AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri + Kencing Tikus 2014 Part 4.

 
Hari keempat di bilik 655 Ward Sapphire ............
Jumaat 3 Jan 2014
 
Hari2 termenung di tingkap wad...
Dalam hati akan bertanya bila nak sihat.... bila boleh discharge..... apa cerita anak4.... bla bla bla.......
 
Macam biasa pagi2 amik darah lagi......
Huhu.... Lebam tangan tak payah cer ok.
Air pun masih di drip lagi.
 
Pagi tu, mak banyak bercakap ngan nenek.
Macam2 la kami cerita.
Hilang rasa risau akan sakit mak .......
 
Tengahari tu Dr Wan melawat lagi.....
Alhamdulillah katanya ayah semakin sembuh.
Doktor dah arahkan untuk buka drip.
Dan kejap lagi, ayah akan keluar icu dan kembali ke wad ni.
Happynya mak!!
Platlet ayah dah naik.....
Dan naik banyak berbanding mak........
Wah.....
Mak naik..... tapi agak slow.
Doktor kata tu normal......
Jadi tak perlulah risau.
Tapi..........
Ada penyakit baru plak!! Report baru keluar pagi tu.
Mak sebenarnya ada kencing tikus!! Arghhhhhhh
Trus pening pas dengar tuh.
Lagi pening, Dr kata bacaan hati mak masih tak cantik lagi..........
Doktor kata, antara hikmah di sebalik demam denggi adalah mak tahu yang mak ada kencing tikus dalam badan.
Dan Alhamdulillah ia di peringkat awal dan boleh diubati dengan antibiotik.
Uhukkkkk.!!
 
Dalam otak trus berfikir macam2......
Aaaaa sudah, tak balik lah aku!! Macam mana dapat ni? Ajal nak jemput aku kah macam Din Beramboi dolu? Bla bla bla.......
Macam2 persoalan !!
Jadi, drip memang tak dapat dicabut lagi.
Sebab mak perlu completedkan antibiotik sehingga esok.
Tiba2 rasa stresss.
Uwaaaaaaa.
 
Aki yang dihantar pak ude datang ke hospital tengahari tu.
Aki dan nenek temankan kami berdua di ward.
Malam tu mak chik sekeluarga datang menjemput nenek dan aki pulang ke rumah mak.
Tapi satu hal sebelum mereka pulang............
 
Mangrib tu tiba2 nurse masuk ke bilik dan kata ayah perlu di drip antibiotik lain plak.
Sebab......
Darah putih ayah naik overshoot dari paras normal.
Jika overshoot, ada tendency yang ada jangkitan kuman dalam badan.
Jadi, darah ayah kena diambil 2 botol untuk tahu macam mana tindak balas darah ayah dan antibiotik.
Ada la besar sos nandos kecil. Huhu....
Dan yang kesiannya, tangan ayah kena dimasukkan drip kembali.
Nampak sangat tersiksa dan sakit.
Sebab tangan ayah memang payah nak cari urat.
Huhuhu.....
Time tu ayah memang nampak sangat gagal mengawal emosi.
Mungkin dia rasa sedih dan sakit tak selesa dicucuk dan amik darah lagi dan lagi.
Dan mungkin dia rasa sedih sebab esok mungkin tak dapat discharge lagi.
Kali ni antibiotik Meropenem digunakan.
Lagi sekali akan dimasukkan subuh nanti.
 
Usai hal tu, kami pun siap2 untuk tidur.
Sebelum tido, kami tetap berdoa moga ada berita baik esok hari.....
Insyaallah.
Mmmmm nak balik..... nak balik.......

 


2 comments:

  1. masyaAllah teruk rupanya kisah disebalik demam denggi ila n suami...baru sekarang sempat nak baca almaklum tgh mc menjaga firas yg kena hfmd. alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya. no wonder la sakan pasang mosquito net....

    ReplyDelete
  2. ya. penuh emosi huru hara. sampai la ni fobia. didoakan moga semua sihat2 hendaknya.

    ReplyDelete