AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, February 23, 2009

Tumpul Minda

Ni ila quote dari my frens; Lin blog's. Simple je tapi I am sure ramai yang amik sempoi!!

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :-

- Kurangkan makan bawang besar
- Kurangkan makan berempah
- Kurangkan makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan
- Kurangkan membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
- Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan:-

- Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
- Selalu makan makanan yang panas2
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
- Selalu minum air masak
- Selalu makan ulam2
- Selalu mengamalkan pandangan hijau
- Selalu bersenam
- Selalu menggunakan imaginasi otak
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
- Jangan ego
- Jangan dengki pada orang lain
- Jangan makan dari sumber yang tidak halal
- Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
- Jangan makan makanan yang ada pewarna
- Jangan makan makanan yang ada pengawet
- Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
- Jangan mandi selepas 9.00malam


......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

- Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Ditakuti nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) -

Monday, February 16, 2009

Projek weekend hari tu apa yek? ZOO NEGARA :)

Mmmmm lama jugak tak posting dlm blog ni. Mmm sabtu ahad mmg hari yg busy. Time tu laa nak spend masa ngan hubby dan anak2...dan time tu jugak laa ila akan amik kesempatan nk siapkan my own shopping cart yg tergendala. Selalunya anak mmg ajak mama ayah depa jalan. Ekekeke..mmg best tp yang tak bestnya a bit tired. Huhuhu...

Just nak update my small bisnes ... Mmm ramai jugak yg wonder..Ila ko jual apa ek? Kadang2 mcm malas jugak nk inform. One branded produk added ialah rangkaian produk DCL. Dolu mmg ila pengguna setia tp non member...tatau apsal br sekarang terbuka nk jadi member. Hehehe... Tapi tak kisah laa tu...Mmm kat sini Ila highlight item yg dijual. Ok.... Kindly KLIK kat each pic below for further info. Tq







So berminat nak try any product state above leh give a sms to me... ila 0123982250. Hehehe... Okey nak story...Sabtu baru ni we sefamily spend a day di zoo negara. Korang...letihnya ila rasa. Letih jalan kaki satu zoo. Konon2 nak menikmati pemandangan haiwan2 tu...jadinya we decide tak nak laa naik bas zoo tu. Mmm hehehehe...look Azhad dan Awatif really enjoy dgn binatang2 tu. Cuma Adham laa kureng sket coz dia ngantuk...so a bit moody. Malas ila nak layan. ekekeke...Yang penting our promise to my kids mama dan ayah dah tunaikan. Okey ila attach gambar kat zoo negara sabtu hari tu...hehehe....
Bukan anak bongsu yg dok dlm stroller...tapi budak moody ni laa plak. Hahaha...
Ayah dan anak2nya yg semangat...


Awatif pun dah letih. Tu ngamuk nak nenen lah tu!! Sabo2!




Letih beno...lepak kejap..
Close up muka si moody.
Awatif epi...sin tgk mulut cedera..semalam jatuh kat belakang.

Me & Asben....

Ad & Elephant yg gedik...Nampak org je tunjuk laku laa gajah tu!!

Tu program Sabtu...esok tu Ahad ila pi joging kat park Tmn Tun with my neighbour. Anak semua tinggal ngan ayahnya. Mmm cantik betul park tu. Mmm track jogging yg mmg mencabar..berbukit2...!! Ila complete the track....Cewah2 ...semangat tu!! Akibatnya hari ni badan dan kakiku sakit2...coz asid laktik dah memenuhi ruangan sendi2 aku. Kakakaka...Mmg joging situ byk burn calorie compared to dgn my cross trainer. Teramat laa ramai org yg concern dgn kesihatan masing2... Sampaikan ila plak yg rasa naik malu. hehehe mana taknya...ada antara depa tu tak gemuk pun...slim je. Depa pun concern dgn kesihatan bdn seniri...inikan plak kita yg slim sikit je...Hahahaha...Rasa2nya Ahad ni pun nak pi joging situ lagi...Nnnti Ila akan snap pic scenery tmn tu...Just tgu!!!

Okey laa kot rasanya my jurnal for today.... Ila nak pi isi borang DPLI online plak. Nak apply lagi jd cikgu sekolah menengah... Ada rezeki ada laa ek... Tader rezeki nak wat macm ner...Just berserah pada Allah coz hanya dia yg tahu apa hikmah di sebalik yg diaturkannya....

Thursday, February 5, 2009

Muhasabah hari ini...

Today nak cakap pasal simple thing...Tapi ila yakin ramai yang lupa & lalai. A brief about QANAAH.

Sifat QANAAH ni antara sifat yg susah nak kita praktikkan. Selalunya memang ada waktu kita praktikkan...tapi bila kita lupa ...mmm tak applied langsung laa dlm idup. Time tu mula laa rasa banyak benda tak cukup dalam hidup. Nak beli itu...nak beli ini....(yg ni ila pun selalu rasa jgk...ekekeke) walhal apa yang dah Allah anugerah kat kita tu sudah cukup baik jika dibandingkan dengan mereka yang tak de apa2. HUHuhu...!! Akibat dr perangai bodoh tu mendorong kita lebih ikut kata hati dari akal kita yg waras. Mmmm....selagi nama pun manusia memang keinginan akan tetap ada. cumanya kita sendiri laa yang kena jadi kuat semangat untuk lawan UNLIMITED WANTS tu!! Nak nak lagi time gawat ni kan...lagi laaaa.

Ni ila quote dari friendvirtual.com...nasihat dia best. Bagus dijadikan renungan ....jom baca!! Moga sama2 leh perbaiki peribadi masing2....Aminnn!!

Setiap muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sikap qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang di perolehi orang lain. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan `alhamdulillah` di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat qanaah atau berpada, sifat tidak tamak serta haloba dalam memenuhi keperluan hidup. Apabila ia merasakan cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya.

Bersyukurlah atas nikmat hidayah Islam, akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, penutup (aib), dan nikmat lain yang tak terhitung. Sebab, di antara manusia itu ada yang kufur, hilang akalnya, terampas kesehatannya, dipenjara, dilumpuhkan, atau ditimpakan bencana.Kini saatnya untuk menyedari bahawa kita sebenarnya adalah orang yang paling kaya. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, sehingga hidup lebih bermakna, berkah, serta lebih bererti. Jadikanlah keredhaan itu dengan mengosongkan hati dari berbagai sangkaan dan membiarkannya hanya untuk Allah SWT

Thursday, January 29, 2009

Mee Rebus Teganu

Mee Rebus Terengganu.. Ila kawin ngan orang Jerteh. First time rasa mee ni masa baru2 kawin dolu. Psl kat tempat ila mee rebus nih mcm style mee jawa tuh. Kat teganu mee rebusnya ala2 mee sup gitu. Ni laa rupanya.....
How to prepare it??


1) Blender bwg merah dan putih dan lada hitam.
2) Panaskan minyak dlm periuk... tumis laa bwg2 nih
3) Dah wangi msukkan ayam, daging, sotong/udang...
4) Masukkan air berapa banyak nak... pastu buh garam...kalau nk pedas top up laa lada itam tuh.
5) Biar mendidih pastu buh plak sayur2an..Antaranya carrot, sawi, kobis dn mcm2 lagi laa.
6) Kalau ada fish ball pun leh je masuk jgk. ekekeke....
7) Pastu biar sat... then angkat laa. leh laa mkn.


Dihidang bersama asam limau, cili api blender jeruk (dicuka), bwg goreng dan daun sup bawang. Kalau rasa nk ubh selera leh laa try.

Wednesday, January 28, 2009

Tag dan Award

Idea ni generated by my friend, Diyana from New Zealand http://anugerahnurani.blogspot.com
RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...




Do you think that you are hot..??

Yes...hahahaha...Perasan laa plak ek...!!


Upload a pic of that you like

Why do u you like this picture?

Apsal ek?? Pasal gambar ni realize that betapa cepatnya waktu berlalu. Mmmm rasa baru je grad hari tu. Oooo my God I dah anak 3 tau !!! Hahaha... Anyway mmg gambar ni buat me and asben rasa bahagia la.... huhuhu.. Umur pun makin tua...Mmm maknanya maut pun makin hampir kan... Amalan kita dah cukup ker? Takutnya Ya Allah!!


When was the last time you eat pizza?

Oii pizza?? Mmm if not mistaken...4 bulan ke 3 bulan lalu laa kot. Teruja dgn promo new pizza di pizza hut. Just try it mmmm tak laa berapa sedap seperti yg diwar2kan dlm iklan tuh. Buat badan kembang je. Wakakakaka!!


The last song you listen to?

Lagu nasyid yang ada dlm blog Diyana ni laa...Tatau laa berapa kali laa lagu ni berputar.


What are you doing rite now beside doing this..

Dok riba my daughter awatif yg demam....tgu kain dlm washing machine...dan menten kedai online ila di wanitamelayu.com dan other related forum... Yeahhh!!


What name you prefer besides yours?

My daughter name... Sarah Awatif Tasnim... Hopefully will become insan yg disayangi seem awatiff mean...yg tersayang. Other names...Aisyah, Fatimah Azzahra, Siti Syafiyah etc.


People to tagged?

Yang ni tatau....Pasalnya tak ramai gang yg berblog...


Who is no. 1 ?

Lin...accountant yg cantik jelita...ratu tudung Ariani...my friend di UIA...

Who is no. 2?

Kak Lin...my blogging friend aka my customer

Who is no. 3?

Obai.... my UIA friends....


ok diyana..kak ila dah complete your tagged. Sorry lambat..Biasa laa cuti2 ni...Hehe


Tuesday, January 27, 2009

A new pic of my family....

Giant Kota Damansara - leisure time with my kids


Azhad & Adham - Genius Aulad


Sarah Awatif Tasnim is ready to MID VALLEY MEGAMALL today!



Berapa kali round nk main kuda tuh!!




Just nak share my lunch menu today. hahaha!!

Just nak share with all of o u my lunch menu today. Simple aje. Ila pun konpius coz my lunch ni mmg cacar marba laa. Nk kata masakan kg...ada laa plak sup sayur dan ayam goreng sup tu. Huhuhu.. tak kisah lah tu.... Menu minum petang hari ni putu bambu dan nescafe panas. Yummy.....!! Tapi air 3 liter tak missed tau!! Yeehaaaa......!!


Sambal belacan cik ila. Ekekeke....

Kacang botol yg akan dimakan bersama sambal yg pedas tuh!!


Ayam goreng sup yg telah diperap dgn kicap manis


Yang ni baru betul diet meal...sup sayur. Ada ayam, kobis, fish ball, kentang, sawi dan lobak.