Ingatkan nak berbuka puasa di luar.
Tapi entah apa angin, ayah volunteer nak masak.
Wahhhhh hahahahaha.
Kalau mood itu datang, jangan dihalang kerana mood itu tak muncul hari2.
Ia muncul 3 tahun sekali je.
Hahahahaahha.
Jadi, layan je la.
Ayah nak masak apa tu?
Mmmm sejak mak kawin dengan ayah, ada dua masakan je yang ayah pernah masak.
Satu sardin masin gila dan tomyam yang marbeles.
Menu lain, ilekkk.
Hahahaha.
Tapi, kalau dengar dari cerita dia, macam2 menu dia masak masa dia belajar kat uk dulu.
Sound like masterchef ok.
Hahahaha.
Story hanya tinggal story.
Untuk kali ini, menu pilihan ayah ialah tomyam seafood wow.
Baru dengar dah wow....
Rasanya?
Jadi, untuk menjayakan misi masak2 ayah tu, kami pun keluar membeli barang basah.
Pasaraya pilihan ayah pastilah ke jaya grocer, BJ.
Siapa yang chef, dialah yang tentukan barang apa yang akan dibeli.
Ayah beli udang dan sotong.
Wahhhhh udang pilihan ayah pastinya yang besar.
Sotong giant 2 ekor.
Sementara mak memilih udang dan sotong, ayah memilih sayur untuk dimasukkan ke dalam tomyam.
Sesampai di rumah, mak pun bersihkan apa yang patut.
Kepala udang yang telah dicuci, direbus lalu diblender dan dicampurkan bersama air rebusan kepala udang tadi.
Ini rahsia tomyam kita lebih rasa wowww.
Then mak pun memotong sayur yang ayah beli tadi.
Punya la terkejut!
Sayur organik belaka yang ayah beli.
Patut la dia heboh resit belanja tadi mahal.
Hahahaha carrot dua batang rm 10.
Capsicum 2 biji rm 12.
Sabar je la.
Tak lama selepas tu, ayah pun memulakan tugas memasaknya.
Ayah mengarahkan mak duduk kat depan.
Di dapur, memang tak boleh ada dua orang manager kan.
Nanti gaduh hahahaha.
Cara mak masak tomyam berbeza dengan ayah.
Mak biasa rebus tomyam sahaja.
Ayah plak tumis tomyam.
Haaaaa curlasss.
Semasa ayah tumis, wowww bau sedap.
Berbunyi2 perut aih....
Mak tak tahu apa yang dia tumiskan.
Tapi memang sedap.
Tomyam ayah ada santan.
Dengar macam berlemakkan.
Tapi tidak ......
Bila mak tanya macam mana buat tomyam ni, dia kata rahsia.
Poyo je ayah.
Hahahaha.
Nanti kena masak lagi lah.
Sebab hanya ayah je tahu resepi ini kan.....
Biasa kita dengar, kalau suami masak maka habis kecahlah dapur.
Tapi tidak bagi shuben mak.
Usai masak, semua perkakas yang diguna dibasuh.
Table top pun dilap licin bersih.
Wowww.
Okey, mak puji.
Sebab mak pun tak buat gitu.
Hahahahaha.
Komen anak4, tomyam ayah sedap gila.
Kalah kedai.
Wowwwwww.
Bangga gila ayah.
Seriously kena repeat lagi nanti.
Tq hubby.
![]() |
| Nampak mantap sangat rupanya. Rasa dia pun wowwwww. |





No comments:
Post a Comment