AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, December 17, 2009

Telekung Baru & Salam Tahun Baru

Aiyoyo lama daku menghilang. Bukan tader masa tapi mim alif lam sin. Hehehehe...... Intai2 blog gitu2 jek. Kebetulan aku sedang giat memproses blog hartanah aku tu. Tu yang kering idea aku nak merepek kat sini. Huhuhu.... Mmm blog tu macam dah siap, tapi ada benda nak kena top up lagi. Nanti2 laa ek. Pelan2 janji siap. Huhuhuhu......

Minggu ni tader apa yang menarik. Lebih banyak kepada online shopping ada laa. Hikhik.... Antara benda menarik yang aku shop online dan bagus dikongsi ialah telekung baru dua pasang. Hari tu dah beli sepasang kat kedai barangan haji umrah di PKNS Shah Alam. Tapi rasanya harga kat kedai tu agak mahal compared to buy online. Banyak bezanya tau baik dari segi harga dan kualiti. Yang aku beli online ni rasa lebih kemas dan selesa. Rega pun murah rm70 sepasang. Leh refer http://www.telekungsolat.com/ jika ada gang2 yang berkenan. Hehehe..... saja2 je nak promote biz kawan cyber aku yang baru ni.

Aku suka telekung ni sebab dia more humble compared to vietnam dan indon. Dan yang penting sangat selasa...... Hehehehe.......Jadi pendapat aku untuk solat menghadap Allah dia lebih sesuai. Trend sekarang ni macam2 kaler ada la... Kadang2 aku pening beno tengok telekung2 yang sarat dengan kerawang2 ni. Terpikir jugak seolah-olah niat solat tu macam dah lari pun ada. Huhuhu.... Telekung ni dua lapis. Jadi untuk muslimat yang malas nak pakai tudung di dalam, telekung ni memang sesuai lah. Dan uniknya kainnya bukat style jerut tu. Haaa dia style ikat yang lain dari yang lain. Pendek kata, aku betul2 puas hati laa ngan apa yang aku beli ni. Ni sempat snap gambo.

Sangat kemas. Suka kat kepala dan dagunya. Mana2 yang banyak anak rambut, yang ni memang sesuai. Dagu pun tutup apa yang sepatutnya.


Ni modelnya. Hahaha... Gambo ni azhad snap. Kemas kan kepala tu!!

Kat pipi pun dia cover betul2. Serius sedap dipakai.

Mmm okey laa gang2..... asar pun dah nak melabuhkan tirai. Disunatkan membaca doa akhir tahun sebelum magrib dan doa awal tahun selepas magrib. Semoga dengan itu, dosa kita akan terampun dan semoga tahun depan membawa seribu perubahan baik buat kita semua. Moga hidup lebih diredhoi dan iman kita sentiasa di landasan jalan yang benar. Aminnnn!!! Okey ye, aku kuar dolu.....nanti2 sambung lagi membebel aku ni haaa. Hehehe. Salam tahun baru semua!!!

No comments:

Post a Comment