AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, January 10, 2010

Tour Madinah Day 2.

Okey since ada kelapangan malam ini, so aku nak sambung entry semalam..... Day 2 at Madinah adalah melawat main history places at Madinah. Rombongan umrah Zahafiz akan dibawa bersiar-siar melawat bandar Madinah dengan bas. Esok rombongan akan bergerak ke Mekah. Mmm sekejap sangat kan??

Total bas ada dua buah... kira2 hampir 100 jemaah laa jugak. For sure lawatan ini akan take time.... longer than expected. Yer laa orang kan macam2 kerenah. Hehehe.... Jadinya, aku dan hubby ikut aje cadangan rakan2 ibadah aku (Kak Shida, Cikgu Ideris dan Ustaz Amin) yang lebih prefered chartered van untuk round2 kota Madinah ini. Jadi pergerakan kami pastinya tak mengambil masa yang lama coz lebih senang nak monitor jemaah yang kecil dari yang besar. Cuma kena bayar extra money je laa kat drebar van tu. Hehehe..... Tak kisah laa yang penting kami pulang awal. Jadi tak laa tergesa-gesa untuk solat zohor berjemaah di masjid Nabawi nanti.

Rombongan kami berlima dibawa melawat ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, medan perang Uhud, makan syuhada, Al Maharis (yang ni kawasan larangan. Tapi Ustaz Amin berjaya pujuk drebar untuk bawak kami ke sini....hehe), dan pasar kurma. Kami bergerak jam 8 pagi dan Alhamdulillah manage to come back at 1120. Sempat laa berehat sebentar sebelum azan Zohor yang berkumandang tepat jam 1230 tghr. Okey ni antara gambar yang sempat di snap. Aku tak mau amik banyak2 gambar sebab dalam hati aku teringin nak mai lagi. Insyaallah.

Notes - Sila abaikan aku yang debab ini. Aku sudah start mendebab sekarang. Ekekeke.... Hubby kata aku ni dah macam muka ayam golek. Sabo je!! Huhuhu.... Nak wat macam ner....? Habit aku kalau aku peknen memang mencecah berat badan hampir 80 kilo. Okey yer, catatan entry kali ni, aku akan kongsi info sekitar tempat yang dilawati. Tapi only a brief je lah. Nak tahu lanjut aku galakkan kawan2 membuka kitab. Hehehe......


Masjid Quba'

Ustaz Amin, hubby dan Cikgu Ideris di hadapan masjid Quba'. Masjid ni adalah masjid pertama yang dibina Nabi kita semasa beliau singgah di sana. Ketika itu baginda dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tiba di perkampungan Quba' dan tinggal di sana selama 4 hari. Masjid ini dibina sendiri oleh nabi bersama para sahabat yang lain. Ketika itu, kiblat kita menghadap Masjidil Aqsa.


Haa...yang ni turn aku dan Ustazah Sahida plak interprem the lenses.


Masjid Qiblatain

Setelah selesai Tahiyyatul masjid di masjid Quba' dan bergambar, kami pun beredar plak ke Masjid Qiblatain. Letaknya tak jauh dari masjid Quba'. Namun masjid ini tak laa sesibuk masjid Quba' tadi. Mungkin kami terlalu awal agaknya. Hehehe.... Tentang penukaran arah kiblat ni banyak pendapat. Ada yang kata ketika wahyu diturunkan, nabi solat Zohor 2 rakaat menghala ke Masjidil Aqsa dan 2 rakaat lagi menghala ke Baitullah. Mmm yang tu kena buka kitab laa yer. Aku cerita secara general jek dolu. Tetapi pendapat yang telah diteliti oleh mereka yang arif, solat pertama yang menghadap Kaabah adalah solat Zohor. Sebelum ini, sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, baginda diarahkan untuk solat menghadap Masjidil Aqsa. Tindakan ini dipertikaikan oleh orang Yahudi kerana tiada beza antara mereka dan orang Islam. Jadi, Nabi pun kurang selesa dengan statement Yahudian ini pun berdoa semoga kiblat beralih ke arah Baitullah. Akhirnya hari ke 16 atau ke 17, Allah memerintahkan agar kiblat kita ditukar ke arah Baitullah.


Masjid Qiblatain from other angle.


Masjid Tujuh

Dan selepas itu, kami beredar ke Masjid Tujuh. Kami tak turun pun. Just melalui sahaja untuk menjimatkan masa yang sememangnya terhad. Masjid ni terletak di pinggir Jabal Sila'. Namanya Masjid Tujuh kerana terdapat tujuh buah masjid sekitarnya. Antara yang aku ingat adalah Masjid Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Tapak2 masjid2 ini adalah tapak perkhemahan tentera Islam semasa perang Ahzab @ Khandak @ parit.

Jabal Sila'


Masjid baru sekita area Masjid Tujuh.


Ini adalah pintu gerbang lama untuk masuk ke Masjid Abu Bakar. Kesan yang tinggal pun berskala kecil sahaja.


Jabal @ Bukit Uhud

Then, kami trus beredar ke kawasan Bukit Uhud. Bukit Uhud ni antara bukit terpanjang di Madinah. Kawasan bukit ini terlalu nostalgia dan sedih di mana dikawasan inilah tentera Islam kalah dan mati syahid semata-mata menegakkan agama. Di sini, tentera Islam yang syahid, dagingnya dipotong dan dilapah. Betapa kejamnya tentera Quraisy yang masih tak berpuas hati walaupun sudah menang. Kalau kita baca sejarah perang Uhud dan menghayatinya memang sedih benar rasanya. Mmmm aku dolu2 rasa biasa jek. Tapi bila dah sampai sini, uish terasa penghayatannya lain sekali. Sedih!! So kawan2, better visit here then leh feel apa yang aku rasai ini.

Belakang itu, adalah bukit pemanah. Terletak depan Bukit Uhud. Para pemanah Islam semasa perang Uhud disuruh Nabi agar tidak turun dari sana walaupun telah menang atau kalah. Namun, mereka tidak mendengar kata. Turunnya mereka dari sana bererti mereka ingkar akan perintah ketua mereka Nabi Muhammad SAW. Akibatnya, kaum Quraisy yang telah kalah diperingkat pertama mara kembali lalu menyerang tentera Islam habis-habisan. Butiran lanjut leh refer kitab yer. Hehehe.....



Aku dan Ustazah lagi. Hehehe.... Sekitarnya kelihatan orang meniaga. Aku beli habbatus Sauda' sekampit. Kat sini banyak jual herba2 wanita. Antaranya, genggam Fatimah, buah zuriat dan macam2 lagi. Before balik tu aku beli kurma muda. Mmmm dikatakan wanita Arab mengamalkan makan kurma muda untuk menjaga keharmonian rumah tangga dan menjaga peranakan mereka. Dengan kata lain jika diamalkan khasiatnya ala2 manjakani gitu. Jadi faham2 sendiri apakah ia.....hehehe....


Di kawasan Bukit Uhud jugak, terletak makam para syuhada' yang terkorban semasa perang Uhud. Antaranya adalah bapa saudara nabi Saidina Hamzah. Kami pun mengambil kesempatan yang ada untuk sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Al fatihah......!!!


Dan selepas itu, kami pun bergerak ke kaki Bukit Uhud. Cuma yang ini from other angle. Actually kawasan ini adalah kawasan larangan untuk didekati. Dahulu ia boleh dilawati. Tetapi memandangkan pengunjung2 ramai yang fanatik, bertolak2 sehinggakan ada yang mati; jadi kawasan ini dilarang oleh kerajaan Saudi. Mmm apakah kawasan ini yer?? Aku pun tak pasti apa namanya. Tapi yang sahih, masih di Bukit Uhud. Jika mengikut rombongan travel agent, pasti tak ke sini. Ni kira agenda persendirian kami berlima.

Tempat yang dimaksudkan adalah tempat persembunyian Nabi setelah kalah teruk dengan tentera Quraisy semasa perang Uhud. Kalau kita baca sejarahnya, memang setelah kalah truk, nabi dan mereka yang terselamat lari menyelamatkan diri ke tempat tinggi di Jabal Uhud. Dan inilah kawasan yang dimaksudkan. Semasa mereka menyelamatkan diri, tentera Quraisy yang geram dan masih tak puas hati kerana tak berjaya mendapatkan Rasulullah telah memotong dan melapah daging para syuhada'. Yang ni berkait rapat dengan surah Al Masad (tabbad yada) dimana refer kepada si kejam; Hendon yang melapah daging Saidina Hamzah. Nabi bersembunyi menyelamatkan diri setelah luka truk sehinggakan darah yang mengalir keluar dari tubuh nabi itu terkena dinding gua kecil tempat baginda bersembunyi. Subhanallah, dinding itu sehingga kini berbau wangi seperti kasturi.


Ruangan ini hanya muat seorang sahaja. Memang tempat persembunyian!! Dinding yang berbau kasturi. Subhanallah.


Tu pintu masuk gua yang muat seorang sahaja. Posing berdiri - Ustaz Amin dan yang depan tu suami teman ler. Hehehe.....


Gambar ditangkap oleh hubby dari atas. Van putih tu van yang kami chartered. Dua lembaga itam yang nampak dari jauh itu, aku dan Ustazah la. Hehehe.....


Turun dah..... hati2 sangat curam.


Sahaja aku snap gambo si drebar Arab ni. Bukan main posing plak dia ni aih. Hahaha!!!


Pasar Kurma

Dan last sekali, kami bergerak ke pasar kurma. Sepatutnya ada lawatan ke ladang kurma. Tapi jemaah berlima ini tak mahu ke sana. Mmm setakat nak tengok melawat pokok kurma, kat UIA pun ada. Hikhik..... Tapi tak sure dia berbuah ke tak laa. Jadi visit ke pasar kurma, pastinya beli kurma. Banyak kedai dengan harga tawaran harga yang berbeza2. Peniaga akan suruh rasa semua kurma. Hai rasa punya rasa.....tahu2 perut aku kenyang ngan kurma je!! Hahaha!! Kat sini aku beli kurma Ajwah (nabi), Mariyami, pistachio, kacang cerdik dan coklat.




Hubby meh rasa..... saya dah kenyang!!



Ni tokey kedai kurma. Hua minal Malizi. Masya Allah hua jamil fil abyadhul tsaub!! Ekekeke!! haaa sape pandai Arab leh translate. Hehehe!!

Okey yer, catatan journey disambung besok plak. Aku nak pi makan dah spend masa with family. Salam.......

2 comments:

  1. wahh wat umrah time musim sejuk ye..bestnya leh daki bukit uhud tu...eila dulu p bulan puasa mmg tak larat la..panas pun leh tahan gak...

    ReplyDelete
  2. ila > zaheila @ along - ha ah musim sejuk. pi time ni murah sket dr musim posa. posa paling mahal. hehehe.... tp pahala pi time posa lagi beso kan....tu yg best tu.

    ReplyDelete