AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, July 19, 2010

Maid Kami Balik Kemboja Dah.

Ahad 18 Julai 2010 maid kami pulang ke negaranya......
Genap 8 bulan setengah laa dia di negara ini....
Maka, keperluan aku to have a maid pun sudah selesai sudah.....
Jadi hari Sabtu lepas, aku pun rajin la untuk memasak.
Tetamu jemputan aku as usual pastinya adik ipar aku, Mira sefamily dan Shafiq.
Aiii makan2 ni sempena apa ek?
Kononnya nak masak sedap dan beria laa sket sempena kepulangan si Mariyas, the bibik.
Kononnya lagi, sian kat dia nanti dah balik Kemboja tak dapat makan banyak seperti mana mewahnya di Malaysia.
Kesian kat dia jugak sebab since dia stay dengan aku, aku memang tak masak meriah2 pun.
Aii macam ner nak meriah masakannya eh?? Aku pun tak larat gara2 pregnancian aku laa.
Dan lagi plak my hubby on diet.....
Lagi laa demotivated nak masak sedap2 kan. Huhuhu....
Dalam dok kalut2 tu sempat laa hubby snap antara juadah makan tengahari Sabtu tu.....
Sebenarnya tak laa meriah tara mana pun.
Tapi bagi aku memang menyelerakan.
Tu pasal aku as tukang masak juadah2 ni menambah nasi!! Hahaha!!
Dengan kata lain, perasan sedap laa ek.
Hahahaha!!


Sup tulang segar, siakap sweet sour, kailan goreng, limau bali, tembikai dan air sarsi.


Dan petang tu, setelah jamuan makan tengahari selesai, kami sefamily soping kat Giant.
Tader apa nak beli pun.....lebih kepada teman bibik soping buah tangan buat keluarga dia.
Dan aku plak memang amik kesempatan nak bawak Aisyah buat pertama kali ke sana.
Dan hasilnya adalah - SERABUT!!
Hahahaha!!
Maid aku beli baju dia, baju anak dan adik2nya.....
Terpancar wajah cerianya!!! Kalau tak muka sedih dan kesian jek.
Aiii gara2 dia rambang mata, jadi soping kami Sabtu petang itu memakan masa yang lama.
Dan for sure laa Aisyah tak leh tolerate sudah....
Dan dia menjerit laaa!!
Ekekeke.....
Panik aku oo!!!
Jadi ayahnya Aisyah pun trus buat kesimpulan yang next time Aisyah tak leh pi soping dah. Hahaha!!
Ayah Aisyah memang cekap bab buat kesimpulan nih.....
Kena tunggu Aisyah besar sket then baru okey laa nak jalan2 ni.
Tapi macam ne nak soping raya ni ek???
Aaaa online laa nampaknya eh!!
Mmmm sedih laa plak .....


Bibik, aku dan Azhad.....Interprem dari belakang je ek.....Bila masa hubby snap this pic pun aku tatau daaaa.


Dan bila Ahad tiba.....
Maid menten beres mop lantai satu umah, sidai baju dan lain2 keje as usual.
Cara dia buat keje tu, memang nampak dia berat hati untuk pulang....
Yer ke eh?? Aku jek perasan kot kan??
Around kol 1030 runner agen pembantu rumah kami datang untuk mengambilnya ke LCCT.
Mmmm awal sejam dari yang dijanji...akibatnya terpaksa la si runner menunggu maid aku bersiap.
Aii aku sendiri pun still tak mandi pagi lagi. Hahaha!!! Biasa laa kan Ahad adalah hari rileks2. No rushing.
At last, maid pun ready. Mmm berbaju blouse dan seluar baru.
Cantik laa jugak tapi quite spoil coz dia pakai tudung merah laa plak. Hehehehe...
Tak kisah lah tu....itu adalah lebih baik dari dia tak pakai tudung kan.
So sebelum balik, dia mintak ampun dari aku.
Syahdu laa jugak coz macam ner dia suka tengok tv kat umh aku ni pun; dia jugak banyak tolong aku especially time aku bersalin hari tu.
Dan anak2 laki aku rileks jek.....Tapi,
Anak perempuan aku, Awatif punya laa melolong nak ikut !!!
Aiyaaa sabo jek laaa.
Then aku suruh hubby bawak dia pi soping coklat kat 7 eleven.
Mmm langsung tak ingat dah kat maid yang tekun melayan kerenah dia hari2.
Maka bermula la jadual baru hidup kami sekeluarga tanpa bantuan maid....
Everything diberes sendiri.....
Dan sekarang suami dan isteri perlu saling bantu membantu...
Apa2 pun aku sentiasa berdoa moga diberi kekuatan hati untuk meneruskan perjuangan hidup membesarkan anak4 tersayang.
Moga usaha kami diberkati Allah SWT.
AMINNNN.......


Antara kenangan 2010 yang tinggal bersama dia. Thanks Mariyas......

Friday, July 16, 2010

Aiii Payahnya Mata Nak Lena Eh!!

Tatkala blog ni kukarang, biji mata aku rasa nak tersembul keluar.
Hahahaha!! Ganas kan!! Kenapa eh?
Aduiii walaupun cuaca semalam mendung dan hujan......
Cuaca yang sah2 sedap jika lena diulit intan.....
Tapi anakku Aisyah tak lena seperti biasa.
Asik nak jaga jek.....merengek manja plak tu.....
Bila diberi susu, aiii dia membebel2....
Bila didirikan, haaa senyap!!
Aduhhhh......dah la berat!!
Tapi tak per wahai anak bongsuku.....
As long as ko diam
Mama akan turutkan aje.


Lewat petang ayah pun balik dari ofis.
Keadaan Aisyah sama juga....
Tak berapa nak tido lagi.
Awatnya eh???
Sakit perut ke?
Tapi dah bubuh minyak yuyi cap limau.
Dan lagi Aisyah bukan la spesis perut kembung pun, Alhamdulillah.
Tapi hari ni berbeza sket sebab aku bedal nescafe susu.....
Aii nikmatnya laaa menghirup air nescafe itu......
Hahaha.....
Dan selepas makan malam, aku bancuh teh o
Haaa ni first time tau aku minum teh selepas aku bersalin....
Nikmat ooo.....
Nikmat menghirup hingga leh laa kalau nak jadi model iklan teh boh tu!!
Ekekeke......
Haaa sempat plak nak merepek meraban eh!! Hikhikhik......
Rupa2nya Aisyah nak lepak bersama abang dan kakaknya menonton tv...
Hahaha....
Gaya macam dah besar sangat.....Padahal baru sebulan setengah je pun!!
Aii sabo je laa.






Dah puas bersantai dengan adik beradik maka tibalah waktu untuk tido.
Jam sudah pukul 10 malam....
Aisyah still tak de petanda untuk lena tido nampaknya.
Aii kembong ke perut mike ni??
Tepuk2 perut tak plak unsur kembong tu.
Mmm maknanya dia memang nak buat pe el laaa.
Serba tak kena gitu....!!
Aku dah jangka yang dia macam nak ngamuk jek ni.


Jenuh aku dodoi....
Macam2 lagu!!
Lagu Siam, lagu kemboja pun ada, nasyid pun ada....
Tapi tetap oook eeek oook eeekkkk
Mmmm aduhaiii
Mulut aku ni dah berapa kali nguapnya!!
Dan suddenly terdengar bunyi meletup....
PREEEKKKKK
Owh Aisyah eyak rupanya!!!
Haaa ni lah puncanya agaknya eh.
Selesai menyalin, dia melalak sekuat hati......
Tak pernah lagi dia melolong macam gini....
Bengkak laa jugak matanya!!!
Around kol 1230 baru settle...
Tu pun setelah sejam lebih aku membuai
Tader pilihan lain untuk tenangkan dia...
Buai je laaa
Dah itu naknya ek
Nak buat macam ner.....

Haaa dan anak dah lena....Apalagi kan?? Tido jugak laa teman ni haaa!! Pinggang pun dah sakit gila!!

Mata merah macam nak bengkak dah!!!


Taraaa lena di sini. Kata orang jangan laa biasakan anak dalam buai. Takut gegar otak. Habis dah terpaksa nak buat macam ner? Tawakkal je laa. Tak rela aku nak dengar dia melalak. Sian ooo. Dan dalam kol 1 lebih pagi, dia meragam lagi. Kol 4 pun lagi sekali.....Dan kol 6 baru stabil.....Sabo je laa. Nasib laa teman dok umah jek. Kalau jadi pekerja seseorang, mahu jadi zombie kampung pisang kat opis hari ni. Hahahaha!!! To Aisyah, harap jangan diulang sudah. Letih mama nak handlenya laa. Huhuhu......

Monday, July 12, 2010

Aku Teringin Nak Beli.....

Alhamdulillah aku dah habis pantang Sabtu lalu. Sempena habis pantang yang terakhir ini, mama buat kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk aku dan baby. Kebetulan plak aku balik kampung last weekend. Meriah jugak la jamuan makan petang tu. Menu yang simple jek tapi cukup bermakna since dah lama tak jumpa sedara mara di kampung itu. Dan komen yang paling tak tahan aku nak dengar dari tetamu2 mama tu adalah - "eh beso beno kamu sekarang ni yer!! Dedolu kecik halus jek!!". Sabo je laa..... Badakkan telinga yer cik ila oit. Nak marah pun tak boleh....sebab memang kenyataannya begitu. Huhuhu......

Mmm sat je rasanya kan. Dan aku pasti will miss pengalaman berpantang ni. Aii nak buat macam ner, tara ni jek rezeki zuriat aku kan. Dan paling penting tetap harus bersyukur atas kurniaan dariNya ini. Dan lagi, perasaan aku macam ner ek?? For sure laa happy tapi sebenarnya pantang dan tak pantang tak jauh beza pun since aku ni tak laa pantang tara mana pun. Serius cakap ek, pantang kali ni laa pantang yang paling sesuka hati aku jek nak makan apa. Fuh, nasib baik la badan kebal, Alhamdulillah. Mungkin sebab aku makan ubat agaknya. At least ada la pertahanan badan sedikit sebanyak. Mmmm macam ner la nak pantang beria beno, anak3 ramai. Sat2 nak itu, sat2 nak ini...... Letih laa jugak. Nasib baik ada si maid. Boleh jugak dia bantu sedikit sebanyak. Thanks yeah.

Okey stop mumbling yer Mrs Shariff!!! Today aku nak share tentang produk kegunaan aku dan produk wishlist aku. Hehehe..... Ni bukan isu nak niaga yer.... tapi lebih kepada sharing. Gara2 sakit pinggang kronik aku, at last aku sambar satu bengkung khas untuk orang czer dari satu laman web glamer ni. Bukan sebab tu jek pun, sebab lain aku beli bengkung adalah untuk mengempiskan perut aku yang buncit ni haa. Hahahahaha!! Aii nak buat macam ner? 4 umat Muhammad dah hidup dari perut aku ni. For sure la saiznya tak macam saiz aku zaman anak dara dulu. Ekekeke.... Ni alasan cover jek!! Sebenarnya memang kuat makan pun! Actually aku ada premium beautiful. Tapi memang tak muat sangat la. Yer laa itu harta 5 tahun lepas. Beza saiz yang teramat2 nampaknya. Hahaha!!! Tu la dia!!



Aku beli bengkung ni sekali dengan gel sireh emas slim. Mmmm gila panas! Tangan aku ni more than 24 hours terasa pijarnya. Tapi memang sedap la. Nak plak dibalut dengan bengkung ni. Bengkung ni tak panas dan tak berubah2 dari kedudukan asalnya. Sangat comfort dan yang paling penting tak renyah nak dipakai. Sekejap je settle. Jadi memang sesuai la untuk aku yang memang running of time. Jadi kalau ada gang nak beli, boleh la singgah ke kedai seperti yang ada pada watermark gambar di atas.


Haaa....ni apa ke halnya kerusi urut plak!!! Hahaha..... Ni antara wishlist aku. Aii sedapnya laa jika selepas selesai buat kerja umah kita diurut oleh kerusi ni. Hehehe.... Kata orang, urut dek orang lagi best. Memang la. Tapi yang ni comfort sebab tak perlu nak jumpa orang. Buat sambil2 jek. Jadi amat sesuai untuk orang macam aku yang memang tader masa lebih nak dating2 dengan tukang urut. Maid dah nak balik.....lagi laa tader masanya kan. Huhuhu.... To Mr Shariff, take note ok, i nak kerusi ni in my house one day. Hahaha.... Sukati aku jek mengorder. Harus boss of the house pening! Hehehe.....



Dan wishlist terakhir aku kali ni adalah treadmill. Aiii harus cari gaduh ngan boss aku ni laa. Macam2 yang aku nak!!! Keje malas!! Hehehe..... Ni sekadar wishlist jek.... dapat tak dapat tu lain cerita. Tapi aku sentiasa doa apa yang aku teringin tu aku dapat la. Hehehe.... Kenapa aku nak ini? Mudah nak workout in order to keep me fit. Alasan bagus jek eh....



Apa moral of the story entry hari ni? Haaa terbukti laa selagi kita bernama manusia, sentiasa tak pernah rasa puas dengan apa yang kita miliki. Dengan kata lain, kurang bersyukur! Hanya dengan iman yang kuat, then baru laa konsep hidup secara qanaah lagi zuhud baru la hati kita akan tenang dan tak meminta-minta. Tapi tu la, kita sekadar bercakap sahaja. Macam aku ni, aku memang tahu kenyataannya!! Tapi tu la dia..... cabarannya pastilah nak melaksanakannya!! Moga diberi kekuatan dari Allah SWT. Tak salah nak beli barang2; cuma yang penting belanja berpada2. Usah sampai bergolok-bergadai dah laa.... Tu jek......

Sunday, July 4, 2010

Jadi Uploader Sat!

Sepatutnya, pagi ni pagi terakhir aku kena urut dengan tukang urutku itu....
Dua minggu lepas, baru settle 5 hari berturut-turut.
Stop a week since aku demam.
Owh bukan demam bentan.... tapi demam bengkak susu..... gara2 susu yang terlebih melimpah ruah.
Alhamdulillah kini aku sudah sihat dan milk production normal kembali....
Dan pagi semalam aku mula berurut kembali.
Sedap laa jugak!! Hikhikhik....
Aiii mana tak sedap?? Dalam pantang ni aku memang lasak laa jugak!!! Haruslah sakit2 badan kan!!
Untuk hari ni, ia ditunda ke sesi petang la plak atas sebab yang tak dapat dielakkan oleh tukang urut itu.
Jadi pagi ni, daku blur tatau nak buat apa....Hahahaha!!!
Nak pi ronda2 ke karnival masjid Kota Damansara ni, aku dalam pantang lagi. Hehehe...
Meriah gila tau!! Raihan pun mai..... Nak beli2 barang lagi laa banyak pilihan.
Tapi aku tak leh pi..... Jadi dengar aje updetnya dari Encik Shariff. Huhuhu.....
Sedang makan pagi tetiba jek dapat idea nak jadi uploader macam Lin Mohamad. Hikhikhik..... So wajah siapakah yang akan kuupload??
Jeng...jeng... taraaaaaaaaa .........
Pastinya wajah permata hati aku dan Shariff laaa....
Haaaa layanz!!!


Gambar ni disnap mama saya malam tadi sejurus saya selesai mandi. Saya pakai baju baru tau. Haaaa ada bau tak?? Hehehe.... Ni adalah present dari kawan baik ayah saya, Pak Din Johor. Thank you.....!! Mama kata, baju ni tak leh simpan dah..... sebab saya debab. Jadi sebelum ia jadi tak muat, saya pakai laa!! Hehehe.... Baju ni saiz 1 year.....dan saya sudah boleh pakai. Nak buat macam ner?? Jadi anak bongsu memang selalunya debab. Hehe....... Kenapa yer?? Mungkin saya terlebih segalanya. Terlebih kasih sayang, makan dan kegembiraan. Alhamdulillah.

Beratnya laa pipi!! Nak toleh kiri kanan pun take time!! Ekekeke....

Adakah wajah saya seiras ayah saya?? Nanti besday next year kita potong kek sama2 yer.



Dan as usual, Awatif mesti interprem. Petang semalam ayah beli doll untuk Awatif. Nama doll tu, Merliah sempena heroin movie barbie in mermaid. Sejak berjinak2 dengan koleksi barbie movies, Awatif sudah pandai posing gaya Barbie Doll tu jugak. Sabo jek!!!



Ni gambar pagi ini. Haaa lagi koleksi gift from Pak Din Johor. Cantik kan baju I??



Okey, saya dah tension dan letih nak tido balik ni. Mama....cepat laa!! Aisyah nak nenen ni.....



Tak ketinggalan kakak dan abang Long yang nak bergambar jugak. Mmmm depa busyuk tak mandi pagi lagi tu!! Okey laa, next time kita bergambar lagi. Bye.

Thursday, July 1, 2010

Sarah Aisyah Selepas Sebulan

Updet setelah sebulan hidup di dunia, Aisyah kini makin debab....
Sepanjang tempoh tu macam2 jadi...
Aisyah yang dulu tak banyak pe el kini sudah mula tunjuk belang
Kini sudah pandai menangis kuat2 memberontak apa yang tak disukainya....
(tu memang menurun aku agaknya laa!!! Just speak out apa yang kita rasa tak ok)
Minggu ketiga Aisyah kena sakit mata.
Mmm pi kenek pakar dapat laa ubat drop tu.
Tapi keadaan tak membaik tara mana hingga laaa ada orang suggest titiskan susu ibu.
Masya Allah besar sungguh kurniaan Allah.....satu hari titis langsung okey.
Bukan bayi yang sakit mata jek boleh gunakan susu ibu as medicine tapi bapak2 ibu pun boleh yer!! Hehehe.....


Semalam genap sebulan....
Maka kami sekeluarga ke Pusrawi untuk suntikan sebulan Aisyah
Timbang2 Aisyah kini sudah 5 kilo.
Wow drastik jugak yer tumbesaran!!
Bersyukur aku pada Allah SWT kerana dilimpahkan rezeki yang banyak buat Si Aisyah.
Susu badan aku melimpah2 untuk dia minum.....
Alhamdulillah!!
Terlampau banyak hinggakan kadang2 dia pun tak larat nak minum. Ekekeke.....
Dan bila limpahan susu yang banyak tak kuar dari badan, mama akan rasa nak demam. Huhuhu...
Mujurlah ada pam avent.
Though mahal, tapi memang banyak membantu aku.
Harap2nya nanti bulan puasa nanti stok susu aku ni tetap banyak laa hendaknya.



Muka saya hari2 bertukar. Dulu muka saya sebijik mak sadara. Esok plak muka ayah. Lusa muka mama. Tulat muka abang2. Tapi yang yernya muka saya banyak macam muka kakak Awatif saya. Hehehehe.... Tapi pipi kakak saya lagi apam manis.



Semalam appointment aku dengan Dr Zarina setelah 30 hari hari yang mencabar itu berlalu.
Nak cek apa yer???
Cek wound laaa.... hehehe....
Alhamdulillah luka aku cantik tanpa ada tanda2 nak bernanah ke apa.
Yer laaa....macam ner nak nanah?? Dah memang tak leh kena air.
Dr tak bagi kena air.
Mmmm kali ni treatment jaga luka bersalin aku sangat different than before.
Kalau dolu3 Dr allowed me to take bath....bagi luka tu kena air etc tapi ....
Kali ni Dr Zarina tak bagi!!!
Mmm Dr ni Dr veteran.....
Jadi mungkin cara dia agak lama......tapi aku puas hati laa jugak since luka aku kering.
Aku ikut bulat2 pesanan dia.
Haaa 30 hari kena mandi part by part!!! Hahahaha!!!
Tak kisah laa macam ner caranya, tapi yang penting tak kena luka itu!!
Aku dah serik sebab masa bersalinkan Awatif dulu luka aku ada nanah sikit......forward ke klinik Dr tu picit nanah tu then berlubang langsung luka aku!!
Haaaa tak takut??? Ngeri u!!
Tu pasal kali ni aku patient yang sangat bagus.....Dengar je cakap Dr though really menyusahkan aku.
Hehehe.....
Lagipun ni pengalaman terakhir aku confinement.
So usah cakap banyak kan.......


Ada kawan2 aku tanya
Aku makan belaka ke ubat2 aku tu??
Hahahaha!!!
Makan laa jugak.....though start lambat.
Sekarang ni baru nak start membela badan aku betul2.
Baru laa nak berbengkung2......baru nak sapu ubat2 kempis.
Hahaha!!!!
Urut2 pun masih tak habis lagi.
Aku amik pakej urut seminggu.
Baru complete 5 hari jek......ada lagi 2 hari.
Mmmm agak hairan yer.....makin kena urut makin demam aku dibuatnya.
Mmm kata tukang urut tu, urat aku terbenam laa apa laa....
Tu kira dia baru betulkan sikit jek tu.....
Kalau buka semua mahu tak bangun trus aku ni.
Mmm aku diam je laaa......
Antara percaya dan tidak tapi redho je
Hahahaha......
Kadang2 orang nak niaga ni macam2 kan.....
Tapi as long as dia urut sedap then ok laaa
Usah banyak soal.
hehehe......
Tapi one thing aku nak komen laaa
Sejak dia tungku aku....
Aku yang tak sembelit sebelum ni jadi sembelit!!!
Makan jamu lawas nona roguy pun tak layanz.....
Hahaha....
Tapi bila stop tungku2 ni.....smooth balik sistem kolon aku ni aihh!!
Tak faham jugak aku.
Adakah kolon terkejut dengan suhu batu itu??? Langsung kolon jadi demam???
Hahahahaha!!!


Okey laaa
Sarah Aisyah dah bunyi2....
Dah sampai waktu nenen.....
Nanti bebila free aku merepek meraban kembali.
MA'AS SALAMAH
ILAL LIQA'

Friday, June 11, 2010

Kelahiran SARAH AISYAH yang dinanti

Aku kini dalam pantang. Hari ke 12 sudah.... Hehehe.... Pantang beno ke aku ni eh?? Hehehe.... Yer lah kot. Blog ni sepi gara2 ownernya tak sihat sepenuhnya. Alhamdulillah, aku kini mama to 4 kids. Mmm rasa macam mimpi jek!!! Tak pernah terpikir dek akal aku yang singkat ini yang menjelang usia 30, aku sudah punya anak empat! Huhuhu..... Hai rezeki....rezeki !!! Apa pun bersyukur padaNya kerana diberi peluang dan nikmat untuk menjadi seorang ibu yang tak terhingga ini. Dan hari ini genap 12 hari sudah usia anak bongsu aku, Sarah Aisyah. Dalam empat orang zuriat kurniaan Allah, Alhamdulillah Aisyah ni lah anak yang paling mudah dibela. Mungkin dia pun faham keadaan mamanya yang tak berapa kuat ditambah plak dengan perangai abang2 dan kakaknya pelbagai ragam. Hehehe......

Sarah Aisyah dilahirkan jam 5.17 pm; 31 Mei 2010 di Pusrawi Kota Damansara through elective LSCS done by my gynae Dr Zarina Bibi. Orang yang paling nampak happy dan berseri pastinya hubbyku, Mr Shariff. Hehehe...... Kenapa aku rasa macam tu ek?? Mmm mungkin sama tarikh lahir agaknya.....maka habis dicanangnya hal tu pada nurse2 yang ada dengan bangga. Hehehe.... Apa pun aku yang melahirkan Sarah Aisyah ni teramat laa bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah swt kerana diberi kesempatan untuk terus hidup. Mmm pengalaman bersalin kali ni benar2 menakutkan @ mengerikan buat aku. Jika sebelum ini aku biasanya akan merasakan amat mudah melahirkan anak tapi kali ni memang sah2 sebaliknya (tu pasal anak aku laju macam keretapi jek). Tapi kerana ini pengalaman terakhir aku jadi aku redho. Pasti ada hikmahnya kenapa all this happened.

KRONOLOGI KELAHIRAN SARAH AISYAH MOHAMAD SHARIFF



Gambar diatas diambil ketika aku dah standby dalam bilik operation theater.
Semua krew sudah ready. Hanya menunggu Dr Ravi @ pakar bius Pusrawi untuk sampai.
Jadi kesempatan diambil bergambar sebentar.
Hehehe.....
Aku time ni memang tader perasaan sungguh.
Jam 4.30 petang pembedahan dimulakan......
Aku very cool. Tak macam selalunya...akan shiver start dari mula hingga ke wad.
Hubby temankan aku dalam bilik OT.
Tu pasal aku kuat kot. Tapi tengok riak muka dia macam takut laa jugak.
Yer laaa....tengok perut kena belah!! Harus laa kan!!
Pembedahan kali ni mak aiii punya laa lama!!! Usually 40 minit dah selesai.
Dr yang mengoperate aku operate aku dengan penuh hati2 dan beristighfar sentiasa.
Cuak jugak laa aku rasa since pastinya rahim aku yand 4 kali buka ni komplikated.
Dan nampaknya tekaan aku memang betul.
Kata Dr, usus dan rahim aku udah melekat2. Mmm nak potong pun susah.
Memang kena hati2.....takut2 terpotong benda lain plak.
Ngeri kan???
Alhamdulillah ...........
Dalam 5.17 petang, Sarah Aisyah selamat dilahirkan.
Mak aiii anakku ini besar sekali 3.7 kg!!! Patut laa berat!!
Dan hati aku lega......selesai sudah satu hal.
Hubby pun kuar dari OT.....tinggallah aku bersama team operation untuk proses BTL plak.
Haaa apa plak BTL tu ek??
Nama medicnya tube ligation....nama kampungnya "ikat"
Prosedur yang ni lagi laaa lama!!
Around 6.45 petang baru selesai semuanya.
Alhamdulillah.


Wad aku besar.
Ada katil untuk hubby tidur jugak....
Bila lagi nak berbakti pada isteri?? Ni laa waktunya kan. Hehehe.....
Tapi dua jam selepas operation, perut aku sakit gila!!!
Sakit yang tak pernah aku rasa sebelum ni!!!
Apsal sakit macam ni eh??
3 kali dah aku operate.....sakit akan rasa esoknya. Ni baru 2 jam!!
Sakit yang teramat sangat hinggakan habis tepi katil tu aku genggam.
Mak aii punya laa sakitnya aiiii.....
Lepas sakit terasa darah membuak2 keluar dari bawah.
Dalam otak aku terfikir....
Eh ada benda tinggal ke apa ke? Huhuhu....
Dalam pukul 9 lebih, kebetulan adik ipar ke melawat aku.....
Mmm nak jadikan cerita dia pun intai laa bawah selimut aku!!
Mmmm muka dia gila terkejut!!
Mira, usah buat muka macam tu.....aku ni sah2 akan lebih takutnya!!!
uwaaaaaa.....sakit......takut!!!!
Then DR pun dipanggil.
Dr hairan, tak mungkinlah aku mengadu sakit.
Rupa2nya aku kena TUMPAH DARAH.


Dr bebel kat aku apsal aku tak inform dia.
Mmm mana laa aku tahu wahai DR.....
Ku kirakan kerana BTL yang buat aku rasa sakit dan tak sama seperti dolu.....
Maka, tindakan kecemasan pun diambil.
Dr dan nurse kat luar semua kerumun aku.
Aku tengok riak DR nampak benar risaunya.
Dan aku LAGI LAAA RISAU!!
Udah laa asyik mimpi meninggal dunia jek.....
Ya Allah ampunkan laaa aku.


Serius aku takut gila time tuh!!!
Dr pun seluk gauze banyak2 dalam rahim aku sambil mengurut perut aku yang baru dioperate itu.
Ya Allah, sakitnya tuhan yang tahu!!!! Memang meraung laa!! Sabo jek laaa.
Diseluk hidup2.....ala2 mop rahim!!
Aku ni dah macam melalui 2 proses bersalin .... operate dan normal!!
Tujuan seluk adalah untuk mencuci darah yang menyumbat laluan pintu rahim aku itu.
Tu pasal laa aku sakit.
Ternampak jugak tangan DR yang penuh dengan darah bergumpal2.....
Ya rabbi takutnya laaa!!!!
Hubby time tu baru jek sampai dari menghantar anak3 dan mama balik dari PUSRAWI.
Dia pun nampak terkejut laa jugak.
Dan aku memang dah tak dapat nak tahan.....air mata aku dari tadi dah melimpah ruahnya!!
Kata DR, rahim aku dah hilang kekenyalannya
Dia tak mahu kuncup dengan sendiri selepas baby kuar.
Akibatnya darah yang ada dipintu rahim aku tak flow smoothly....dan bertakung kat situ....
Ni antara risiko bila kita dah operate more than 3 times.
Dan malam tu, aku memang diseluk DR dan nurse berkali2.
Tujuannya untuk pastikan no clogs anymore kat pintu rahim aku itu.
Bertahan jek aku rasanya aihhh!!!!
Dr pun memberi arahan agar dapatkan bekalan darah 3 botol segera.
Nak dapatkan kat mana??
Since aku bersalin di hospital bersalin dan bukan medical centre yang besar2, maka darah perlu diambil dari Pusat Darah Negara just next to Istana Budaya.
Uwaaa jauh!!!
Mujurlah ada guard yang membantu.
Dia laa yang membantu ......


Nak jadikan cerita, nama aku di borang blood application tu tak sama dengan yang DR mention....
Usually kes macam tu mahu 3-4 jam laa kena tunggu.
Alhamdulillah tak lama.
Around 11 lebih aku pun start didrip dengan darah.
Sian pada diri sendiri.....kiri drip by blood.....kanan drip by normal saline (air).
Then, aku dimasukkan ubat tahan sakit.....
Mak aiii masuk ikut ponggong laa plak!! Sabo jek laaa.....Dah macam kena liwat!!!
Pastu plak, nurse cucuk aku ubat merangsang air kencing kat peha.
Sakit laa jugak!!!
Pastu plak kena injection untuk merangsang kecut rahim kat pinggang.
Dan sepanjang malam tu, aku memang under monitor DR.
Dr pun tak balik rumah takut2 aku ada emergency lain plak.
Thanks DR Zarina.
Mmm Alhamdulillah panik tu sudah dapat dikawal.
Haaaa amik ko!!! Puas hati aku masuk sepital kali nih....
Lengkap!!! Lagi ada treatment aku kena!!!
Huhuhu......
Let say kalau aku ni boleh bersalin lagi, rasanya serik jugak laa nak bersalin though czer.
Kali ni lain dari biasa....kerana aku rasa yer aku bersalin....
Sebelum ni, proses kelahiran anak3 aku semuanya rileks2 jek. Hahahaha!!!!
Kali ni baru aku terasa yang bersalin itu berkorban nyawa!!
Dan apa yang penting selesai sudah......
Alhamdulillah semuanya selamat.


Sarah Aisyah dah siap didandan dan tidur dalam balang baby. Hehehe.... Dan mama is still in the OT.


Hari keempat. Saya pakai baju lubang sebab kulit saya merah2......



Hari kelima....... Baju saya saiz 14. Baju budak umur 6 - 12 bulan yer....



Pada hari ketujuh, saya ditahnikkan oleh datuk saya. Saya suka makan kurma sejak dari dalam perut mama lagi. Masa mak saya pergi umrah, mama makan kurma satu tupperware sehari. Hahaha!!!


Senyuman pertama saya di alam maya......



Dan ni pose tido feveret saya. Saya tak suka dibedung sebab panas.



Dan itu kakak kesayangan saya, Sarah Awatif Tasnim. Dia sangat sayang saya. Hari2 dia cium saya lebih sepuluh kali. Hahaha!!!

Monday, May 31, 2010

Sat lagi nak bersalin dah & Happy Birthday Hubby

Alhamdulillah, kini telah tiba waktu dan ketika yang kunanti2!! Semalam adalah last check up aku...... Suppose aku akan dioperate on 3 June 2010. Tapi melihatkan keadaan aku yang agak sarat dan kesian ini, Dr Zareena Bebe at last setuju jugak untuk operate aku hari ini. 31 Mei 2010 ini adalah tarikh 2 minggu awal dari tarikh bersalin aku yang sebenar. Doa aku moga operation kali ni selamat hendaknya. Mmm takut jugak actually!! Aku akan diadmit ke hospital selepas solat zohor. Insyaallah by 3.00 petang, semuanya akan settle. Dan emosi aku... tatau nak kata laaa!! Happy ada, sedih ada, tader perasaan pun yer jugak. Hehehehe.....

Kenapa aku rasa happy?? Hehehe.... happy laa jugak kerana semua sakit2 aku akan hilang insyaallah tak lama lagi. Aku juga berharap mood aku yang alwiz swing selama ini akan kembali stabil seperti dolu2. Tapi rasa sedih sangat kerana pengalaman manis ini takkan aku alami lagi. Ni gara2 final decison telah kuambil bersama suami untuk mengikat salur peranakan aku. Though dikatakan bersalin operation kini boleh hingga anak enam, tapi kami tak nak amik risiko tersebut. Semakin lama semakin lemah keadaan aku ketika mengandung. Huhuhu.... At least bersyukur jugak kerana dikurniakan Allah anak sendiri. Alhamdulillah. Tinggal lagi tugas untuk mendidik anak4 ku ini untuk menjadi insan kamil dan berjaya dunia akhirat. Mmm satu tugas yang pastinya menuntut kesabaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi!! Tapi tak per.....dengan bantuan dariNya diharapkan aku dan suami mampu berbuat seperti yang dirancang. Amin!!!

Hari ni juga adalah hari bersejarah buat suami aku. Hari ni genaplah umurnya 33 tahun. HAPPY BESDAY HUBBY!!! Unfortunately, this is the first year his besday celebration without cake. Tapi fortunately hubby akan menggendong baby baru di hari jadinya!! Pastinya ini hadiah termahal dan bermakna buat suami tercinta. Haaa jimat lah duit cake tahun depan yek. Hehehe...... And to my baby, mama harap you'll be cool like ur father laa hendaknya. Hehehe.... Nak macam mama pun okey. Tapi mama ni ada penyakit angin kus kus..... hahahaha....!!! Tapi apa yang penting, hati mahu baik!! Baru hati akan bahagia. So to my hubby...... ni kek hubby for this year. Hahaha!!!


Selamat Hari Jadi Yang ke 33 buat hubby!! Hehehe...dapat kek dummy jek tahun ni. Hahaha!



and the most memorable present for you on the 33th birthday is



Align Center Bukan gambar sebenar. Hehehe.....Ini gambar taken from google. Mine will be interprem soon.