Ni kisah bekal nak dibawa ke Kuala Gandah plak.
Sebenarnya malu nak cakap tau.
Rasanya ni 1 st time kut mak Ila buat proper sardin sandwich. Hahahaha.
Last time buat secara proper zaman tingkatan 3 kut.
Kalau tak silap untuk subjek kemahiran hidup.
Kihkih.
Selama ni, selalu makan roti colek baki sardin je.
Mak tak berapa on dengan sandwich sebenarnya.
Tapi boleh je naak makan.... cuma bukanlah peminat tegar sandwich.
Tapiiiii.....
Anak4 dan asben mak Ila peminat sandwich kaw2 ok.
Tahun lepas kawan JK1M#5 kawan mak Ila; si Erma Juliana memang expert buat sardin colek roti ala2 sandwich.
Wallahhh serius yummy.
Perfecto! 5 bintang!
Nak nak pula makan selepas workout kan.
Memang sedap nikmat tak hengat la.
Hahaha.
Mak pernah tanya resepi kat dia.
Katanya buh kacang tin dan cili api.
Ooooo...
Mak tanya dia last year ok. Hanya hari ini baru try.
Sabo je la yek.
Okey, basic resepi sandwich mak hari ini ialah resepi Azie Kitchen.
Tapi macam biasa la.... mesti ada modified.
Mak modified style Erma Juliana.
Hahahaha.
Jom tengok resepi sandwich mak Ila hari ni.... jom.
Bahan-bahan yang diperlukan :-
Timun slice, setin kacang panggang, limau nipis sebiji, bawang merah, bawang besar, serbuk lada hitam, cili merah, tomato dan of coz sardin 2 tin.
Cara memasak sandwich sardin :-
1) Mayang bawang merah halus2.
2) Potong bulat bawang besar dan cili merah. Then, lenyek sardin dengan garpu.
3) Squeeze limau untuk dapatkan jusnya dan sebelahkan.
4) Panaskan minyak.
5) Tumiskan bawang merah mayang tadi.
6) Masukkan sardin lenyek tadi.
7) Kacau dan bubuh garam, lada hitam, cili merah dan bawang besar bulat.
8) Bubuh pula jus limau.
9) Bubuh kacang panggang. Mak Ila ambil kacang sahaja. Sos tak ambil.
10) Keringkan sardin tadi sehingga tak berapa basah sangat.
11) Dah agak kering, tutup le api. Cedok dalam mangkuk dan sejukkan.
12) Okey ambil roti dan potong tepi2nya.
13) Ambil planta dan sapu nipis ke atas roti.
14) Ambil sardin tadi dan bubuh atas roti. Sukati lah nak buh banyak ke sikit ke. Sukati ye.
15) Then buh timun. Kalau ada tomato buh la juga. Kalau nak buh salad pun boleh. Nak buh cheese pun boleh.
16) Haa apa lagi, ambil roti lagi sebelah dan kapitlah roti yang telah dibubuh sardin tadi.
17) Jika nak potong tiga segi ke 4 segi ke... haa potong. Tak nak potong pun tak pe.
18) Buh la atas pinggan ke tupperware.
19) Hidangkan......
Haaa siap :)
Usai tengok gajah, kami pun makan sandwich.
Ohoiii nikmat jugak ye makan bawah pondok.
Licin Alhamdulillah.
Nanti boleh buat lagi.
Hahahaha....





















