AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Tuesday, October 4, 2016

Jom berpeluh.


Hari ini cuti. 
Kami tak ke mana pun hari ni. 
Pakat-pakat berehat sekeluarga di rumah aje. 
Update blog, makan, tengok tv dan tidur. 
Hahahaha. 

Gara-gara terlebih berehat, naik lemau dah mak rasanya aih! 
Tak boleh rasa gini. 
Ngantuk tak habis2 dan badan rasa berat. 
So mak pun ajak ayah dan anakanda pusing taman. 
Ayah pun setuju. 
Budak?? Lagi la setuju.. hahaha. Pantang ajak ok. 

Mak ingat nak jalan je. 
Eh budak ni request nak bawak basikal la plak. 
Mmm riso tak terkejar je. 

Bermula dari rumah kami.... menyusur kedai-kedai phase satu.... terus ke Jasmine phase ke sales gallery..... then naik ke Park Tinjau by pass Nerida phase. 
Hahahaha.... lengkap suku kawasan kami jalan. 
Petang ni mak jogging jugak sebab kena kejar budak2 yang naik basikal nI. 
Adoi laa.




Ayah yang over hahaha. 

Tolak la basikal korang naik bukit tinggi. Hahaha. Penat ooo. 



Yeah berjaya jugak naik bukit!! Penat jebon. 



Weekend ni nak ulang lagi. 
Kita keluar lebih awal.
So boleh la pusing park. 
Semalam tak sempat. 
Sampai di rumah terasa kesegarannya. 
Haaaa baru la tak sakit badan sangat. 
kihkihkih...... 


Sunday, October 2, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Lanchang Malaysia.



Dari Deerland, kami ke sini. 
Cuaca jam 11 lebih pagi memang terasa bahang kepanasannya. 
Kelihatan banyak kereta di tapak parking. 
Ye laaa.... dah nama pun cuti public holiday kan. Harus la. 
Nak masuk sini free of charge sahaja. 
Tapi, kita boleh menyumbang jika kita mahu ye.
Waktu operasi pusat ini ialah seawal jam 10.30 pagi. 

Memang tak perlu bayar untuk masuk, tapi kita perlu isi borang sebelum masuk.

Haaaa tu dia borangnya. Jenuh lah jugak nak isi. Jadi suruh ayah je setelkan ok kihkih.

Dah siap isi borang, kita akan diberi sticker. Haaaa tepek la baju kita ok :)

Perbandingan Mamot > gajah asia >  gajah pygmy. Gajah tetap lagi besar dari kita. Yeah.

Disebabkan kami datang hampir jam 12 tengahari, show yang bermula jam 10.30 - 12 tengahari iu sudah tamat. 
Jadi kawasan itu telah pun ditutup dan pekerja telah mengarahkan kami ke pondok gajah baby di sebelah sana. 
Kami pun berjalan ke sana dengan rasa terujanya. 
Tak dinafikan cuaca memang panas. 
Bagi pengunjung yang ada anak kecil, better la bawak payung atau topi. 

Untuk informasi :- 
10.30 - 12.00 - aktiviti dekati gajah
1 -1.30 - tayangan di bilik tayang
2.00 - gajah mandi 
2.45 show gajah. 

Di sini, untuk pegang gajah, kita perlu memberinya makan. 
Makanan boleh dibeli di warung yang berdekatan. 
Ada tebu, kacang dan pisang. 
Tebu rm 3 seikat. 

Haaa teruja anak2. Mak pun jugak hahaha.

Gajah ni milih makan hahaha. bosan dah kut tebu. Kalau bagi kacang, laju je dia 

Haaa at last dapat jugak mak pegang gajah! Lembut. Kihkih....

Penat bagi gajah makan, kami punn berehat di bawah pokok. Mmm jom wefie la Awatif. Belakang tu ialah pondok gajah. 

Sekitar pondok gajah. Ada warung jual air dan makanan gajah. 

Haaa ada pondok kosong. Jom masuk untuk rest sat dan santap. 

Ni lah masanya makan bekal sandwich. Mujur bawak bekal.... memang lapaar. Air bawak tapi tak cukup. Sebab cuaca panas terik. So kena beli jugak. 

Ada juga cafeteria di sini. Namanya Cafe Jumbo. Penuh.


Kami tak tunggu gajah mandi dan show. 
Dah tak larat. Hahaha. 
Tengok melalui gambar je la. 
Baby pun dah ngantuk dah. 
So kami pun beredar pulang. 
Next time datang lagi, Insyaallah.

Deerland Park, Kuala Gandah, Pahang.


Gara-gara mengikut saranan cikgu Limie BH Didik di program ibu bapa baru-baru ini, mak sefamily sampai ke Kuala Gandah. 
Hahahaha.... semangat kan! 
Ini namanya jalan-jalan dekatkan anak dengan sains. 
Mudah nak jawab KBAT nanti ok. 
:)

Jalan-jalan kami sefamily kali ini disertai adik ipar mak Ila sefamily. 
Bak kata orang, jalan-jalan sesama keluarga boleh merapatkan hubungan silaturrahim dan lebih meriah. 
Syiok tengok gelagat anak4 sendiri dan anak sedara. 
Nampak sangat happynya tu. 

Perjalanan dari Denai Alam ke Kuala Gandah mengikut google map adalah lebih kurang 1 jam 52 minit. 
Awal pagi-pagi mak dah siapkan sarapan dan menu bekal. 
Ini penting supaya tiada siapa pun yang akan merengek tak tentu hala dan mengganggu kegembiraan jalan-jalan kami hari ni. 
Hahaha. 
Bak kata orang, perut kenyang hati riang. 
Setelah selesai semua tepat jam 8.20 pagi, kami memulakan perjalanan. 
Deerland Park Kuala Gandah menjadi tempat pertama yang kami lawati hari ini. 
Mak Ila beritahu adik ipar sekeluarga untuk tunggu di depan Deerland pada pukul 10.30 pagi. 
Jadi, sukati lah nak keluar rumah jam berapa pun. 
Yang penting by 10.30 am, mesti dah ada depan Deerland. 
Kihkih.... Mudah kan... 
Lebih kurang jam 10.05 kami pun sampai. 
Kami ialah pengunjung kedua yang tiba pada hari itu. 
Tak lama kemudian, kereta adik ipar pun tiba. 
Kami dibenarkan masuk awal dari waktu buka sebenar Deerland. 



Deerland Park Kuala Gandah ialah milik persendirian. 
Jadi ada fee yang dikenakan sebelum kita dibenarkan masuk ke dalam. 
rm 3 untuk kanak-kanak 3 - 11 tahun dan rm 6 untuk dewasa. 
Selepas bayar, kita akan diberi sticker. 
Haa lekatkan di baju sebagai tanda yang kita dah bayar. 
Hehehe. 

Point pertama masuk ialah rusa @ deer. 
Kita akan melalui pondok kecil dahulu sebelum kita dapat tengok rusa face to face. 
Di pondok ini, kita diminta untuk memberikan kupon makanan rusa. 
Kupon tu diberi semasa pembelian tiket di kaunter tadi. 
Bagi kupon then dapatlah ubi keledek semangkuk. 
Hahahaha. 
Banyak jugak ubi dalam mangkuk tu. 
Seronok lah rusa dapat makan. 
Disuap plak tu! Haha. 

Rusa disini nampak jinak dan mesra manusia. 
Bukan main excited anakanda bertujuh.
Mula-mula tu macam takut juga ye. 
Mmmm mana tak takutnya! Rusa ni jelir lidah semasa mengambil makanan dari kita. 
Hahahaha. 
Haiwan herbivor memang begitu. Allah dah ciptakan kumpulan haiwan ini tiada gigi di hadapan atas. Hanya ada gigi di bawah sahaja.
Jadi penggunaan lidah yang terjulur itu, amat penting untuk mengambil makanan. 
Tapi tu la.... bila tersentuh tu, geli jugak kahkahkahkah. 







Terdapat juga haiwan lain di sini..... Antaranya ialah.... 

Kucing Leopard.
 

 

Sepasang ular yang boleh kita sentuh. Kata pekerja taman ni, ular ni jinak sebab telah dibela sejak kecil. Hukhuk. Mak sempat sentuh. Rasanya? Hahaha.... Macam pegang kulit moyang gitu.
Hedgehog bukan porcupine. Adham kata, durinya tajam macam pisau!

Azhad memang berani pegang-pegang binatang eksotik sejak kecil lagi. Ini kalau tak silap dragon iguana kut. Mak sentuh jugak. Kulitnya kasar dah keras dan lembut di bahagian bawah.

Yang ni mak memang geli. Uwaaaaa. Kulit lembik macam pegang puding. Errr.
Otw kami keluar, terjumpa owner Deerland Park ni. Ramah orangnya. 

Sebelum keluar, kita makan aiskrim dulu yek. Yummy btul. Mak Ila beli fridge magnet satu buat kenangan. 


Selpie dulu sebelum naik car ye. 
Hahahaha. 
Lebih kurang 45 minit di Deerland, kami pun gerak ke pusat konservasi gajah. 
Anak7 dah tak sabar semua nak tengok gajah live. 
Yeehaaaaaa. 

Resepi Sandwich Sardin Yang Boleh Dikatakan Lazat. Hahaha.


Ni kisah bekal nak dibawa ke Kuala Gandah plak. 
Sebenarnya malu nak cakap tau. 
Rasanya ni 1 st time kut mak Ila buat proper sardin sandwich. Hahahaha. 
Last time buat secara proper zaman tingkatan 3 kut. 
Kalau tak silap untuk subjek kemahiran hidup. 
Kihkih. 
Selama ni, selalu makan roti colek baki sardin je. 
Mak tak berapa on dengan sandwich sebenarnya. 
Tapi boleh je naak makan.... cuma bukanlah peminat tegar sandwich. 
Tapiiiii..... 
Anak4 dan asben mak Ila peminat sandwich kaw2 ok. 

Tahun lepas kawan JK1M#5  kawan mak Ila; si Erma Juliana memang expert buat sardin colek roti ala2 sandwich. 
Wallahhh serius yummy. 
Perfecto! 5 bintang!
Nak nak pula makan selepas workout kan. 
Memang sedap nikmat tak hengat la. 
Hahaha. 
Mak pernah tanya resepi kat dia. 
Katanya buh kacang tin dan cili api. 
Ooooo... 
Mak tanya dia last year ok. Hanya hari ini baru try. 
Sabo je la yek. 

Okey, basic resepi sandwich mak hari ini ialah resepi Azie Kitchen. 
Tapi macam biasa la.... mesti ada modified. 
Mak modified style Erma Juliana.
Hahahaha. 
Jom tengok resepi sandwich mak Ila hari ni.... jom.  


Bahan-bahan yang diperlukan :- 
Timun slice, setin kacang panggang, limau nipis sebiji, bawang merah, bawang besar, serbuk lada hitam, cili merah, tomato dan of coz sardin 2 tin. 

Cara memasak sandwich sardin :- 

1) Mayang bawang merah halus2. 
2) Potong bulat bawang besar dan cili merah. Then, lenyek sardin dengan garpu.
3) Squeeze limau untuk dapatkan jusnya dan sebelahkan. 
4) Panaskan minyak. 
5) Tumiskan bawang merah mayang tadi. 
6) Masukkan sardin lenyek tadi. 
7) Kacau dan bubuh garam, lada hitam, cili merah dan bawang besar bulat. 
8) Bubuh pula jus limau. 
9) Bubuh kacang panggang. Mak Ila ambil kacang sahaja. Sos tak ambil. 
10) Keringkan sardin tadi sehingga tak berapa basah sangat. 
11) Dah agak kering, tutup le api. Cedok dalam mangkuk dan sejukkan. 
12) Okey ambil roti dan potong tepi2nya. 
13) Ambil planta dan sapu nipis ke atas roti. 
14) Ambil sardin tadi dan bubuh atas roti. Sukati lah nak buh banyak ke sikit ke. Sukati ye. 
15) Then buh timun. Kalau ada tomato buh la juga. Kalau nak buh salad pun boleh. Nak buh cheese pun boleh. 
16) Haa apa lagi, ambil roti lagi sebelah dan kapitlah roti yang telah dibubuh sardin tadi. 
17) Jika nak potong tiga segi ke 4 segi ke... haa potong. Tak nak potong pun tak pe. 
18) Buh la atas pinggan ke tupperware. 
19) Hidangkan...... 

Haaa siap :) 




Usai tengok gajah, kami pun makan sandwich. 
Ohoiii nikmat jugak ye makan bawah pondok. 
Licin Alhamdulillah. 
Nanti boleh buat lagi. 
Hahahaha.... 

Resepi Nasi Lemak Basmathi Yang Enak.


Pagi ini seawal 5 pagi mak Ila dah bangun. 
Bukan qiyammm hoi. 
Tapi nak masak2 untuk family mak Ila. 
Cadangnya hari ini kami sekeluarga nak ke Kuala Gandah. 

Menurut google map, perjalanan ke sana sejauh 126 km dari Denai Alam.
Kuala Gandah ialah tempat pemeliharaan dan perlindungan gajah yang terletak di kawasan hutan Lanchang. 
Jadi, better isi perut kenyang2 ye anak4. 
Baru lah tak cranky meragam merengek yang ntah apa2 tu. 
Hihihi.... 
Jadi mak pun masak nasi lemak. 
Kebetulan pula, ada lebihan sambal tumis yang dimakan bersama laksa mee semalam. 
Macam biasa, nasi lemak resepi Azie Kitchen tetap menjadi pujaan hati mak. 
Mak modified sket untuk rasa lebih lemak dan lebih kalori. 
Hahahaha. 



 

Barang-barang yang diperlukan ialah santan kotak sekotak, halia, bawang merah, daun pandan, susu cair (mak tak letak sebab out of stock), serai sebatang (tak letak sebab tak de stok), garam dan gula.
Mak terpukau dengan keenakkan nasi lemak food truck di Denai Alam yang menggunakan beras basmathi. 
Sejak merasai nasi lemak peniaga itu, mak memang menggunakan beras basmathi untuk memasak nasi lemak. 

Cara memasak nasi lemak wow :- 

1) Rendam beras basmathi 2 pot selama 20 minit. 2 pot ni ngam2 saiz family mak Ila. 
2) Sementara itu, mayang bawang merah 2 biji dan halia nipis2. 
3) Ambil daun pandan di belakang rumah 3 helai, basuh dan simpulkan. 
4) Ketuk serai sebatang. 
5) Selepas 20 minit, toskan beras. 
6) Panaskan minyak sedikit. 
7) Tumis bawang merah dan halia tadi sebentar. 
8) Masukkan beras basmathi yang telah ditos itu. 
9) Goreng sebentar dan campak serai ketuk tadi.
10) Jika tadi 2 pot nasi, jadi pastikan cecair 2 pot juga dan ditambah 1 cawan santan. Ini memang sukatan asas nasi. 
11) Mak Ila modified untuk sukatan air ni ye .... 2 pot nasi + (1 cawan air + 1 cawan susu cair) + 1 cawan santan. 
12) Bubuh garam untuk rasa lebih berlemak 
13) Campakkan daun pandan untuk bau yang wangi. 
14) Kacau sebentar dan tutup api. 
15) Pindahkan periuk ke rice cooker. 
16) Tunggu..... 
17) Kacau sesekali supaya tiada mendakan santan di bahagian atas nasi sahaja. 
18) Dah siap, hidang dan makan le. 



Siap :) 
Kami anak beranak sarapan pada jam 7.15 pagi hari ini. 
Alhamdulillah. 
Usai makan, mak Ila pun buat sandwich sardin untuk dibawa bekal ke Kuala Gandah. 

Okey, selamat mencuba masak nasi lemak versi ni. 
Insyaallah memang akan masak dan masak lagi..... 
Bye..... 


Saturday, October 1, 2016

Basta Maxi designed by Alia B & Topgirl Blouses.


Ini cerita Khamis yang lepas. 
Pagi-pagi macam biasa buka Instagram. 
Tiba-tiba gambar ni lalu kat news feed ig mak Ila....... 
Owhhhh :)


Lama dah mak skodeng beg ni. 
Simple, cantik, sempoi yet classy look. 
Harga pun affordable dan masih boleh dibeli oleh mak Ila yang tak de gaji ni. Hahahaha. 
So apa lagi, mak pun check balance maybank account. 
Eh eh.... over cukup ni nak sopink2. 
So jam 11 a.m mak akan tunggu...

*
*
*
Tepat jam 11 a.m, mak Ila pun dok depan lappy. 
Sebab dah dua kali jadi, mak buka laman web untuk membeli pada jam 1.00 petang dan all item sold already.
Apakah? !! Huhuhu. 
Tu yang kali ni, mak terlebih semangat dengan harapan I will get mine. 
Sekali mak buka tepat 11.03 am tu, again all item sold out!! 
W** betul laaaaa. 
Sebab frust la jugak, mak sempat bagi komen kat ig sometime. 
Rupanya bukan mak je yang frust ok. 
Ramai yang senasib. 
Huhu.... 
Kawan mak kata, web ni just nak test market je kut. 
What ever.... mak still sedey la jugak. 
Btw, bukannya mak tak de beg lain. 
Cuma sebab dah lama skodeng kan.... tapi asik sold out je... so ini memang menjadi gangguan buat mak... huhu... 
Faham tak apa mak rasa? 
:) 

Okey, disebabkan rasa frust itu dan keinginan nak sopink mak pun tinggi.... , 
Daripada nak beli beg tangan, terus mak terbeli blouse la plak! 
Hahahahaha. 
Gila kan? 
Btw, dah lama dah I tak beli blouse online ni. 
Last few month asik skodeng blouse untuk ke UK je. 
Rasa macam asik rotate the same blouse je.... so mak sopink la yang baru. 
3 helai ... ok puas hati.
Hahaha. 
Beli kat sini - https://www.topgirl.com.my/
My favourite online blouse shop of coz la topgirl. 
Mak memang kaki topgirl sejak dari zaman study lagi. 
Sedap dipakai though rege boleh tahan jugak. 
So tema pilihan belian mak kali ni adalah beli warna yang rasanya tiada dalam almari lagi. 
Hahahaha. 
Taraaaa.... 


Peace yarwl...... 
Pastukan..... lebih kurang jam 12.50 tengahari, sedang mak tunggu boys pulang dari sekolah... 
Tiba-tiba kawan mak bagitahu yang dia dapat membeli beg dari web itu. 
Owhhhhhhh. 
Boleh la pulak!!! 
Omg omg..... mak nak! Tapi tak de duit !! 
Hahahahahaaa...... 
Tu la. Tadi sakan. 
Tup2 dapat idea..... why not I ask my beloved banker. Kut2 rela untuk sponsor. Hahahaha. 
*
*
4 minit later, wassup received dan dia setuju nak sponsor. 
Yeahhhhh apa lagi! Senyum sampai bintang laaaa mak! 
Cepat-cepat buka web - https://www.sometime.com.my/
Mak pun dengan semangat key in apa yang patut. 
Ooops hanya 3 warna sahaja yang available stock lagi. 
Grey, blue dan green moss. 
Again, pilih warna yang tiada lagi. 
Hahahaa... 
Done...... 
Tq la asben. 
I love u. 

Rezeki mak Ila hari tu murah...
Alhamdulillah. 
Tapi bila kira2, owhhh I spent almost rm500 today lol. 
Hahahaah.... 
Sesekali kut.... Bukan selalu kan. 
What a happy day..... 
Tak sabar nak dapat all ite ordered ! 
Tunggu.....

Monday, August 15, 2016

Banner motivasi UPSR 2016.



Hari ni hari Isnin. 
Dah menjadi kebiasaan hari Isnin, trafik ke pejabat ayah akan jem luar biasa. 
Jadi mak Ila dengan secara sukarela offer diri untuk menghantar boys ke sekolah. 

Pukul 7 pagi, mak pun memecut lagi. 
Kereta beratur bergilir-gilir turunkan anak di depan pagar murid. 
Tup2 terpandang akan sesuatu yang Wauuuu!
Banner 6A untuk murid-murid SKTBS. 
Terasa bahang UPSR .... 
Hari ini genap lagi 20 harI UPSR sebenar Azhad. 
Huhuhu..... 


Good luck anak-anak. 
Kuatkan semangat kalian di saat akhir ini. 
Doa banyak-banyak pada Allah SWT. 
Insyaallah rezeki 6A milik kalian jua. 
Amin.