Ni entry semalam sepatutnya!!
Tapi semalam mak sangat letih kerana kelam kabut nak settlekan jualan diskaun 15% kedai online mak sempena annivesary mak yang ke - 9.
Hihihi..... kebetulan lak tarikh annivesary tu jatuh di saat mak memang desperate nak guna cash untuk bayar supplier.
Mak kekurangan duit sket untuk biaya kos stok baju baru nak masuk lagi 2-3 minggu. Hihihi.....
Alhamdulillah sale semalam benar2 membantu dan mak pun dah berjaya membayar supplier tersebut.
Hanya hari ini jadual mak lebih rilek dan santai.
Hari untuk rehatkan minda dan badan ....
Sambil2 tu leh la layan blog kawan2 mak dan blog sendiri.
Hihi.....
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan mak dan pakcik yang ke 9.
Mmmm rasa baru jek kawin!
Cepat benar masa berlalu.
Dari slim hingga dah gedempol dah mak ni haaa..... hihi.
Apa pun,
Sempena hari barakah, mak sempat panjatkan syukur mak pada Allah SWT kerana lelaki yang muncul dalam petunjuk istikharah mak adalah lelaki yang sangat sesuai buat mak.
Benar2 pelengkap hidup mak yang kekurangan!!
Mak taufan dia cuaca normal... hahaha.
Mak panas dia sejuk....
Mak panik dia cooool !!
Mak malas dia rajin....
Mak becok dia hanya cakap bila perlu.
Hihihi.....
Banyak lagi.... malas nak type daaa. !!
Mak juga berdoa semoga jodoh mak dan pakcik berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Moga pakcik dan mak lebih bersabar mengharungi hari mendatang yang tak pasti bagaimana rupa cabarannya, waallahu'alam.
Mak harap juga moga iman mak dan pakcik kian bertambah walaupun mak tahu iman itu yazid wa yanqus (bertambah dan berkurang).
Mak berharap lagi agar umur mak dan pakcik panjang..... dipelihara keselamatan dunia dan akhirat....
dan ....
semoga apa saja yang kami buat sentiasa diredhoi dan diberkati Allah swt.
Amin....
Mak tak masak beria pun semalam.
Hanya buat laksa penang kesukaan pakcik aje.
Hihi.
Sangat2 busy!!
Minggu ini minggu peperiksaan sekolah KAFA.
Minggu depan plak minggu peperiksaan sekolah kebangsaan.
Disebabkan itulah, annivesary kami tak disambut dengan jamuan kecil apatah lagi jalan2 makan angin.
Selepas semua yang penting selesai, barulah nak difikirkan ke mana mahu pergi ....
Itu pun jika mahu :) hihi....
Tapi, malam ni insyaallah tetap jugak nak memotong kek.
Wajib ada kek!!
Cukup sekadar makan kami 6 beranak aje.
Apa2 pun yang penting syukur, Alhamdulillah.
Saat debaran - aku nikahkan dikau .................
Upacara pembatalan air sembahyang dibuat di rumah..... huhuhu...
p/s - inai mak itam legam. inai pokok + inai jln mesjid india!! tahu2 itam legam. hahahah!!
The best moment in my life ............. :) Time ni tak ingat yang mak akan sit for final exam lagi seminggu setengah jek.... paper paling susah adalah semester ni lah!! huhu.
Mmmm what a wonderful day...... Windu sangat!!
Note for the husband -
I love you...
Thanks because jadi husband saya yang baik lagi bersabar.
Walaupun kini dikau kuat membebel akan daku, tapi aku tetap sayang akan dikau.
Hope jodoh berpanjangan sehingga mati....
AMIN.

No comments:
Post a Comment