AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, December 9, 2009

Tadika Anak dan Kudap-Kudap hari ni

Hari ni patutnya ada miting kat opis tapi aku tak pi. Yeeehaaa. Bukan sebab malas ke apa, tapi keter aku ada bunyi2 sket. Macam tak konpiden nak bawak jauh2. Jadinya settle apa yang patut dari rumah je laaa. Hehehehe..... So dalam kol 11 pagi tadi, selepas tidurkan Awatif aku pun pi daftarkan anak kat tadika.

Mmm kalau dolu pi Genius Aulad, tapi kini aku alihkan angin anak aku ke sekolah cap lain plak. Nama new tadika ni Tadika Cahaya Taqwa. Hihik sound warak gila namanya. Aku tetap memilih Islamic oriented since itu tanggungjawab aku as Islamic parents. Rasa bersalah pada anak aku jika aku hantar ke tadika sekular kerana itu hak mereka untuk dapat pendedahan Islam di peringkat awal melainkan tiada pilihan lain di kediaman tu. Lagipun aku pun dolu dibesarkan di sekolah Islamic jugak..... so plan aku anak3 aku pun begitu laa hendaknya.

Sebab aku beralih tadika tu adalah quite peribadi. Lagipun GA registration for 2010 dah penuh. Cepat gila!!! Ramai yang minat nak hantar anak ke sana nampaknya. Tapi pendapat aku, walau se gah mana tadika tu, jika kita as parent terlepas pandang progress anak kita; rasanya resultnya akan lagi truk dari tadika cap biasa. Except kalau the child memang really genius laa. Jadi, the main point here, ajar anak sendiri jauh lebih afdhal @ manfaat dari kita dok kisahkan tadika mana bagus atau mana yang tak bagus. Tadika hanya bagi guideline dan pastinya syllabus each tadika bagus2. Tapi untuk dia bagi perhatian pada setiap anak muridnya pastinya payah since student lain pun ramai kan. Jadi tinggal lagi kita as ibu bapa laaa yang berusaha nak anak kita di letakkan di level mana.

Anak2 aku berat hati nak tukar sekolah ni sebenarnya. Habis nak wat macam ner? Hati maknya kata this is the best kindy setakat ni di mana ayah pun tak terbeban dengan monthly tadika yang banyak. Aku mai sini after direkemen by my customer. Anak2 kureng sket since depa dah biasa sekolah ala2 rumah kedai yang beraircond satu bangunan. Yang ni plak lot kediaman yang diconvert ke tadika. Mmm tapi selepas take around depa ke kelas2, at last depa pun ok. Baru rasa enjoy dan nampak the real class. Dan kebetulan time aku datang tadi, tadika tu sedang pasang air cond. So soal tader air cond tu aku dah settle laa ngan si Azhad yang banyak kira ni. Huhuhu...... Tapi apa yang penting, diharap ilmu yang dipelajari tu boleh dimanfaat sebaik mungkin. Mama akan menyokong @ membantu anak2 mama dari rumah. Semoga berjaya wahai anak2ku.....!!


Ni gambar aku songlap je dr webnya. Hihihi....Lupa nak snap tadi.

Dan sesudah mendaftar, aku pun pi bayar bil kat pejabat pos Giant Kota Damansara. Balik tu, trus masak lunch. Mmmm kalau ikut aku, aku nak rileks je dolu. Tapi maid aku ni tak abis2 dok tanya "akak.....daging?"(baca dalam slang cina cakap melayu - ala2 sengau sebut akak tu....hahaha) Ish rimas aku ler. So masak aje laa. Dia tolong2 jek. Tengah2 masak tadi terpikir plak, agaknya minah ni lapo ler...tu yang concern beno bila laaa "AKAKNYA" ini nak masak. Hahahaha!!! Pasal ketandusan idea, aku masak daging masak itam yang sempoi aje. Masakan ni aku belajar dari internet thru fotopages kak hanieliza. Sedap, senang dan konyang....kira ok laa untuk kami sekeluarga. Hihihihi.......

Daging masak itam


Bayam tumis al bodos aje......


Pasal lepas layan cd cerita papadom, jadi aku pun goreng laa papadom. Hahaha!!!


Dan yang ni kekudap aku tengok sinetron indon tadi. Marbeles!!! Sedap tul mak buyong ratah...kruk...krukkk!!! Pening maid aku tengok.....tersengih2 je tgk bos makan pelam.

Dan ni coleknya. Dibuat oleh hubby. Dia memang pakar colek2 ni.

2 comments:

  1. kok ila...terujanya aku tgk buah pelam tu..rasa meleleh sj ayaq liuq nie....

    dpt kudap sedap gak,kan....hehheehe...

    aku nyer dinner tu mls lak nk update sbb aku smpai lmbt..amek gamba pun x byk...nnt aku curik dr blog opismate aku....hehhehe....

    ReplyDelete
  2. ila,leh kasi resipi colek2 tu?tgk mcm sedap je..terliuq cek dibuatnya..;).

    ReplyDelete