Allooo.... Romantic tak lagu blog aku ni?? Yeehaaa!! Ni lagu lapuk mokcik Celine Dion..... tapi sempena nostalgia annivesary aku tak lama lagi.... then layan aje lagu zaman2 dolu ni. Hahaha.....!! Lagu ni, hubby pasang time aku nak pi honeymoon dolu2.... Tu yang nostalgia tu. Ekekeke.....
Okey...okey, stop kisah romantika de amour!! Hehehe.... What a busy day today actually!! Bukan busy dengan kerja tapi busy dengan urusan keluarga cum cuti2 mesia sempena raya cina 2010. Sebentar lagi aku sefamily akan berangkat pulang ke Kuala Kangsar. Esok plak, pagi2 lagi kami akan bertolak ke Kuala Terengganu since malam tu sepupu aku akan menikah dengan gadis sana dan majlis resepsinya dibuat keesokan harinya. Mmm ni kira first time aku nak cuti2 mesia di Terengganu nih dengan mama dan abah. First time jugak nak menginap kat homestay yang bakal memuatkan insyaallah 7 family. Ramai jugak tu. Tapi tak kisah laa... Hehehe.....
Mmm boleh kubayang; perjalanan kali ni quite meletihkan bagi drebar (hubby aku ler)especially. Dan aku pastinya sakit pinggang!! Hahaha.... Tapi sebab tak selalu dan memang sudah spesis kaki jalan, then we'll enjoy the journey very much. Esoknya selepas kenyang perut makan gulai bekwah, kami insyaallah balik ke Kuala Lumpur. Dah cukup rehat, then baru aku hantar mama abah balik ke Kuala Kangsar semula. Hehehe..... Harap2nya perjalanan kami selamat pergi dan pulang, Insyaallah.
Tapi busy macam ner pun sekarang ni, aku mesti update jugak this entry yang sudah diperam 2 hari. Hahahaha!!! Kisah apa tu yer?? Mmmm this entry special dedicated to my future and the last daughter yang sedang membesar in my small womb. Last two days, aku check up kat Pusrawi. Tanpa aku sedar, baby aku dah nak masuk 6 bulan rupanya. Hehehe.... Mmm pregnantkan anak bongsu ni aku pun kurang notice berapa usia kehamilan sebenar aku ini. Hikhik.... Sian dia. Alhamdulillah baby sihat. Mamanya lagi laaa sihat!!! Berat aku memang sudah di tahap obesiti!! Mmm tiap2 kali peknen, memang aku facing this problem laa. Huhuhu.... Jenuh nanti nak mendiet, berjoging, etc. Tapi tak kisah laa ek.... Since this is the last one, aku layan je kegemukan aku ini. Hikhik....
Pancaindera anak aku alhamdulillah sudah lengkap belaka. Mmm melihatkan itu, terasa tak sabar aku nak gendong bayi!! Hahaha.... believe or not, though this is unexpected pregnancy; tapi bila dia dah berkembang dan membesar in ur womb for sure naluri keibuan itu tetap ada!! Mmm tak sabar btul rasanya aihh. Dan yang paling menghappykan aku bila Dr inform aku my baby is most probably a GIRL!!! Mungkin the baby pun tahu her mom is happy melihat dia; ish dia pun sakan happy jugak eh. Kuat gila menyepak2 dinding plasenta. Melompat2!! Sampai DR pun mengucap - "Subhanallah!! Uish baby ni, DR nak ukur pun tak boleh laaa. Punya laa aktif!! You makan apa mama? Ni kalau dah keluar lagi aktif!". Senyum aku dengarnya. The aku jawab laa. "Only Obimin. Tapi I memang makan kurma everyday". Mungkin sebab itu agaknya ek....
Alhamdulillah jika benar. Bukan apa, as aku mentioned before, selepas ni aku tak diberi peluang untuk lalui nikmat pregnant2 ni dah. Jadinya let say, baby ni girl, then lengkap sudah my family members. Mmm then kalau DR kata - I nak ikat you.... then it's ok laa. Hikhikhik.... Tamat sudah aktiviti kembang kempis aku at the age 30. Alhamdulillah. Harapan aku the prediction is true laa hendaknya. Aminn.... Cumanya, let say aku menten debab pas ni, tader alasan laa plak aku nak bagi pada hubby!! Hahaha.... Tu yang takut tu.
Gambar ni DR tu fokus kat part muka. Mmm kalau scan 3d memang akan nampak laa wajahnya.
No comments:
Post a Comment