AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Friday, August 30, 2013

Kisah Mak & Chicken Pox & Shaklee Set Cantik.

 
Selamat petang.......
Assalamualaikum....
Salam Jumaat yang barokah buat semua :)
 
Malam tadi mak godek2 laptop anak mak.
Tetiba terjumpa akan gambar tahun lepas ketika mak terkena serangan chicken pox.
Ada orang panggil demam pelentung. Ada jugak yang panggil jentungan. Ada jugak yang panggil bertih. Dan ada jugak yang panggil bahasa buku, cacar.
Hihihi.....
Mak ingatkan mak tak kena.
Tak pernah terlintas dek akal mak yang singkat ni mak akan kena ciken pox pada usia 32 tahun!! Huhuhu.
 
Pembawa ciken pox ni adalah anak sulong mak, Syawal Azhad.
Setelah dia hampir sihat, dua minggu selepas dia diagnos ciken pox, kami sekeluarga pulang ke kampong ayah di Terengganu.
Dua hari kemudiannya, Sarah Aisyah dah mula menunjukkan tanda2 kena ciken pox.
Huh!! 
Then, jangkit kat mak plak.
Then Syawal Adham dan Sarah Awatif.
Alhamdulillah ayah tak terkena jangkitan memandangkan dia dah kena masa dia tingkatan 4 di Taiping dulu.
Jadi ayah yang dibantu nenek yang jadi jururawat kami2 yang sakit ni.
Hihihi.....
 
Antara mak dan anak4...... mak rasa mak yang truk sekali!!
Tak tahulah kenapa.
Sakit kepala gila! Sakit belakang..... gatal..... sakit mata.
Dengan kata lain, satu badan lah sakit :(
Lagi sadis, ciken pox mak siap ada nanah! Uwaaaaa!
Yang mak paling tak leh lupa, setiap kali mak solat, memang muka, mata, hidung rasa nak tercabut ketika rukuk! Sujud lagi lah kan.... Biji2 ciken pox di dahi kena sejadah!
 Oooooo sangat siksa.
Huhu.
Mak rasa sangat sedih setiap kali mengenangkan wajah yang rosak gara2 ciken pox.
Uwaaaaaa.........
Down, sedown2nya..... :(
Lagi takut, jika berlubang2.....
Arghhhh tak nak!!!
Tapi apa pilihan yang ada?? Dah memang termaktub yang mak akan kena ciken pox pada usia 32 tahun.
So redho jek la.
 
 
Taraaaaa!!!Ini pendedahan ekslusif ok. Mak tak pernah share gambar ni kat laman maya. Hahaha. Takut tak???? Nampakkan betapa stressnya daku!!Yang atas hidung tu yang paling beso dan sakit! Redho akan sakit tapi sedih :( Sakit oooo! Tempek2 putih tu ubat sapu klinik tuh. hihihi.
 
 
 
Sepanjang mak kena ciken pox, boleh dikatakan hari2 mak gugel supplement terbaik yang membantu untuk mak baiki kulit muka mak.
Dan setiap kali digugel, pasti jumpa wajah lelaki pasrah yang kena ciken pox tu.
Hahahahaha..... pasti ramai dah pernah jumpa lelaki tu kan.
Sian jek tengoknya.
Hahahaha....
 
Jadi, melihatkan testimony dia tu, mak pun contact kawan mak dan order set cantik dengannya . 


 
Set cantik ada 3 jenis supplement okey.
Vitamin e, vitamin c dan vitamin b complex.
Mak beli complete set ok....
Haruslah kan..... siapa yang tak nak cantik.
Lagi nak cantik apabila kena ciken pox macam ni.
Hahahaha
 
Dalam kes mak, vitamin e khusus untuk hilangkan parut yang cedera itu.
Mak dicadangkan oleh kawan mak untuk makan sebelum tidur.
Dan sebijik lagi dipecahkan dari kapsul dan di sapu dibahagian muka yang cedera.
Vitamin b plak dimakan sebiji untuk mengurangkan tekanan dan fungsi2 lain....
Vit c plak sebagai anti-oksida semulajadi yang penting dalam proses baik kulit yang rosak.
 
Maka.....
Gigih lah mak menelan, menempek, minum air bergelen supaya kulit mak dapat sembuh segera.
Dalam masa sebulan Alhamdulillah ada perubahan .....
Sikit.... sikit....sikit...... Alhamdulillah kesan2 ciken pox pudar.
Disebabkan mak memang dah difahamkan betapa perlunya istiqamah dalam pengambilan vitamin Shaklee, jadi mak tak jemu2 berusaha......
Telan....tempek....telan.....tempek.
Hahahaha......
 
Kini dah hampir setahun dah peristiwa ni berlaku.
Hanya kerana peristiwa ini lah mak secara tak langsung menjadi pengambil vitamin Shaklee tegar.
Dan hanya hampir setahun barulah mak jadi pengedar Shakleee.
Gila lamakan??
Hahaha.....
Paling2 malas nak telan pun, vitamin B memang mak tak lupa.
Vitamin b adalah antara vitamin kesayangan mak ya.
Nak tahu kenapa ???
Nanti mak cerita pada entry yang akan datang.
 
 
 
Ni gambar bulan puasa 2013. Alhamdulillah semua parut ciken pox dah hilang. Tapi, atas hidung mak tu memang ada kesan lubang yang besar. Betul2 tinggalkan kenangan buat mak. Hihihi......
 
 
Ini adalah kisah mak, ciken pox dan Shaklee.
Mak hanya cerita secara ringkas je ok.
Later2 mak akan cerita khasiat vitamin ni secara detail ya.
So tunggu :)
 
Okeylah kawan2.....
Mak nak siapkan minum petang ......
Nanti2 mak kepoci lagi ok.
 
Sebelum berakhir, jika ada yang berminat untuk mendapatkan SET KECANTIKAN atau produk Shaklee, bolehlah contact mak ya.
 
Shaklee id : 956846
fb - Ila Razali
0123982250
 
Jika anda si Johor Bahru @ Pontian,
Boleh contact
fadzilah hasan
fb - fadzilah hasan
0127110459
 
Okey...... da daaaaaaaaa
 

No comments:

Post a Comment