AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, May 13, 2010

Packing Barang Untuk Pindah

Wah nak updet blog lagik hari ni. Awat laaaa aku rajin plak no?? Hehehe.... Sebabnya aku buhsan wa tatau nak buat apa. Dah tak larat nak baca buku....tak larat nak google2.....jadinya aku rasa best plak melepaskan apa yang otak aku fikirkan dalam blog aku yang gelap ini. Hehehe.....

Progress lagi 21 hari nak due ni - kaki aku sudah bengkak. Macam kaki pesakit untut pun ada. Mmm kaki aku ni macam kena masuk dek angin gitu..... Bila ditekan2 terasa bisa jugak laa. Nak nak time solat; mmm duduk pun sakit. Subhanallah...... Besar sungguh pengorbanan ibu kan. Bersakit-sakitan 9 bulan!! Moga anak yang kukandung ini fahami akan pengorbanan aku ini. Amin.

Aku and hubby la ni sudah bersiap sedia untuk pindah ke rumah baru. Mmmm though preparation kami memang laa sudah almost 80% done tapi kunci yang sepatutnya dapat around Februari....sampai la ni tak dapatnya. Huhuhu.... Aku actually sangat laa serabut since jadual yang sepatutnya running smoothly habis terkandas. Rumah yang kami sewa di Kota Damansara ini sudah pun dibeli orang. Atas jasa baik beliau, kuharap boleh laa kami menyewa until raya, hehehe..... tapi beliau pun punya impian nak renovate umah idamannya..... So kami hanya boleh duduk till 1/7/2010. Walaupun sebentar cuma, yang penting tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Jadi...... apakah maknanya itu??? Huhuhu..... Itu maknanya aku akan pindah time aku dalam pantang!! Uwaaaa!! Mmm tiba2 terlintas dalam kepala otak aku nih; aku pindah dengan kain batik, tshirt lengan panjang, bedak sejuk kat muka, badan bau minyak nona roguy, etc. Hahahahahaa!!! Memang gamble gila!!! Jadi kerana itu laaa, sebelum aku bersalin ni, aku dah beres apa yang perlu dibereskan. Takut2 esok lusa aku dan hubby kelam kabut dengan kerenah bayi yang tak tahu lagi macam mana perangainya kan.....!! Harap2nya okey laa hendaknya. Amin!!!



Haaa...ni koleksi baju. Banyak dah yang aku sorting buang @ hantar balik kampung. Tinggal sikit2 je. Aku standby all those things kat hall atas. By the time kena pindah, angkut aje laaa.

Haaa....ni kepala katil bilik aku, bilik tetamu dan katil anak2. Ekekeke....Semua sudah dicabut. La ni kami tido atas tilam spring yang dihampar atas parquet jek. Mudah.

Haaa...tu plak kerangka katil3 yang ado. Mesin jahit aku pun dah bungkus jugak. Mmm langsir umah baru pun tak jahit lagi.... Insyaallah akan dijahit selepas aku habis pantang nanti.

Harapan aku kunci rumah tu dapat laa tak lama lagi. Mungkin ada hikmahnya kunci tu dapat lambat kan?? Mmm apa yang aku realize, dengan time yang limited ni, aku tak laaa boros sangat memikirkan ke mana duit hubby nak kuhumbankan. Hahahaa!! Yer laa, main point sekarang bukan pada renovation yang modernizo ke apa sudah.....tapi lebih kepada dapat kunci, trus order grill then aku nak masuk!!! Kalau tak, mmmm tak tahu laa aku mana nak lepaknya esok2. Huhuhu......
Tapi bolehkan hati aku yang jahat ni tolerate?? Hati ini tetap jahat nak extent rumah aku dengan gaya ini...gaya itu. Aku ni tak selalu demand itu ini pada hubby. Tapi tentang soal rumah, aku memang amat particular since alomost 90% of my time will be spent at home. Jadi for sure laaa aku inginkan rumah yang sama as what I have been dream before. Tapi tu laaa masa tak mengizinkan. Macam ner hati jahatku ini tak setuju dengan suggestion hubby (dpt kunci, touch utk interior jek then msuk trus... extent umah yg perlu pakai MBSA approval tu buat bila kita dah duduk) tapi nampaknya itu adalah best solution setakat ini. Cuma hati jahat aku berkata - eh silap2 tak buat langsung!! Hahahaa.... Tapi tu laa, positifkan minda, then aku perlu ikut kata hubby je......Yang penting kita tak merempat just semata-mata nak buat major renovation. Huhuhu..... Tawakkal to 'alallah...... La tahzan.... innallahama'ana. Amin ya Rabbal 'Alamin.

2 comments:

  1. laaa.. igtkan ila dah dpt kunci. pindahla cepat2. bole akak bwk luqman tgk baby baru nanti.. :)

    takpela ila.. pelan2 kayuh. kitorg pun tk wat satu benda pun lg kt umah ni. hajat tu mmg ada tapi ongkosnya tk cukup lg.kalau nk major reno mmg kena pindahla gamaknya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. tu laa dia cik mas. bolum dpt kunci lagi .... lmbt gila. udah lewat hmpir 4 bulan dah ni. nak kena sime darby ni tau!!

    ha ah...pelan2. mudahnya reno dolu. tp sebab tak sempat dan malas nk pikir2 dah rasanya msuk dolu...nnti kita citer kendian. hahaha....

    haaa luqman chubby nnti mmg kena mai umh aunti ila. tak pun aunti ila yg serang umh luqman. hehehe...

    ReplyDelete