Musim exam dah pun lepas.....
Kini cuti sekolah dah bermula.....
Kami sekeluarga hanya balik kampung last weekend....
Dan the rest of cuti sekolah ni banyak masa dihabiskan dengan lepak2 di rumah jek.
Kids plak tak abis2 bermain bersama-sama.
Biarkan.....
Mainlah kome puas2 :)
Semalam besday anak bongsu mak, Sarah Aisyah dan encik suami mak :)
Alhamdulillah dah setahun dah umur dia....
Dan encik suami dah masuk 34 hihihi...
Dah tua :)
Yang pasti encik suami kena la lipat gandakan amalan... yer la usia makin banyak... maknanya makin dekatlah waktu kita nak menghadap Ilahi....
To encik suami, happy besday....
Semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki dari Allah SWT.
Amin....
Dan buat Sarah Aisyah, mama doa, moga anak mama akan jadi anak yang solehah dan juga dilimpahi rezeki dari Allah swt juga.
Amin.
Mak tak wat special masak2 pun semalam....
Mak tak wat special masak2 pun semalam....
MALAS....
Insyaallah ahad ni nak wat makan2 lah sket :)
Wat kecil2 jek....
Orang kata jangan tak buat..... :))
Nak ajak sapa pun tak tatau lagik.....
Hahahaha.
Ni kisah balik kampung baru ni.....
Opah mak baru jatuh toilet....
Uish, mujurlah tak teruk!! Alhamdulillah.
Tak de patah2.......
Tapi since dia dah tua, sekali jatuh memang cukup dah lemahkan dia.
Banyak tulang-tulang dia dah haus....
Mmmm bak kata DR, ni memang masalah biasa bagi orang tua ...
Huhuhu...
Dan la ni dia terbaring di katil.....
Sebab utama, dia rasa sakit di bahagian tengkuk.
Opah mak ni badan beso kaki kecik.
Bila dah sakit tengkuk, mmm memang payah la untuk dia nak duduk apatah lagi berdiri.
So baring jek la....
Even nak pusing kanan dan kiri pun payah.
Jadi mama dan pak yop lah yang banyak membantu dirinya....
Mmmm mak tengok opah la ni buat mak terfikir lak, macam ner la nasib mak tua2 esok?
Adakah anak yang 4 ni akan berbakti?
Harapnya yer la..... Amin.
Mama buat kenduri doa selamat sket petang sabtu lepas.
Menu minum petang jek pun...simple jek la.
Kenduri ni sempena opah yang selamat dari cedera itu dan beberapa alasan lain.
So mak tatau nak sponsor apa...
Mak sponsor kek besday kek in advance untuk Aisyah lah kononya :)
Kek sponge simple2 jek.....
So ni antara gambar yang sempat ayah snap .......
Aisyah tak sabar :)
Ni Alya dan Balqees..... Anak sedara mak aka anak kepada sepupu mak :) Dah beso dah depa ni haaa !!!
Sepanjang mak di Kuala Kangsar,
Ramai lah yang visit opah......
Mmm opah mak ni bila ramai tetamu dia nampak happy sangat walupun tak larat.
Tapi bila tak de orang, dia akan jadi macam sakit sangat.
Mmm mama mak kena temankan dia sentiasa.
Kalau boleh, jangan jauhi dia.....
Kalau boleh dia nak mama mak tido sebelah dia :)
Owhhh opah macam nak bermanja dengan anak4nya la :)
Mmm tapinya sian jugak kat mama....
Nampak sangat letihnya.
Tapi dah jadi tanggungjawab anak untuk berbakti, mama yang letih macam mana pun turutkan jua.....
Opah akan mengerang setiap jam 3 pagi.....
Mmm mungkin cuaca sejuk.... buat urat2nya keras kot....
Tapi balik kali ni membongkar satu rahsia keluarga.....
Opah mak ada saka jugak :(
Owhhhh takut tuh.
Saka yang diterima tanpa kerelaan......
Orang dolu2 memang ramai yang begini tau....
Mmm dolu2 kan iman mana kuat.
Tapi menurut pak yop, sakanya dah pun dibuang....
Tapi sejak dia jatuh ni, mungkin badannya lemah, mmmm banyak la makluk Allah yang datang menjenguk agaknya.
Anak4 opah mengagak yang sakanya mungkin kembali atau mungkin ada makhluk2 lain mengganggu opah mak itu....
Tapi ntah betul ke tidak wallahu'alam.....
Hanya Allah yang tahu.
Cuma Alhamdulillah makhluk itu tak pernah pun dilihat oleh ahli keluarga.
Cuma kadang2 memang terasa jugak la dia tu ada :(
Time dia kat hospital Taiping baru2 nih,
Mama cerita opah kata dia nampak hantu kat tingkap la.... yang bergayut kat kelambu la.... dan paling horror yang meraba badan dia.
Mama dan mak yong yang menunggunya di hospital lak yang meremang bulu roma :(
Huhuhu
Takut jugak.....
Dan kat umah plak, dia asik cakap sorang2....
Mmmm mak ni malas nak layan kisah2 nih....
Sebab bagi mak, yang penting kita jaga amal sudah....
Tak perlu takut2.
Cuma kadang2 tu datang jugak la mode seram :))
Nak wat macam ner kan......
Macam hari tu....mak dan sepupu serta mama dok sembang la topik horror ni kat depan opah yang sedang tido.....
Mmm mulut mak ni memang mak lampir.
Mak terlepas cakap..... mak kata ntah2 ada hantu kot gigit tengkuk opah macam dalam cerita mantera anjasmoro.... tu pasal dia asik ngerang jek sakit kat situ......
Dan......
Atap umah opah yang tader angin dan hujan tu berdentum2 seperti ada orang pijak2.....
Owhhhh kami pun terdiam....
Then, sepupu mak pun balik ke rumah dia.....
Sebelum mama solat isyak, mama pun tanya balik kat mak ni.....
Eh apa ke benda yang berbunyi kat atas atap tadi ek??
Mak dengan selamba jawab - hantu marah la kak yong kata dia gigit opah!!!
Dan tanpa disangka2, atap tu bunyi lagi kuat dari tadi!!!
Mama marah mak.... sebab katanya mulut mak tak makan saman!! Huhuhu.....
Owhhhh mak memang debo gila!!
Dah la time tu abah, encik suami dan semua anak lelaki mak ke masjid....
Jadi tinggal la gang perempuan jek.
Tapi bila fikir.....jangan lah takut selagi kita berpegang pada Allah dan kitabnya,...
Then perasaan mak kembali neutral.
Mak masih tak update dengan mama macam mana kisah opah ni....
Harap2 ok la....
Mmm doa yang terbaik buat dia....
Moga dipermudahkan segalanya.
Amin.

























