Yeehaaa.....aku and family balik ke Kuala Lumpur sudaaa!! Cuti maulidur rasul lepas kuambil bercuti bersama keluarga tersayang.... Ni adalah projek yang telah dirangka sebulan yang lalu sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh. Hajat dihati nak cuti2 romantika!!! Hehehe.... macam laa aku tader anak3 kecik ek!! Anak3 pun berderet2.....Ekeke.... Jadi cuti2 mesia kali ni memang sah laa tak romantika de amour tapi lebih kepada memanfaatkan waktu yang ada bersama anak3 dan ibu bapa. Uniknya, kali ni aku bawak mama dan abah together. Bukan main seronok lagi anak3 bila aku bawak opah dan tok sekali. Huhuhu....depa ni memang manja dengan mama dan abah. Dah jadi ngada2 pun yer jugak. Hahaha!!!
Percutian kali ni very the santai and lepak. Sebenarnya hati ini ingin mengulangi keseronokan percutian di Bagan Lalang. Teringatkan itu, jadi aku sengaja memilih lokasi seakan-akannya. Hehehe.... Jadinya aku memilih Pengkalan Balak, Melaka sebagai destinasi percutian kami kali ni. Ni gara2 aku menonton 3 hari 2 malan kat tv9 lah ni. Aii macam best jek!! Tu yang aku ajak hubby ke sana juga. Sambil2 tu sempat jugak jalan ke Bandar Melaka. Wow Melaka kini banyak bezanya!! Mmmm tapi makin serabut laa. Sebab mak buyung tak larat, kami pi zoo jek. Tu pun letih bangat rasanya eh!! Huhuhu......
Jalan2 kali ni cukup sempurna bagi aku. Though sederhana kosnya tapi puas hati bagi aku. Sebenarnya aku quite letih dan amat sakit pinggang. Tapi setiap kali melihatkan anak3 aku ketawa dan teruja bercuti-cuti mesia jadi aku kuatkan jugak. Aku tetap ketawa dan kuat jalan2 ke sana ke mari. Tapi once dapat baring atas katil....., haaa baru realize betapa sakitnya pinggang aku itu!!! Huhuhu..... 3 bulan lagi to go through..... Moga semangat aku semakin kuat. Amin. Okey laa, malas nak bebel sudaaa. Ni ada several pic untuk dilayan. Hahahaha.... Pada mereka yang ada plan nak ke sana, haaa pi aje. Best jugak bertukar angin sekali sekala. Hehehe..... Yang penting tak kopak beno duit semata-mata sebab nak bercuti.
p/s - bila jalan2 cuti2 mesia, lupa trus kat masalah yang ada. Hehehe.... Tu yang bestnya bila dapat lari dari masalah seketika.
Budak paling excited nak pi holiday.....
Ni pun semangat jugak. Sudah pakai bikininya start dr kota damansara lagi. Huhuhu..... Memang ratu mandi btul!!
Dan ini budak yang paling tak semangat nak mandi-manda. Saya suka layan internet aje! Hahaha!!! Orang best2 mandi laut, dia dok lepak kat darat.
Wow!! Saya suka mandi!!! Saya tak mau naik!!
Pemandangan dari pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak..... Amat dekat dengan jalan raya kampung!!
Saya malu2 kucing. Saya nak mandi tapi buat2 takut jek!! Hahaha......
Dan ini mama saya...... Mama nak bergambar jugak!!!
Kami dah mandi!! Nak balik ke chalet untuk mandi...... Pas ni mama dan ayah dah janji nak jalan zoo!! Hahaha!!!
Ni laaa sign board chalet kami duk tu..... Chalet Darul Aslah. Satu malam rm90 aje....
Pergi ke mana2 pun, ayah pastinya snap gambar kereta kesayangannya itu......
Bergambar di zoo plak ek.... Kami beli topi!! Topi kami gambar spongebob dan Patrick naik car racing. Hahahaha!!







lame btol tak gi pangkalan balak..cantik lagi ke tempat tuh,.=)
ReplyDeletetak pernah g pengkalan balak...mcm besh erh...chalet dia depan laut erk...
ReplyDeleteila > mama zara - masih cantik. tapi sibuk jugak laa since ramai orang dah kenal pengkalan balak. hehehe....
ReplyDeleteila > kak fiza - best laa jugak. ha ah chaletnya dekat gila dengan laut. tak leh nak lari2 mcm citer industan tu....sebab turun2 jek pantai trus. hehehe