Mmm semalam quite a busy day for me. As per scheduled before, aku dan hubby ada taklimat umrah di masjid Batu Tiga Shah Alam dalam kol 10 pagi. Taklimat ringkas ini adalah untuk memberi penerangan tentang sebab musabab penangguhan penerbangan jemaah umrah ziarah Disember. Bukan hanya agensi ini sahaja yang tertangguh, rata2 yang lain pun begitu jua. Kalau ada yang sudah berjaya sekalipun hanya separuh bilangan jemaah dari total jemaah yang memohon. And the rest still outstanding.
Mmm seperti yg aku dah sedia maklum, punca utama adalah gara2 visa ziarah yang masih outstanding di Saudi. Usually hanya Mesia dan Singapore jek yang dibenarkan oleh kerajaan Saudi untuk membuat visa ziarah ini. Tapi, ini tahun pertama visa ziarah dibuka to other 5 countries seperti Brunei dan South Africa. Jadi no wonder laa visa yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk diproses menjadi lebih lama. Mmm lagipun ada hikmahnya ditangguh seketika sekarang ni memandangkan jemaah haji masih ramai lagi di sana. Berilah laluan jemaah haji pulang ke negara masing2 terlebih dahulu untuk memudahkan semua pihak. Menurut Dato' lagi, the owner of Zahafiz Travel Agency itu, sekarang sekitar Mekah masih sesak dengan jemaah haji bertawaf wida'. Madinah plak lebih sesak dari di Mekah. Selalunya orang akan reda menjelang 10 Muharram since semua jemaah haji sudah kembali ke pangkuan keluarga masing2. Dato' hanya berpesan agar kami bersedia setiap masa dari sekarang. Once visa lulus, lusa akan berangkat. Though macam kelam kabut, tapi aku redho je. Mungkin ni baru cubaan kecil dari Nya. Yang penting sabo dan tawakkal sepenuhnya padaNya dan tak perlu risau2 @ panik ..... Amin Ya Rabbal 'Alamin......
Mmmm bagi aku, tak kisah laa ditangguh beberapa hari pun as long as at last kita berpeluang untuk pergi ke sana. Kalau tak dapat pergi pun aku redho je tapi hati kecil aku sedih jugak sebenarnya. Kenapa aku sedih yer??? Mmm, I guess siapa2 pun pasti sedih jika tak dapat jadi tetamunya. Lagipun takut jugak esok2 kalau aku tak berkesempatan ke sana....Wallau'alam!! Tapi satu yang aku dapat point out lately, jangan sesekali ingat apabila kita berduit semuanya akan beres.....For example, yer aku boleh pergi umrah dan haji senang2 jek etc....just regist ur name kat agency umrah..then tunggu! Tetapi jangan lupa, sekiranya Dia tak mahu menerima kita as tetamunya, buat macam ner pun pasti kita takkan merasa jejaki rumahNya itu. Dan bila dah jadi macam tu kan, cuba realize siapa kita di sisi Nya?? Mungkin kita adalah hambanya yang bongkak, kurang amalan dan macam2 lagi laa. Mmmm sedih dan takut kan?? Jadi, moral of the story, kita sentiasa perlu berdoa....tak leh bongkak dengan Allah, redho dengan ketentuan, bersyukur dan perbanyakkan amalan2 yang disarankan oleh Nya. Aminnn......
Renung2 rakan seangkatan yang bakal berangkat bersama aku nanti semalam, nampaknya rata2 ceria pada permulaan waktu kami bersua. Tapi wajah2 ceria bertukar risau apabila diberitahu tentang tarikh yang masih tak pasti itu. Disebabkan aku gagal menghadirkan diri untuk kursus minggu lepas, maknanya ini kali pertama aku bersua muka dengan jemaah yang lain. Seem most of them are somebody. Bukan sembarangan orang jugak ler. Ada datuk, datin etc. Tak kisah ler tentang siapa engkau dan siapa aku since darjat di sisi Allah tetap sama jugak cuma yang berbeza iman dan amal. Jadi buat biasa2lah aku pun though adalah segan2 jugak sebenarnya. Hikhik...... Dan one incident happened time nak balik tu tau!! Selipar hubby hilang laa plak. Mmm sian dia balik tak berselipar. Hikhik.... Haaa apa lagi....!! Aku pun sakan laa menyakat hubby - tak sampai sana lagi dah hilang selipar. Ekekeke..... Kena semak amalan tu nampaknya!! Hehehe..... Aku cakap macam tu tak bermaksud aku refer pada dia sahaja. Ish aku ni pun kena semak jugak..... aku ni lagi ler.... spesis mulut jahat!! Hahahaha..... Jadi kena taubat ler dari sekarang..... Huhuhu.
Pendapat aku tentang visa yang tertangguh ni, serahkan sahaja pada Allah kerana hanya dia yang tahu baik dan buruk sesuatu perkara. Doa aku, jika ada kebaikan yang akan kubawa sekembali dari Baitullah, maka berilah peluang pada aku dan suami menjejakkan kaki ke sana. Tetapi jika tiada perubahan yang bakal dibawa oleh kami atau ada perkara lain yang harus kami tumpukan sekarang, maka aku doa tangguhkan aje pemergian kami suami isteri. Aku pasrah...... tapi tu laa, doa aku realitinya memberatkan kepada yang positif banyaknya. Hehehe.... Senang pergi waktu ini since mama dan abah pun masih kuat untuk temankan anak3 aku di sini. Aku yang sedang pregnant ni pun sah2 tader halangan kebiaasaan bagi wanita untuk beribadat. Jadi harap2nya ada laa ruang buat aku dan suami hendaknya....Aminnnn!!!
Aktiviti petang plak, kami sekeluarga dikunjungi Ustazah Sahida @ agent bibik aku ni haaa. Dia ziarah ke rumah aku dengan tujuan untuk mengajar secara lanjut tentang cara2 umrah sambil melawat perkembangan si Mariyas itu. Bersama dia ada jugak sorang maid Kemboja yang akan dibawa balik ke Ipoh untuk ditraining olehnya. Majikan maid tu tak puas hati dengan kerjanya....so menjadi tugas agen lah untuk melatihnya. Huhuhu..... Maid tu namanya Kalima. Mmm berusia 21 tahun dan penampilannya quite moden dan jauh bergaya jika dibandingkan dengan maid aku yang nerd ini. Dia pandai cakap Melayu. Mmmm kedatangan dia ke sini, buat aku realize betapa bagusnya maid aku dari yang lain though si Mariyas ni kadang2 agak tolol laa jugak. Hehehe..... Maid yang pandai bercakap agak payah nak instruct since akan ada je bidasan @ menjawabnya. Mmm kalau aku, aku memang tak berkenan le. Moral of the incident, aku perlu bersyukur dengan apa yang ada dan lebih menerima kekurangan si Mariyas seadanya. Pendek kata usah laa bossy sangat sebab yang lain tu pun belum tentu okeynya. Ekekeke......
Sempena kedatangan depa, aku masak menu yang selalu aku jamu untuk tetamu; mee soto dan kuih kaswi. Menu ni sesuai laa buat ustazah yang sedang berdiet, quite simple tetapi menyelerakan. Hehehe..... Sempat jugak aku snap gambar untuk dimasukkan dalam koleksi masakan aku. Menu berulang tapi gambo lain. Hahahaha...... Ustazah balik ke Ipoh selepas isyak. Harapan aku agar kami bersua kembali tak lama lagi untuk umrah ziarah. Aminnn......
Mee Soto
Kaswi Gandum