AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Saturday, March 3, 2012

Kek 9th Annivesary & Andai Itu Takdirnya Review Part One.


Entry tertunda....
Malas tahap gaban melanda jiwa mak malam tadi. 
Tak de apa yang istimewa berlaku...
Cuma malam tadi ada acara makan2 kek sempena annivesary ke 9 tu jek. 
Hihihi....

Kek kali ni mak tempah dari kawan lama mak kat UIA dulu, Naemah Mohd Yusop. 
Gara2 kerajinan dia mengupload gambar keknya di facebook, mak terpanggil untuk merasainya. 
Nak buat malas yer!! 
Tahun ni satu biji kek pun mak tak pernah bakar lagi. 
Tak tahu lah kenapa..... mungkin jadual padat dan yang paling tepat adalah mim alif lam sin :) 

Disebabkan mak bukanlah orang yang particular akan flavor kek; jadi mak hanya beritahu Naemah - ikut suka ko la... janji coklat :) 
So dia buatkan mak kek coklat moist. 
Sedap....sangat lembut!! Murah lagik!! Terkejut mak tau!
Seriusly boleh direcommend pada kawan2.....
Naemah pun tinggal tak jauh dari rumah mak.....sekitar Shah Alam juga.
Lagi lah mudah jika selepas ni mak nak tempah kek, cheese tart atau pastri etc. 
Jika ada yang berminat nak tempah kek dengan dia boleh la call direct Naemah - 0192191909 atau add fb nya Naemah Mohd Yusop. 
Thanks Naemah...... 



Dan hari ni mak tak keluar shopping pun. 
Hihi. 
Pakcik sibuk entertain client dari Arab. Jadi sah2 la mak dan anak4 hanya menghabiskan masa di rumah jek. 
Hari ni, anak2 mak tak nak baca buku pun. 
Walhal ujian formatif sekolah kebangsaan satu Selangor bermula Isnin ni. 
Mmm kata anak2 hari ni nak cuti.... esok baru start buat ulangkaji. 
Mak ikutkan aje. Sebab mungkin mereka pun stress dan letih sebab baru je tamat exam sekolah agama last week. 

Gara2 tak pi mana dan anak pun tak nak belajar...
Jadi mak banyak habiskan masa mak dengan membaca novel. 
Huhuhu..... 
Sepatutnya kemas2 rumah since mak mertua nak mai minggu depan. 
Tapi tu lah dia.... malas lagik. :)
Hihihi. 

Mak tatkala ni sedang menghabiskan novel ini ......
Andai Itu Takdirnya hasil karya Siti Rosmizah dan terbitan buku prima. 
Novel hasil karya seorang peguam ni betul2 hebat!! 
Mak betul2 dibuai perasaan.... 
Terasa sungguh betapa sedih, stress dan gembiranya watak dalam novel ini. 
Tahniah kak peguam....
Pena anda betul2 mengkagumkan saya...... 


Novel ini bukanlah novel baru. 
Infact ramai dah kawan2 mak yang membacanya. 
Mak dapat idea untuk membeli novel ini dari rakan facebook mak .....
Rasanya ada lebih lima orang yang mencadangkan mak untuk membacanya. 
Novel lama tapi dek kerana "novel terlaris" jadi ia asyik diulang cetak..... 
Jadi untuk kita dapatkan di kedai buku itu bukan satu masalah. 

Kat sini mak nak buat sinopsis dan review ringkas tentang novel hebat ini.

********************************

Kisah seorang gadis hebat selaku heroin - Nur Aleya Idris pastinya cantik, putih, lembut tapi kuat jiwanya.
Dia berasal dari kampung Ayer Paabas, Melaka merupakan graduan universiti terkenal di UK. 
Sejak dari awal zaman study dia sudah mencintai dalam diam (tapi tak pernah terfikir nak sampai berkahwin)  suami yang tersengaja dikahwininya - Syed Adam Aizril; seorang yang pastinya handsome, kaya playboy dan sentiasa prejudis akan orang miskin atas hasutan bondanya. 
Ada sebab mengapa bondanya begitu..... 
Actually since di UK lagi Aizril ni ada hati dengan Aleya.
Huhuhu.... Aleya antara top scorer batch dia... Cantik plak....for sure lah Aizril ada rasa adore jugak akan dia.
Tetapi kerana ego yang sangat tinggi dan rasa prejudisnya itu, perasaan itu diignore oleh Aizril walaupun dia tahu yang Aleya ada ciri2 wanita idaman semua lelaki. 
Balik je dari UK, Aleya bekerja di syarikat milik Aizril secara tak sengaja. 
Kesempatan ini, di gunakan Aizril untuk membalas dendam pada Aleya yang pernah memarahinya ketika membuat assignment bersama Aizril di UK dulu. 

Nak dijadikan cerita......
Aleya dan Aizril ditangkap basah kerana diperangkap oleh sahabat baik Aizril sendiri, Faizal. 
Hancur impian Aizril nak beristerikan sepupunya, Sharifah Emilin - gadis yang ngada2, tak tahu malu, gatal, merenyam, tak nak menyerah kalah dan merupakan junior setahun Aleya dan Aizril (ciri2 standard wanita kaya gedik gitu).
Aizril dan keluarganya merasakan Aleya sengaja memerangkap Aizril supaya dia yang susah itu boleh menumpang senang Aizril.
Aleya hilang segalanya. 
Hilang ibu, ayah, adik2 dan kampung halaman!!
Perkahwinan itu menyebabkan Aleya disiksa hebat oleh Aizril.......
Semua di lalui sendirian...
Hanya seorang jek yang membantunya iaitu sahabat dunia akhiratnya - Umairah. 
Tak lama kemudian mereka berdua dibantu oleh kawan study mereka; Ikram - yang tak lama kemudian jadi suami kepada Umairah.
Huh part ni memang air mata mak tak leh tahan.... 
Sangat sedih ok!!
Gila2 sedih.....
Emosi mak time nih betul2 di torture habis2an. 
Hihihi...... 
Aleya wanita hebat yang ada pegangan agama yang hebat tak mudah melatah..... 
Sabar ....
Semua dugaan dan cabaran yang melanda hanya pada Allah dia mengadu. 
Mak seriusly kagum akan watak Aleya ini. 

Mmm mak rasa cukup untuk part 1 ni. 
Mak sambung esok lak yer.... 
Hihi... 
Mak perlu offline untuk beri masa mak buat anak4. 

Okey.... 
Da da .... 






No comments:

Post a Comment