AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, February 5, 2009

Muhasabah hari ini...

Today nak cakap pasal simple thing...Tapi ila yakin ramai yang lupa & lalai. A brief about QANAAH.

Sifat QANAAH ni antara sifat yg susah nak kita praktikkan. Selalunya memang ada waktu kita praktikkan...tapi bila kita lupa ...mmm tak applied langsung laa dlm idup. Time tu mula laa rasa banyak benda tak cukup dalam hidup. Nak beli itu...nak beli ini....(yg ni ila pun selalu rasa jgk...ekekeke) walhal apa yang dah Allah anugerah kat kita tu sudah cukup baik jika dibandingkan dengan mereka yang tak de apa2. HUHuhu...!! Akibat dr perangai bodoh tu mendorong kita lebih ikut kata hati dari akal kita yg waras. Mmmm....selagi nama pun manusia memang keinginan akan tetap ada. cumanya kita sendiri laa yang kena jadi kuat semangat untuk lawan UNLIMITED WANTS tu!! Nak nak lagi time gawat ni kan...lagi laaaa.

Ni ila quote dari friendvirtual.com...nasihat dia best. Bagus dijadikan renungan ....jom baca!! Moga sama2 leh perbaiki peribadi masing2....Aminnn!!

Setiap muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sikap qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang di perolehi orang lain. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan `alhamdulillah` di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat qanaah atau berpada, sifat tidak tamak serta haloba dalam memenuhi keperluan hidup. Apabila ia merasakan cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya.

Bersyukurlah atas nikmat hidayah Islam, akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, penutup (aib), dan nikmat lain yang tak terhitung. Sebab, di antara manusia itu ada yang kufur, hilang akalnya, terampas kesehatannya, dipenjara, dilumpuhkan, atau ditimpakan bencana.Kini saatnya untuk menyedari bahawa kita sebenarnya adalah orang yang paling kaya. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, sehingga hidup lebih bermakna, berkah, serta lebih bererti. Jadikanlah keredhaan itu dengan mengosongkan hati dari berbagai sangkaan dan membiarkannya hanya untuk Allah SWT

No comments:

Post a Comment