AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, January 10, 2013

Resepi Donut Lembut, Mudah Dan Sedap.


Dah lama tak buat kuih ......
Lagi lama tak main dengan yis dan breadmaker.
Alasan utama, mak malas dan lagi poyo, mak sedang jaga badan.
Yer sangat ler tu!!
Malangnya sampai la ni tak de kekuatan dan keazaman nak slim melim.
Mana hilangnya semangat gaban mak macam tahun 2007 dolu ntah ler.

Petang ni mak wat donut :)
Ni pun sebab anak mak Awatif yang request dari semalam lagik.
(Abaikan soal jaga badan, yang penting permintaan anak selagi boleh mak nak tunaikan).
Ingatkan Awatiff dah lupa dengan permintaannya itu.....
Tapi oowhhhh masih ingat rupanya!
Mmmmm sebab mak tak tahu nak bagi alasan apa dah, so mak gigihkan diri, buat jugak.

Ni resepi baru.
Resepi donut yang selalu mak buat tu pakai susu segar.
Tapi mak baru perasan yang mak tak de stok susu segar la plak..... :(
Jadi, terpaksa la gugel resepi donut lembut yang baru dan hanya menggunakan barang2 yang sedia ada.
Dan akhirnya dapat jua.....
Bahkan lebih senang bahan dan caranya dari yang mak biasa buat tu.

--------------------------------------------------------------------------

Ni resepinya :-

COPY PASTE DARI MYRESEPI - ALKEPON.

Bahan-bahan ( 5 - 7 biji )

  • 1 cawan (250ml) Tepung gandum
  • 1 sudu teh margerin/mentega (suhu bilik)
  • 1 sudu susu pekat manis ( jika tiada, boleh ganti: 1sudu susu tepung + 1 sudu gula)
  • 1 sudu teh yis (tak kesah jenama apa pun)
  • 1/4 cawan air suam2 kuku (jgn terlampau panas)
  • secubit garam (sikit je taw)
  • Gula

Cara-cara

  1. letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika
  2. Gaulkan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam sehingga sebati
  3. Pastikan tiada ketulan2 besar, kemudian masukkan air suam barcampur yis tadi
  4. Uli atau gaul sampai sebati lebih kurang 15 minit (saya taknak tangan kotor, jadi saya gaul guna senduk je)
  5. Biarkan adunan selama 30 minit, adunan akan kembang 2 kali ganda
  6. Setelah dibiarkan, uli semula adunan selama 5 minit. Kemudian bentukan donut mengikut citasara masing2. Pastikan tangan dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit
  7. biarkan donut tadi selama 10 minit (agak2 dia jadi kembang balik)
  8. Panaskan minyak (serdahana), bolehlah goreng donut tersebut. (jangan simpan lama-lama sangat, nanti terlampau lembik.
  9. Lepas goreng boleh terus tabur gula halus. Kalau taknak letak gula pun boleh.

------------------------------------------------------------------------- 

Mak guna breadmaker.
Jadi semua buh sekali sederap :) Mulakan dengan yang cecair dan berakhir dengan tepung.
Lagi mudah ....


Aksi Sarah Awatif yang jakun nak ngadap doh berpusing. Almaklumlah, dah lama sangat breadmaker ni tak bekerja :) Dok tersimpan kemas dalam kabinet mak yang putih lepuk ni :)



Doh yang sedang diuli oleh mesin pada kelajuan yang laju...... Selepas diuli, langsung diperap sekitar 40 minit lebih. Lepas tu ready la untuk direkabentukkan.



 Ni pembantu cilik mama yang menyibuk..... :) Orang dah siap ready doh, dia masih nak lenyek2 dan uli2 doh :))

  

Doh ready untuk ditebuk..... Then digoreng :)



Hasilnya..... nyam nyam :)



Aksi dua beradik makan donut. Aisyah makan 5 biji :)) Kakak, sebijik jek.... Mak pun sebijik. The rest simpan untuk boys dan ayah selepas balik sekolah.


Masak donut sesekali ok la....
Kalau selalu2 haru jugak....
Risau silap2 mak yang jadi donutnya.
Hahaha....

Okey, cukup hari ini.....
Esok plak kita sok sek :))
Da daaaaa



Sarah Aisyah Tak Sabar Nak Ke Sekolah :)


Dah seminggu setengah anak3 mak bersekolah untuk sessi 2013 ini....
Sekejap jek kan....
Rasa baru jek kalut2 hari pertama persekolahan.....

Dan dah seminggu setengah jugaklah anak bongsu mak Sarah Aisyah ni hidup dengan beg pinknya....
Makan pun beg.... tido pun beg.... Nak mandi pun beg jugak!!
Pening mak!  
Layanz.... sementara nak beso dan cerdik :)


Semoga bila sampai waktu Aisyah bersekolah, dia akan menten bersemangat macam ni jugak. :)



Ni lah rupa keadaan kereta viva mak setiap tengahari. Hari2 mak kena hantar anak2 ke sekolah. Macam2 kes..... Yang nyakat, yang bergaduh, yang monyot :) semua ada. Mak tak kisah macam mana keadaannya, janji anak mak selamat sampai ke sekolah. Hihi.



Tuesday, January 8, 2013

Mujur tak terbakar betul-betul!!



Ini ruangan wet kitchen mak .....
Budgeted dan sempoi......
Sokmo berantakkan tahap kronik jugak kawasan ni !!
Tapi tak kisah la....
Dah memang ini ruangan kecah2 kan....
So no hal la.




Mak bukan nak cerita pasal dapur mak ....
Tapi mak nak jot down kejadian hari ni.
Di ruangan wet kitchen ini, jam 11 lebih gitu, macam biasa lah, mak memulakan aktiviti masak2 mak.
Anak mak kan sekolah sessi petang.
Jadi memang kena masak tengahari lah.
Kalau tak, sian plak lapo plak budak2 ni...

Sambil ajar anak, sambil masak.
Itu lah yang selalu mak praktikkan.
Biasanya bagi latihan..... Kalau anak2 tak tahu, boleh la bertanya time tu :)
Tapi hari ini, baru terasa yang amalan mak tu tak bagus!! Bahaya especially ketika kita masak2....

Mak masak sup ayam jek hari ni.....
Mak pun panaskan lah periuk besi mak yang dibeli di Giant dua tahun lepas kot.....
Then mak pun buh la minyak untuk menumis bawang-bawang tumisan sup ayam....
Hohoho.....
API .... API....MENJULANG TINGGI..... . DALAM PIYUK PUN ADA API!!! TAKUTNYA!!
Mungkin periuk ini overheated gara2 mak bantu adham selesaikan masalah matematiknya.
Menyambar-nyambar api keluar dari periuk tuh tau!!
Mak pun gila panic!!! Tanpa berfikir panjang, mak pun tutup tombol api tuh.....
Tapi yang herannya api tak slow2.....
Makin tinggi setinggi bidai mak tu haa!!!!
Then baru mak perasan, yang mak bukan tutup api!! tapi hanya kecilkan api aje....
Mak memberanikan diri untuk tutup jua.....
Api menten besar ..... masih terbakar di dalam periuk itu......
Otak mak dah bayang macam2 time tuh ooooo .... Akan marak kah api? Apa nak buat? Umah tader pemadam api... Kalau kan bagus.... bla bla bla bla......
Then, mak bukak pintu belakang....
Mak panggil jiran mak....
Jiran mak pun terkejut jugak!!!
Tapi masa tu mak dah calm down sket dari yang mula2 tu.....
Dia suh mak buh kain buruk basah......
Mak tak leh fikir dah !!
Tapi memandangkan api makin kecik, mak kata tak pe la kot......
Dah ok.... :)
Dia kata piyuk ila nipis kot,.... tu yang jadi macam gitu.
Mungkin jugak laa....
Sebab kalau masak ngan corning ware atau vision, tak pernah pun jadi.
Jika nak periuk besi, agaknya, kena pakai periuk zebra untuk lebih safety...... huh.
Teringat plak mak akan piyuk kawan mak, kak Mas yang berkilat itu :))



Gila hitam legam!!! :)


Memandangkan mak running of time, debar2...ketar2 pun mak masak jua.
Tapi kini masak di dapo dry kitchen plak.....
Actually dah lama dah mah tak masak kat sini....
Dapur area ni lebih kepada kerja2 panas memanas jek.....
Mak hanya rebus sup jek.....
Less calorie yang pastinya.





Jika diukur kepuasan memasak, mak lebih suka dapur yang ada di wet kitchen tu.
Lebih lasak..... dan api yang kuat...
Maka tempoh memasak kita tu sekejap aje....
Dapo dry kitchen ni, sedikit perlahan.....
Mungkin tu ciri-ciri keselamatan dapur pesen tu agaknya kan.....

Apa pun next time, mak perlu hati2......
Aisyyhhhh tak leh ingat berdebar-debar tuh.....
Alhamdulillah selamat semuanya....
Thank you Allah.

Monday, January 7, 2013

Blender Pensonic Bomb Shell

 
Ahaaaaa......
Barangan mak order minggu lepas dah pun sampai!!
Macam biasa, soping online lagik :)
Beli di mana tu?
:)))
 
Beria beli online ni apa kes??
Umah memang tader blender ke weh??
Hahahaha......
Ada ok..... Tapinya besar bapak!! Plus, pesen yang ada nih memang payah nak basuh.
Mangkuk dan bilah sekali.....
Owhhh agak jenuh untuk kerja2 pembersihan di bahagian bawah pisau tuh.
 
Mak memang suka pesen blender mak beli ni.
Dolu2 mak ada sebijik.
Brand takasima....
Tapi dah rosak.....
Nak beli balik, tak de dah sebab masa beli tu pun, beli dari booth kat Tesco.
Tujuan ayah belikan blender tu pun, supaya kerja2 blend nasi Azhad lebih mudah dan cepat.
Tak payah nak masak bubur beria....
Blend jek nasi yang ada.
Now Azhad dah darjah tiga....
Lama tu kan :) Lebih kurang 9 tahun yang lalu jugak la....
 
Jenuh cari pesen ni.... at last terjumpa jua kat lazada nih.
Owh.... diskaun banyak plak tuh!!
Haaa apa lagi, mak rembat trus.
Mak memang teruja dengan bebenda yang boleh memudahkan mak wat kerja.
Almaklumlah, mak kan superwoman.... banyak benda nak kena beres dalam waktu yang singkat.
Huhuhu...
Blender ni banyak kegunaannya.
Kira lebih power dari yang mak ada dolu2.
Kalau nak kena blend banyak, pakailah gelas yang besar itu.
Nak buat ice blended pun boleh....
Nak kisar daging pun boleh....
Kalau nak blend sedikit, pakailah gelas yang kecil jek....
Wahhhhhh!!!
 
Untuk pengetahuan, umah mak ada lesung batu. Tapi tak pakai sangat.
Rasanya hanya pakai bila mak mertua mak mai jek :))
Mak risau tangan mak pijar kena cili bagai bila lesung melesung ni.
Nanti nak mandi2 anak lagi.... sian plak jika pijar tu jangkit kat mereka plak kan....
Tu pasal apa2 jek blend aje...
Mudah, cepat dan  moden :)
Tak payah nak dok ketung-ketung macam orang zaman lama.....
Tapi, ada orang kata, masakan hasil blender ni kurang sedap jika dibandingkan dengan lesung.
Untuk family mak, tak de masalah.
Ayah makan jek apa mak masak.... Memang tader cerewet bagai...
Janji basuh pinggan dan piyuk2 barangan yang digunakan waktu memasak tadi tu balik...
Hihihi...
 
Sebelum dipakai, snap gambar dolu ok :)
 
 
 
 





Ni notes yang tertera di kotak blender ini :)
 
 
Hahahaha....
Jika berkenan, boleh dapatkan segera di kedai online tu ye.
Sementara stok dan diskaun masih ada :)
 
Ok, mak nak take nap for a while....
Nanti sambung.
 

Contact Number Tukang Repair Mesin Basuh Mak :)

 
Dah hampir sebulan mesin basuh tercinta mak sakit ......
Mak memang tak sangka yang mesin Toshiba 10 kg yang dibeli pada 2010, sudah mula menunjukkan tanda-tanda sakit.....
Huh.... rasa baru jek beli.
Tapi tu la dia.....
 
Bukan sakit otak....
Otaknya masih sihat walafiat... Alhamdulillah.
Ia masih berfungsi dengan baik.
Cuma mesin kini mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila ia berpusing untuk spin dan membasuh.
Jika mak basuh kain, tak mustahil satu lorong boleh dengar tau.
Bunyi macam ada terseret besi gitu!! huhu.....
 
Disebabkan risau bunyi mesin mak ni mengganggu jiran tetangga lebih lama, jadi mak mengambil keputusan memanggil tukang repair mesin basuh.
Ayah pun bertanya dengan tukang repair mesin basuh di Kota Damansara.....
Masa ditanya hari tu, katanya beres jek untuk datang ke rumah.
Bila di sms, tak balas2 pula....
Hohoho....
Cari orang lain aje la..... !! 
 
Cari-cari di mudah.my, lalu terjumpa iklan.
Ayah pun telefon....
Ingatkan Cina.
Bila lama2 bercakap, Melayu juga rupanya.
Ok sangat laaa kan.....
Maka, appointment pun dibuat.
Jadi, hari ini, mereka pun datang sekitar jam 5 petang.
Ramah-ramah belaka.....
Hensem2 plak tu! Hahaha....
Jeles plak ayah baca ni nanti :))
 
 
 
 
Mamat tengah tu adalah boss of the business.
Dua lagi tepi tu, trainee......
Pantas jek tangannya buat kerja merepair nih.
Sambil tu mulut tak berhenti bercakap dengan trainee dan ayah menerangkan apa masalah mesin basuh mak ni.
Mesin basuh mak ni patah brakenya.
 
Brake apa la plak tu????
Brake untuk berhentikan tub tu ......
Kalau kita buka mesin basuh yang sedang berputar spin, automatic mesin akan berhenti kan.....
Tapi untuk macam kes mesin mak yang patah brakenya, tub takkan berhenti berputar on the spot.....
Take time gitu......
Kira mesin mak ni dengan kata lain, memang hilang ciri-ciri keselamatan le.
Tapi tak pe la....
In shaa Allah, anak4 takkan buka mesin basuh ketika sedang beroperasi.....
In shaa Allah.
Rupa brake tu macam brake basikal zaman dolu.
Bila patah, dia bergeser antara satu sama lain.....
Maka terhasillah bunyi geseran yang kuat tuh....
Tu lah dia...
 
Kata mamat boss ni, kalau nak ada brake semula kena la ganti bracket yang baru.
Dalam 3-4 hari akan ada stok.
Kos yang dikenakan rm 450....
Owhhhh konpem tak pe dolu la...... :)
Jenuh tu!!
Jadi, boss repair dengan mudahnya untuk keluarkan brake yang patah......
Kosnya rm 90.
Now mesin mak senyap seperti sediakala....
Alhamdulillah.
 
Menurut mamat boss ni, brake yang mudah patah ni adalah satu-satunya kelemahan mesin basuh Toshiba.
Spare part gantian pun mahal....
Lain2 In shaa Allah boleh dipuji.
Mamat ni kata lagi, later2 better beli front loading brand Electrolux.
Baju tak rosak.... tak berbulu.... kebal dan tahan lasak.
Tapi rega.....
Gulung tikar le.
Hahahahaha....
 
Okey, sebab servis mamat boss dan traineesnya okey....
Mak berkenan nak rekemenkan businessnya pada kawan2.
Kalau ada yang memerlukan perkhidmatan mereka, bolehlah contact mereka ....
Ni alamat nya ye.....
 
 
 
Bukan sahaja boleh repair mesin basuh....
Peti sejuk, air cond dan macam2 lagi.....
Service depan pintu anda tu yang menariknya......
By the way, mak memang tertarik dengan nama company mereka ni......
Nama simple yang penuh bermakna.....
"CAHAYA KESYUKURAN (CKS)"
Senang nak ingat kan :))
 
Okey la .....
Need to sleep now.
Esok school......
Da daaaa........

Sunday, December 30, 2012

Come back Quick Update & Opah Meninggal :((

 
 
Masya Allah...... 2 bulan lebih tak update blog!!
Sibuk apa ke jadahnya wallahu'alam :)
Bila main facebook banyak2, blog selalu dilupakan....
Begitu lah ceritanya!!
Konpem blog mak kehilangan peminat dan followers....
Asik tenggelam timbul tak sudah2 hihihi....
Tapi mak ni ado peminat ke??
 
*
*
*
 
Haaaa lain kan ayat awal kalam mak kali ni .... :)
Selalunya, typical ayat pembuka bicara bila blog lama tak berupdate ---- blog bersawang.... blog berdebu bla bla bla ... hihi.

 
Okey hari ni sebelum 2012 berakhir, mak nak update blog la.
Tak dapat la nak jot down segala kisah, cukup sekadar kisah2 penting yang latest.
Tapi sebelum tu, mak nak "menunjuk sket".... hahahaha!!! Aci tak??
Layanz jek ok ....

 
Alhamdulillah hampir dua minggu sudah mak bersiaran dengan lappy baru.
Tq to ayah yang sponsor lappy stellite buat mak.
So lepas ni, memang tak de alasan nak tension dek lappy hang la apa la.....
Lappy baru pastinya semuanya lancer, laju dan smooth :)
Alhamdulillah.

 
Okey, kembali kepada cerita sebenar yang nak disampaikan.....
Pada 27 Disember yang lepas, opah mak meninggal dunia.
Mak pernah jot down kisah dia tahun lepas.
Waktu tu arwah baru sahaja jatuh di bilik air....
Ni link kisah entry yang dolu --- kisah opah dan saka.
Dari tarikh entry tu, memang opah mak sakit hampir setahun setengah jugak la.
Macam2 cerita dan kisah opah sepanjang arwah sakit.

 
Untuk pengetahuan, saka opah mak ni dah pun lama dibuang.....
Jangan tanya mak samada saka ni akan telah dihapuskan atau dibuang atau diwarisi ke tidak .... sebab mak pun tak tahu.
Tapi kisah saka opah mak ni tak la macam cerita-cerita hantu yang ada dalam tv ni.
Hihihi.....
Tapi tetap ada takutnya jugak!! :)
Opah ni bukan aje saka.... tapi ada juga gangguan makhluk halus.....
Huhuhu....
Maka sepanjang dia sakit, memang kadang2 perangai yang dipaparkan bukanlah perangainya yang sebenar....
Cabaran dan pahala buat anak4 opah yang menjaganya sepanjang arwah sakit......
Bercakap memang senang, tapi bagi mereka yang melalui menjaganya yang tahu bagaimanakan perasaan sebenar.....
All emotion blend...
Tapi, la tahzan.... Janji Allah pada mereka yang berbakti pada orang tuanya sangat lah besar.
Tak semua orang diberi peluang untuk dapat pahala sebegini rupa kan........
Maka redho jek la dengan segala ketentuannya.

 
Kisah mistik ni kadang2 sukar nak dipercayai akal yang waras....
Tapi bila difikir2 ada benarnya.
Bagi mak, mak sekadar dengar jek la.
Nak taksub --- percaya / takut lebih2 memang tak koser la....
Sebab mak rasa, selagi mak tak lupakan Allah, insyaallah hidup mak sekeluarga selamat.

 
Sekarang, semuanya sudah selamat.....
Semoga roh opah ditempatkan di antara mereka yang beriman.
Alfatihah....... 
 


Wednesday, October 3, 2012

Sarah Aisyah warded last week....


Ni memang tabiat mak Ila okey.... 
Tenggelam lalu timbul. 
Hahahaha..... 

Dalam waktu terdekat ni ... macam2 yang jadi. 
Ada kisah sedih dan kisah gembira.... 

27/9 yang lepas, anak mak Sarah Aisyah kena warded gara2 semput.
Ni insiden pertama buat dia. 
Kalau tengok dia tu, macam tak caya je nak kena warded bagai. Dia menten cergas bermain. 
Cuma merengek jek la sikit. Plus perut yang turun naik apabila bernafas.


Ni aksi kali pertama Sarah Aisyah kena neb. Meroyan tahap hebat!!! Tak makan pujukan. Glamor la kejap. Badan dikeraskan.... Menolak-nolak badan!! Dan paling tak leh tahan, lagi ado nama dia panggil --- ad, kakak, kodek, mama, opah!!!! Hihihi. Mintak tolong gamaknya eh.                  


Asalnya dia selsema biasa jek. 
 Then  jadi batuk plak. 
Mmmm bila jadi batuk, haruslah ada kahak. 
Budak2 kan memang tak reti buang kahak. 
Ditambahkan lagi, maknya ada asthma juga, aiiii langsung kena sempot jugak la si Sarah Aisyah ini. 
Sian jugak..... 
Kata doktor pakar Tropicana Medical Centre itu - Dr Anushree, paru2 anak mak ada infection. Owhhhh serius terkejut. 
Dalam masa yang sama, macam2 la mak fikir. Infection dari apa? Mak hari2 vakum umah jugak.... Habuk dari jiran sebelah yang sedang reno umah ke? Wallahu'alam. 
Tapi itu andaian doktor jek.

Kat hospital, anak mak akan diberi neb gas setiap 4 jam. 
Tak lupa jugak neb prevention dan ubat. 
 Alhamdulillah hasilnya at last dalam masa 24 jam dia disahkan stabil. 
Dan dia pun dah tak takut dengan mesin nebulizer itu. 
Siap nak pegang sendiri lagi... 
Hihihi.... 
Servis hospital ni memang tip top. 
Makanan pun sedap2. Ekekeke.... 
Makanan bukan sahaja dijamu buat pesakit, bahkan buat penjaganya juga. 
Aiiishh mak yang kebetulan baru memulakan misi diet kembali, langsung ngelat la. 
Tak makan kang membazir kan? :)) 
Jadi mak pun makan..... 
Hahahaha. 


Aksi Sarah Aisyah sepanjang dok di hopital. Bila sihat sket, mula la aktif balik.... huhu. Kebetulan bilik kami tu berhadapan dengan playground nurseri. Aishhh asik nak ke situ jek la pun!! 


Ni waktu nak buat payment. Hikmah di sebalik ayah tak berhenti Malakoff, ni lah dia. Kalau tak, jenuh jugak la nak bayar. Pengubatan kami di hospital ni memang menggunakan benefit ofis ayah. Bil 24 jam warded adalah sekitar seribu lebih jugak. Huh. Tak pe, janji baik anak.... 


Walaupun dah balik, mak menten kena rawat Sarah Aisyah seperti yang diarahkan. 
Harap, insiden ni tak berulang kembali..... 
Serius hidup kami sekeluarga sedikit kelam kabut bila ada yang sakit macam ni. 
Mujur suami boleh cuti. 
Dia la yang menguruskan anak yang sekolah sepanjang mak meneman Aisyah di hospital. 
Bila huru hara macam ni, terasa jugak senangnya jika ada maid. Hihihi..... 
Time tu jek la mak rasa ok... time lain tak pasti la lagik. Hahaha. 
Mak kena bawak Sarah Aisyah follow up check up Isnin depan... 
Harap semuanya ok la hendaknya. 
Amin.

Tu jek la nak cakap.... 
Malam nanti mak jot down citer gembira plak. 
Da da.....