gambar toiletnya. Hahahaha....
Ni posing sebelum depa kuarahkan untuk tido

Posing Adham sebelum diarahkan tido. Haahahaha!!

Dan inilah rupa mereka tengah tido. Jadi mudah laa untuk aku nyembang dengan gang2 mesyuarat tingkapku itu. Hahahaha....


Mmmm around 5.30 pm gang mesyuarat tingkap pun beredar. Masing2 nak prepare themselves untuk dinner malam nanti. Around 6 pm....hubby pun balik ke bilik dan kami pun prepare ourselves untuk dinner. By 7.30 pm most of the staff sudah memenuhi ruangan legar ballroom Hotel Sunway. Ramai jugak yang datang dengan fesyen Retronya. Blink2 gitu!!
Mmm sempat jugak laa aku amik peluang bergambar dengan kawan2 yang sempat kutemui. Jom layanz gambar sekitar malam tadi. Tapi aku memang tak berkesempatan untuk snap gambar banyak coz aku yang kena monitor anak3 sensorang. Mmm because of kami duk meja paling depan dengan pentas...pastinya speaker yang besar tu dekat amat dengan kami. Mmm Awatif takut laa plak. Jadi ibu & anak bongsunya banyak spend masa berpelukan je lah!! Hahahahah!! Lagipun ramai beno cameraman nak tangkap gambar!! Sometimes aku just nampak ponggong2 orang je. So malas laaa.... Haahahahaha...!! So just snap mana yang sempat je lah. Tapi sedih jugak coz tak snap gambar masa hubbyku mengacarakan majlis. Tunggu je gang2 opis upload gambar...boleh laa simpan buat kenangan. Hehehehe...!!

Berdiri dari tepi Wani (isteri Kamrol), aku & Diyana (isteri Zahari). Dalam stroller tu anak Kamrol; Imanina Nurina Aisyah. Gambar ni gegar coz tangan si Kamrol yang bergegar semasa amik gambar ni. Hahaha!!


Ni posing abang aku yang gatol & aweknya. Hahaha... Konon2nya baru nak pi berdating laa ni. Mmm agaknya2 if kami di era retro ni lah kot dressing aku dan hubby pi bertenet. Instead of naik keter ... pastinya naik vespa la plak !!! kihkihkih !! Geli hati laa plak !!!

Awatiff & Azhad sementara menunggu dewan ni penuh dengan tetamu.
Adham plak .......
Yang ni je aku sempat snap. Hehehe... ni persembahan Malakoff internal talent. Anak2 staff (boys) menari urban dances. Tu yang berbaju retro & rambut putih tu laa juara the best dressing; Puan Lenny. Lawa oooo!!!
Ni plak setelah majlis tamat. Bergambar sekitar Sunway Hotel.


Mmm tader peluang nak posing romantik!! Mesti ada je yang nak interprem. Mmm time ni kami memang dah letih & over kenyang !!
Dan esoknya aka hari ni...kami pun pulang. Actually boleh je masuk Taman tema air tu. Mmm tapi becoz of my hubby busy dengan tugasannya; kami tak perasan yang jadual our family untuk enter wet park tu on Saturday rupanya. Dan malangnya the ticket tak boleh ditukar laa plak. Hahahaha!! Aku sebenarnya lega laa jugak. Tapi rasa sangat kesian kat rakyat yang semangat waja nak terjun kolam. Ekekeke!! Mmm so we decide to pay aje. Jadinya kami pun menghampiri kaunter tiket tu .... dan terus ketawa !!! Sebenarnya terkejut beruk!! Nak enter dalam park tu rm 90 per person !!! Uwaaa!! Tak pe laaa kot anak3 ku.... Malas mama & ayah rasanya. Next time aje la ek !! hikhikhik.. Sebenarnya kami letih...Dalam kepala dok ingat nak balik je. Huhuhuhu!!! So setelah dipujuk.... at last anak3 pun termakan lah dengan pujukan ayahnya itu !! Mujur laaa... Sebagai ganti kami pun jalan2 ke Mid Valley on the way balik ke kediaman kami di Kota Damansara. Kebetulan ada Dinasour Exhibition. Jadinya kami pun layan je laaa !!! Hahahaha!!!


Layan naik keter dolu ....




Mama plak posing sat ... Ekekeke



Wajah ketakutan anak2 ku. Mmm beetle dinasour tu bergerak dan berbunyi. Tu yang depa takut tu !!

Giant Ant




Depan giant praying mantis...

Ni baru ada gambar cameraman. Hehehe....

Saturday, May 2, 2009

Bekpes pagi ini....

Sat lagi nak pi Sunway dah. Before tu, nak ke Denai Alam sat....hantar form kat Sime Darby & jumpa banker kat situ. Hehehe....!! Tapi before that apa yang penting kita makan dulu apa yang patut. Hikhikhik....Menu pagi ni high kolesterol. Hahaha...Sebulan sekali okey laa nak bedalnya. So meh laa jamu mata sat naa!!




Friday, May 1, 2009

Award dari Kak Sal Beauty Health


Hehehehe....Aku dapat award tau!! Jangan jeles!!! Hikhikhik...Award ni award kedua yang aku dapat semenjak memblogging nih. Heehehehehe..... Award ni given by my otai @ sifu @ tok guru buat laman web, Kak Sal. Hehehe...Thanks a lot!! Otai laman web aku ni memang banyak membantu dari dulu sampai sekarang. Almaklumlah aku ni rajin beno merepair online shopping cart aku sampai tersenget2...ekekeke.... Jadinya bila dah jadi begitu pada otai laa aku merujuk. Mmmm patutnya aku yang bagi award kat otai ek... ni terbalik plak. ahahahaha....!! Apa2 pun thanks buat Kak Sal yang sporting.... Walaupun umah kita jauh (beberapa km je ..tader laa jauh sangat pun) ...tapi di alam maya ni kita hari2 dekat. Thanks a lot ...Moga persahabatan kita kekal kukuh dan dilimpahi rahmat Allah SWT...Amin!!!

Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 8 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. 3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Ok sekarang aku nak bagi juga anugerah pada 8 org yang mempunyai blog dan merupakan kawan2 aku:-

Cik Mas - Ni blog paling sedap penulisannya. Tatau laa naper..tp bait2 ayat yg disusun tu make me very interesting to read her blog everyday. hehehehe..... Ni pun my future rakan setaman.

Cikgu Anis - Ni blog cikgu pendidikan khas. Banyak info special kids leh dapat kat sini. I like entry ttg prader willi tu. Lagipun ni rakan future setaman aku yang sempoi @ sporting.

Lin Sclumberger - Ni plak blog rojak yang aku suka. Satu pasal dia ni antara rakan UIA aku yang sukses bangat tp tetap mesra dan dia ratu tudung cantik2....dan lagi dia ni calon tok besan aku. Ahahahahahah!!!

Cik Imah - blog seorang penguatkuasa kesihatan. Amat menarik dengan makanan utara, tentang umah yang best sangat... dan kisah2 sok sek nya...

Diyana - Ni blog anak usrah aku kat UIA dulu. Blog dia penuh dengan gambar new zealand yang cantik2. Bestnya laaaa.....Blog dia pun kaya dengan parenting tips dan makanan yang sedap2 such as triffle... I like!!!

Aida - Ni plak blog kawan marketing mgmt aku kat UIA dolu. Mmmm lecturer ngajo aku pi sembang2 atas kertas ngan dia ni. Hahahaha.... (madam tu ajar boring ..nak wat mcm ne?) Kagum bangat sama dia coz isteri PJJ.... bukan semua orang kuat semangat macam dia !!! Huhu

Farahana - Ni blog rakan aku yang baru. Blog dia informative bab2 sewing. Amat kagum coz dia pandai buat gown2 cantik for her doughter Tasnim..(sama nama anak ila ...sarah awatif tasnim)

Kak Hana Kanazawa - Ni blog otai memasak aku!!! Serius resepi dia sedap bangat!! Aku dah try banyak dah...memang marbeles!!!