AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, January 29, 2009

Mee Rebus Teganu

Mee Rebus Terengganu.. Ila kawin ngan orang Jerteh. First time rasa mee ni masa baru2 kawin dolu. Psl kat tempat ila mee rebus nih mcm style mee jawa tuh. Kat teganu mee rebusnya ala2 mee sup gitu. Ni laa rupanya.....
How to prepare it??


1) Blender bwg merah dan putih dan lada hitam.
2) Panaskan minyak dlm periuk... tumis laa bwg2 nih
3) Dah wangi msukkan ayam, daging, sotong/udang...
4) Masukkan air berapa banyak nak... pastu buh garam...kalau nk pedas top up laa lada itam tuh.
5) Biar mendidih pastu buh plak sayur2an..Antaranya carrot, sawi, kobis dn mcm2 lagi laa.
6) Kalau ada fish ball pun leh je masuk jgk. ekekeke....
7) Pastu biar sat... then angkat laa. leh laa mkn.


Dihidang bersama asam limau, cili api blender jeruk (dicuka), bwg goreng dan daun sup bawang. Kalau rasa nk ubh selera leh laa try.

Wednesday, January 28, 2009

Tag dan Award

Idea ni generated by my friend, Diyana from New Zealand http://anugerahnurani.blogspot.com
RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...




Do you think that you are hot..??

Yes...hahahaha...Perasan laa plak ek...!!


Upload a pic of that you like

Why do u you like this picture?

Apsal ek?? Pasal gambar ni realize that betapa cepatnya waktu berlalu. Mmmm rasa baru je grad hari tu. Oooo my God I dah anak 3 tau !!! Hahaha... Anyway mmg gambar ni buat me and asben rasa bahagia la.... huhuhu.. Umur pun makin tua...Mmm maknanya maut pun makin hampir kan... Amalan kita dah cukup ker? Takutnya Ya Allah!!


When was the last time you eat pizza?

Oii pizza?? Mmm if not mistaken...4 bulan ke 3 bulan lalu laa kot. Teruja dgn promo new pizza di pizza hut. Just try it mmmm tak laa berapa sedap seperti yg diwar2kan dlm iklan tuh. Buat badan kembang je. Wakakakaka!!


The last song you listen to?

Lagu nasyid yang ada dlm blog Diyana ni laa...Tatau laa berapa kali laa lagu ni berputar.


What are you doing rite now beside doing this..

Dok riba my daughter awatif yg demam....tgu kain dlm washing machine...dan menten kedai online ila di wanitamelayu.com dan other related forum... Yeahhh!!


What name you prefer besides yours?

My daughter name... Sarah Awatif Tasnim... Hopefully will become insan yg disayangi seem awatiff mean...yg tersayang. Other names...Aisyah, Fatimah Azzahra, Siti Syafiyah etc.


People to tagged?

Yang ni tatau....Pasalnya tak ramai gang yg berblog...


Who is no. 1 ?

Lin...accountant yg cantik jelita...ratu tudung Ariani...my friend di UIA...

Who is no. 2?

Kak Lin...my blogging friend aka my customer

Who is no. 3?

Obai.... my UIA friends....


ok diyana..kak ila dah complete your tagged. Sorry lambat..Biasa laa cuti2 ni...Hehe


Tuesday, January 27, 2009

A new pic of my family....

Giant Kota Damansara - leisure time with my kids


Azhad & Adham - Genius Aulad


Sarah Awatif Tasnim is ready to MID VALLEY MEGAMALL today!



Berapa kali round nk main kuda tuh!!




Just nak share my lunch menu today. hahaha!!

Just nak share with all of o u my lunch menu today. Simple aje. Ila pun konpius coz my lunch ni mmg cacar marba laa. Nk kata masakan kg...ada laa plak sup sayur dan ayam goreng sup tu. Huhuhu.. tak kisah lah tu.... Menu minum petang hari ni putu bambu dan nescafe panas. Yummy.....!! Tapi air 3 liter tak missed tau!! Yeehaaaa......!!


Sambal belacan cik ila. Ekekeke....

Kacang botol yg akan dimakan bersama sambal yg pedas tuh!!


Ayam goreng sup yg telah diperap dgn kicap manis


Yang ni baru betul diet meal...sup sayur. Ada ayam, kobis, fish ball, kentang, sawi dan lobak.










Thursday, December 11, 2008

Santapan Rohani ...

Sumber dipetik dari pakarhowto.....

Tips Menjadi Isteri Idaman

Rasulullah bersabda yang bermaksud:“wanita itu perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”(HR Muslim). Berikut adalah sedikit tips yang ingin saya kongsikan bersama. Buat pembaca yang ingin menjadi isteri idaman. Ehem… Tidak lupa juga kepada mereka yang mahu menjadikan isteri mereka isteri idaman.


1.Taqwa kepada Allah dan jauhi maksiat.


2.Elakkan dari keluar menuju ke pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram.


3.Tidak membiarkan suami di dalam kemaksiatan.


4.Berupaya mengenal dan memahami suami.


5.Bersikap qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada).


6.Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak, menjaga kebersihan rumah, menghiasnya dengan baik dan menyiapkan makanan pada waktunya.


7.Membelanjakan harta suaminya pada tempat yang sepatutnya serta tidak berlebih-lebih dalam membelanjakan harta kearah perhiasan diri dan alat-alat kecantikan.


8.Bergaul dengan penuh kemesraan kepada keluarga suami serta kerabat-kerabatnya. Khususnya kepada ibu suami selaku orang yang paling hampir dengannya.


9.Wajib menunjukkan kecintaan kepada suami, bersikap lemah lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan mentaati segal perintahnya selagi tidak mendatangkan maksiat kepada Allah.


10.Menyertai suami dalam perasaannya serta turut merasakan dukacita serta kesedihannya.


11.Berterima kasih kepada suami diatas kebaikannya serta tidak melupakan keutamaannya.


12.Menyimpan rahsia suami serta menutup aibnya kerana isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami.


13.Meminimakan diri dari mengulangi kesilapan.




Lagi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga...“Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga"


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah.
Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2…melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.



Lagi Tips Untuk Isteri.....

Dr Fatimah telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luardan dalam.


Caranya:Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Tolong sebarkan petua/jampi ini kepada kaum-kaum ibu.... semoga ada manfaatnya, insyaAllah.