Bulan Februari 2012, mak memang ada hobi pelik dan baru.
Hobi ---- BACA NOVEL CINTA!!
Dolu2 pun suka.... tapi agak bertahun sudah hobi ni di tinggalkan.
Tup- tup eh suka la plak :D
Tak tahu lah kenapa... tapi tu lah yang terjadi.
Semua ni mungkin berpunca dari drama bersiri Bicara Hati siaran Astro Prima setiap selasa agaknya.
Hati ini terlalu penasaran untuk tahu apakah kesudahan drama yang mencuit hati batu mak ni.
Sewaktu mak gila dengan drama itu, mak pun pulang ke kampung hubby di Jerteh.
Nak jadi cerita terjumpa plak novel Bicara Hati simpanan adik beradiknya.
Wahhhh apa lagi!! Sakan membacalah!!
Hati berbunga-bunga... indah hidup di alam khayalan.... berangan jika hidup ini seindah novel; wah romantik lagi bahagianya!! Hahaha.
Tu la dia penangan novel cinta!!
Sejak jadi hantu novel, mood mak rasa stabil jek... ekeke.
Hinggakan bila novel Bicara Hati ni tamat dibaca, mak rasa macam kehilangan sesuatu plak eh.
Huhuhu!! Haru betul...
Jadi inilah peluang untuk mak membeli novel lagi ... hihihi,....
Jadi, mak pun membeli dua buah novel lagi hasil tulisan Fauziah Ashari.
Novel ni dibeli secara online dari penulisnya.
Mmm siap dengan ada signature dan kata-kata puitis beliau lagik!!
Huhuhu... terharu jugak kerana penulis mahu melayan kerenah pembaca amatur ni.
Mak memilih novel ni selepas membaca review dari mereka yang telah membelinya terlebih dahulu.
Cinta Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku.....
Owh best betul......!!
Dua novel ni adalah kesinambungan Ombak Rindu yang telah difilemkan baru2 ini.
Mmm novel yang buat mood mak turun naik!!
Tapi tetap nak baca jugak sebab memang best....
Huhuhu...
Tak tahu nak cakap apa.... Just to say - I love Hariz and Izzah.
Hihihi....
Harap percintaam mak dan asben mak sekuat cinta Hariz dan Izzah .... amin.
Untuk entry later2 mak wat lah sket review 2 novel ni ya!!
Insyaallah.
Dan kini, mulai esok, bacaan baru mak adalah novel lama tapi hot - Andai Itu Takdirnya.
Novel ini hasil nukilan Siti Rosmizah; peguam muda yang berbakat.
Mak beli novel ni atas saranan ramai kawan2 facebook mak....
Mmmm dengar komen2 mereka yang novel ini mampu buat kita menangis, sedih, tak tidur malam etc memang buat hati mak nak membacanya sendiri.
Okey, tak mau komen lebih2.....
Nanti mak dah habis baca, mak try buat entry novel review....
Boleh la jadi info kat kawan2 ....
Hihi.....
Dalam sibuk2 mak ni, mak masih sempat membaca novel kan?
Pelik tapi tu la dia ....
Sambung di entry lain plak...
Da da ............



No comments:
Post a Comment