AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Saturday, March 3, 2012

Kek 9th Annivesary & Andai Itu Takdirnya Review Part One.


Entry tertunda....
Malas tahap gaban melanda jiwa mak malam tadi. 
Tak de apa yang istimewa berlaku...
Cuma malam tadi ada acara makan2 kek sempena annivesary ke 9 tu jek. 
Hihihi....

Kek kali ni mak tempah dari kawan lama mak kat UIA dulu, Naemah Mohd Yusop. 
Gara2 kerajinan dia mengupload gambar keknya di facebook, mak terpanggil untuk merasainya. 
Nak buat malas yer!! 
Tahun ni satu biji kek pun mak tak pernah bakar lagi. 
Tak tahu lah kenapa..... mungkin jadual padat dan yang paling tepat adalah mim alif lam sin :) 

Disebabkan mak bukanlah orang yang particular akan flavor kek; jadi mak hanya beritahu Naemah - ikut suka ko la... janji coklat :) 
So dia buatkan mak kek coklat moist. 
Sedap....sangat lembut!! Murah lagik!! Terkejut mak tau!
Seriusly boleh direcommend pada kawan2.....
Naemah pun tinggal tak jauh dari rumah mak.....sekitar Shah Alam juga.
Lagi lah mudah jika selepas ni mak nak tempah kek, cheese tart atau pastri etc. 
Jika ada yang berminat nak tempah kek dengan dia boleh la call direct Naemah - 0192191909 atau add fb nya Naemah Mohd Yusop. 
Thanks Naemah...... 



Dan hari ni mak tak keluar shopping pun. 
Hihi. 
Pakcik sibuk entertain client dari Arab. Jadi sah2 la mak dan anak4 hanya menghabiskan masa di rumah jek. 
Hari ni, anak2 mak tak nak baca buku pun. 
Walhal ujian formatif sekolah kebangsaan satu Selangor bermula Isnin ni. 
Mmm kata anak2 hari ni nak cuti.... esok baru start buat ulangkaji. 
Mak ikutkan aje. Sebab mungkin mereka pun stress dan letih sebab baru je tamat exam sekolah agama last week. 

Gara2 tak pi mana dan anak pun tak nak belajar...
Jadi mak banyak habiskan masa mak dengan membaca novel. 
Huhuhu..... 
Sepatutnya kemas2 rumah since mak mertua nak mai minggu depan. 
Tapi tu lah dia.... malas lagik. :)
Hihihi. 

Mak tatkala ni sedang menghabiskan novel ini ......
Andai Itu Takdirnya hasil karya Siti Rosmizah dan terbitan buku prima. 
Novel hasil karya seorang peguam ni betul2 hebat!! 
Mak betul2 dibuai perasaan.... 
Terasa sungguh betapa sedih, stress dan gembiranya watak dalam novel ini. 
Tahniah kak peguam....
Pena anda betul2 mengkagumkan saya...... 


Novel ini bukanlah novel baru. 
Infact ramai dah kawan2 mak yang membacanya. 
Mak dapat idea untuk membeli novel ini dari rakan facebook mak .....
Rasanya ada lebih lima orang yang mencadangkan mak untuk membacanya. 
Novel lama tapi dek kerana "novel terlaris" jadi ia asyik diulang cetak..... 
Jadi untuk kita dapatkan di kedai buku itu bukan satu masalah. 

Kat sini mak nak buat sinopsis dan review ringkas tentang novel hebat ini.

********************************

Kisah seorang gadis hebat selaku heroin - Nur Aleya Idris pastinya cantik, putih, lembut tapi kuat jiwanya.
Dia berasal dari kampung Ayer Paabas, Melaka merupakan graduan universiti terkenal di UK. 
Sejak dari awal zaman study dia sudah mencintai dalam diam (tapi tak pernah terfikir nak sampai berkahwin)  suami yang tersengaja dikahwininya - Syed Adam Aizril; seorang yang pastinya handsome, kaya playboy dan sentiasa prejudis akan orang miskin atas hasutan bondanya. 
Ada sebab mengapa bondanya begitu..... 
Actually since di UK lagi Aizril ni ada hati dengan Aleya.
Huhuhu.... Aleya antara top scorer batch dia... Cantik plak....for sure lah Aizril ada rasa adore jugak akan dia.
Tetapi kerana ego yang sangat tinggi dan rasa prejudisnya itu, perasaan itu diignore oleh Aizril walaupun dia tahu yang Aleya ada ciri2 wanita idaman semua lelaki. 
Balik je dari UK, Aleya bekerja di syarikat milik Aizril secara tak sengaja. 
Kesempatan ini, di gunakan Aizril untuk membalas dendam pada Aleya yang pernah memarahinya ketika membuat assignment bersama Aizril di UK dulu. 

Nak dijadikan cerita......
Aleya dan Aizril ditangkap basah kerana diperangkap oleh sahabat baik Aizril sendiri, Faizal. 
Hancur impian Aizril nak beristerikan sepupunya, Sharifah Emilin - gadis yang ngada2, tak tahu malu, gatal, merenyam, tak nak menyerah kalah dan merupakan junior setahun Aleya dan Aizril (ciri2 standard wanita kaya gedik gitu).
Aizril dan keluarganya merasakan Aleya sengaja memerangkap Aizril supaya dia yang susah itu boleh menumpang senang Aizril.
Aleya hilang segalanya. 
Hilang ibu, ayah, adik2 dan kampung halaman!!
Perkahwinan itu menyebabkan Aleya disiksa hebat oleh Aizril.......
Semua di lalui sendirian...
Hanya seorang jek yang membantunya iaitu sahabat dunia akhiratnya - Umairah. 
Tak lama kemudian mereka berdua dibantu oleh kawan study mereka; Ikram - yang tak lama kemudian jadi suami kepada Umairah.
Huh part ni memang air mata mak tak leh tahan.... 
Sangat sedih ok!!
Gila2 sedih.....
Emosi mak time nih betul2 di torture habis2an. 
Hihihi...... 
Aleya wanita hebat yang ada pegangan agama yang hebat tak mudah melatah..... 
Sabar ....
Semua dugaan dan cabaran yang melanda hanya pada Allah dia mengadu. 
Mak seriusly kagum akan watak Aleya ini. 

Mmm mak rasa cukup untuk part 1 ni. 
Mak sambung esok lak yer.... 
Hihi... 
Mak perlu offline untuk beri masa mak buat anak4. 

Okey.... 
Da da .... 






Friday, March 2, 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah --- Happy 9th Annivesary


Ni entry semalam sepatutnya!! 
Tapi semalam mak sangat letih kerana kelam kabut nak settlekan jualan diskaun 15% kedai online mak sempena annivesary mak yang ke - 9. 
Hihihi..... kebetulan lak tarikh annivesary tu jatuh di saat mak memang desperate nak guna cash untuk bayar supplier.
Mak kekurangan duit sket untuk biaya kos stok baju baru nak masuk lagi 2-3 minggu. Hihihi..... 
Alhamdulillah sale semalam benar2 membantu dan mak pun dah berjaya membayar supplier tersebut. 
Hanya hari ini jadual mak lebih rilek dan santai. 
Hari untuk rehatkan minda dan badan .... 
Sambil2 tu leh la layan blog kawan2 mak dan blog sendiri. 
Hihi..... 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan mak dan pakcik yang ke 9. 
Mmmm rasa baru jek kawin! 
Cepat benar masa berlalu. 
Dari slim hingga dah gedempol dah mak ni haaa..... hihi. 

Apa pun, 
Sempena hari barakah, mak sempat panjatkan syukur mak pada Allah SWT kerana lelaki yang muncul dalam petunjuk istikharah mak adalah lelaki yang sangat sesuai buat mak. 
Benar2 pelengkap hidup mak yang kekurangan!! 
Mak taufan dia cuaca normal... hahaha. 
Mak panas dia sejuk.... 
Mak panik dia cooool !! 
Mak malas dia rajin....
Mak becok dia hanya cakap bila perlu. 
Hihihi..... 
Banyak lagi.... malas nak type daaa. !!
 Mak juga berdoa semoga jodoh mak dan pakcik berpanjangan hingga ke akhir hayat. 
Moga pakcik dan mak lebih bersabar mengharungi hari mendatang yang tak pasti bagaimana rupa cabarannya, waallahu'alam. 
Mak harap juga moga iman mak dan pakcik kian bertambah walaupun mak tahu iman itu yazid wa yanqus (bertambah dan berkurang).
Mak berharap lagi agar umur mak dan pakcik panjang..... dipelihara keselamatan dunia dan akhirat.... 
dan ....
semoga apa saja yang kami buat sentiasa diredhoi dan diberkati Allah swt. 
Amin.... 

Mak tak masak beria pun semalam. 
Hanya buat laksa penang kesukaan pakcik aje. 
Hihi. 
Sangat2 busy!!
Minggu ini minggu peperiksaan sekolah KAFA. 
Minggu depan plak minggu peperiksaan sekolah kebangsaan. 
Disebabkan itulah, annivesary kami tak disambut dengan jamuan kecil apatah lagi jalan2 makan angin. 
Selepas semua yang penting selesai, barulah nak difikirkan ke mana mahu pergi .... 
Itu pun jika mahu :) hihi.... 
Tapi, malam ni insyaallah tetap jugak nak memotong kek. 
Wajib ada kek!! 
Cukup sekadar makan kami 6 beranak aje. 
Apa2 pun yang penting syukur, Alhamdulillah. 



Saat debaran - aku nikahkan dikau .................



Upacara pembatalan air sembahyang dibuat di rumah..... huhuhu... 
p/s - inai mak itam legam. inai pokok + inai jln mesjid india!! tahu2 itam legam. hahahah!!







The best moment in my life ............. :) Time ni tak ingat yang mak akan sit for final exam lagi seminggu setengah jek.... paper paling susah adalah semester ni lah!! huhu.



Mmmm what a wonderful day...... Windu sangat!! 



Note for the husband - 
I love you... 
Thanks because jadi husband saya yang baik lagi bersabar. 
Walaupun kini dikau kuat membebel akan daku, tapi aku tetap sayang akan dikau. 
Hope jodoh berpanjangan sehingga mati.... 
AMIN. 





Tuesday, February 28, 2012

Kegilaan Baca Novel.

Bulan Februari 2012, mak memang ada hobi pelik dan baru. 
Hobi ---- BACA NOVEL CINTA!! 
Dolu2 pun suka.... tapi agak bertahun sudah hobi ni di tinggalkan. 
Tup- tup eh suka la plak :D
Tak tahu lah kenapa... tapi tu lah yang terjadi. 

Semua ni mungkin berpunca dari drama bersiri Bicara Hati siaran Astro Prima setiap selasa agaknya. 
Hati ini terlalu penasaran untuk tahu apakah kesudahan drama yang mencuit hati batu mak ni. 
Sewaktu mak gila dengan drama itu, mak pun pulang ke kampung hubby di Jerteh. 
Nak jadi cerita terjumpa plak novel Bicara Hati simpanan adik beradiknya.


 

Wahhhh apa lagi!! Sakan membacalah!! 
Hati berbunga-bunga... indah hidup di alam khayalan.... berangan jika hidup ini seindah novel; wah romantik lagi bahagianya!! Hahaha. 
Tu la dia penangan novel cinta!! 
Sejak jadi hantu novel, mood mak rasa stabil jek... ekeke.
Hinggakan bila novel Bicara Hati ni tamat dibaca, mak rasa macam kehilangan sesuatu plak eh. 
Huhuhu!! Haru betul... 
Jadi inilah peluang untuk mak membeli novel lagi ... hihihi,.... 


Jadi, mak pun membeli dua buah novel lagi hasil tulisan Fauziah Ashari. 
Novel ni dibeli secara online dari penulisnya. 
Mmm siap dengan ada signature dan kata-kata puitis beliau lagik!! 
Huhuhu... terharu jugak kerana penulis mahu melayan kerenah pembaca amatur ni. 
Mak memilih novel ni selepas membaca review dari mereka yang telah membelinya terlebih dahulu. 
Cinta Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku.....
Owh best betul......!! 
Dua novel ni adalah kesinambungan Ombak Rindu yang telah difilemkan baru2 ini. 
Mmm novel yang buat mood mak turun naik!! 
Tapi tetap nak baca jugak sebab memang best.... 
Huhuhu... 
Tak tahu nak cakap apa.... Just to say - I love Hariz and Izzah. 
Hihihi.... 
Harap percintaam mak dan asben mak sekuat cinta Hariz dan Izzah .... amin. 
Untuk entry later2 mak wat lah sket review 2 novel ni ya!! 
Insyaallah.




Dan kini, mulai esok, bacaan baru mak adalah novel lama tapi hot - Andai Itu Takdirnya. 
Novel ini hasil nukilan Siti Rosmizah; peguam muda yang berbakat. 
Mak beli novel ni atas saranan ramai kawan2 facebook mak.... 
Mmmm dengar komen2 mereka yang novel ini mampu buat kita menangis, sedih, tak tidur malam etc memang buat hati mak nak membacanya sendiri. 
Okey, tak mau komen lebih2..... 
Nanti mak dah habis baca, mak try buat entry novel review.... 
Boleh la jadi info kat kawan2 .... 




Hihi..... 
Dalam sibuk2 mak ni, mak masih sempat membaca novel kan? 
Pelik tapi tu la dia .... 
Sambung di entry lain plak... 
Da da ............ 


Friday, December 9, 2011

Morib Gold Coast Part 2



Okey, entry sambungan jalan2 Morib......
Hari kedua, awal2 pagi lagi kami dah bangun. 
Mind set kanak4 ni bangun awal2 nak mandi kolam la.... ekekeke...... 


Jadi seawal jam 730, kami dah turun breakfast. 
Sangat luar biasa jika dibandingkan kebiasaan; sekitar 10.00 pagi. 
Ahaaaa. 
Cepat terjun kolam, cepat la habis. Maka cepatlah pulang. 
Mak risaukan keadaan Awatif. 
Tu yang rasa ok je balik Shah Alam awal. 


Kami adalah orang kedua terawal yang masuk kolam hari tu. Hihihi....
Semangat kan? 
Apa2 ni several pic buat kenangan dan info rujukan buat pengunjung blog :D


Kona kanan - lif nak panjat bilik..... Kona kiri, langsung ke water park entrance. Kids yang malas dah nak bergambar..... Depa tak sabo nak masuk daaaa ..


Amik!! Adham menguap beso!! Awal tuh..... 


Awatif yang tak sihat pun tetap berjiwa besar untuk terjun kolam.



Lorong menuju water park entrance..... Kiri kedai alatan mandi..... Kanan adalah kedai runcit. 



Ayah sedang beli tiket buat kids..... rm25 dewasa. rm15 buat kanak2. Untuk guest hotel, though stay 7 hari sini, water park entrance hanya rm25 sahaja. Janji tag di tangan tak dibuang ya. 


First impression......

























































































Okey..... tu aje. 
Mak tak dapat nak bebel lama2..... 
Kids masih belum stabil.... 
Biarlah gambar yang bercerita suasana hari kelmarin :D 
Seronok..... puas hati dan sangat2 gembira. 
Memang mak menyimpan hasrat nak datang lagi.... 
Wiiii woooo :D 
Sebelum balik, last pic taken..... 
Hhihihi....
Muka ayah dah monyot...sebab serangan ceri beri dah mula menyerang dia. 




Bye..... 


Morib Gold Coast Part 1


Alhamdulillah percutian yang mak rancangkan last week at last berjaya juga. 
Memang seronok betul especially kids..... 
Jelas tergambar betapa anak4 mak gembira..... 
Start dari jejak kaki ke resort tu hinggalah pulang dah macam orang tak tentu arah jek..... 
Sindrom terlebih happy aka excited. Hihihi. 
Terima kasih pada hubby aka ayah yang belanja percutian kali ni ... :D


Tapi tatkala mak memblog ni, satu isi rumah tak sihat - anak4 masih tido..... 
Badan depa letih gara2  muntah, ceri beri dan tak selera makan ...... 
Huhuhu.....
Semua kena kecuali mak jek.
Punca utama tak diketahui lagi. 
Sebelum bertolak, Awatif dah start muntah2 dan cirit birit....... 
Hingga nak balik dari hotel esoknya pun tak reda jugak.....cuma ada berkurangan selepas ambil ubat dari klinik. 
Alhamdulillah tak lembik gila..... cuma Awatif agak kurang aktif dari biasa jek la. 
Sampai di hotel, hubby lak seperti nak kena sindron yang sama, tapi tak la muntah2..... lenguh2 badan. 
Tapi, dia still leh layan anak4nya yang excited itu..... 


Malam tadi, dah nak masuk waktu tidur, habis 3 anak mak yang lain start muntah, cirit .....
Hohohoho.....
Awatif dah ok..... yang lain lak sambung. 
Hati mak makin tertanya-tanya puncanya......Cirit - birit pun boleh berjangkit ke? Cooking utensils tak hygiene?  
Tapi mungkin terlalu letih pun ye jugak.... 
Tertelan air kolam yang banyak klorin pun ye jugak....
Atau memang food poisoning wallahu'alam. 
Tapi hairan jugak sebab mak tak kena plak. 
Kalau mak kena tak tahu la.....
Harapnya lewat petang Jumaat yang barakah ini, kesihatan anak mak4 dan hubby beransur baik. 
Kalau tak, memang kena follow up hospital jugak la. 


Berbalik pada tajuk utama entry kali ni  ok...... 
Kami sampai ke Morib Gold Coast  7/12/2011 jam 430 petang...
Cuaca tak hujan..... redup petang dengan udara yang menyamankan. 
Owwwhhh best!
Actually, percutian ni pada mulanya mak booking through cuti.com.my.
Tapi disebabkan confirmationnya lambat betul, mak pun jadi risau tak dapat bilik.... langsung 3 hari kemudiannya mak booking direct aka call dengan pihak hotel tu sendiri aje!
Senang koje!
Hihihi.....
Mak bayar cash guna M2U transfer rm290..... so dapat bekpes 2 org free + 2 water park entrance.
Kalau thru cuti.com.my, hanya ada breakfast free sahaja. No water park entrance okey......
Kalau bayar pakai kredit kad direct thru hotel lak, dapat 2 bekpes free + 2 water park entrance + 2 dinner.
Tapi, kami memang tak pakai kredit kad, jadi tak dapat la akan dinner free itu.
Alahaaii tak kisah lah tu kan ..... :D
Resort pun tak penuh sangat memandangkan hari Rabu kan.... Just ada sekumpulan gov staf yang sedap berkursus di situ je.....
Kami memilih area ni sebagai memenuhi hajat kids yang nak mandi kolam....
Last two weeks, jalan2 Penang kan.....
Time tu kids tak berkesempatan nak mandi kolam pun sebab time yang limited.
Jadi, inilah destinasi yang kami rasa suit dengan kehendak mereka....
Dekat, murah dan best!!
Info lanjut tentang resort ni leh layari web ni ya - MORIB GOLD COAST



Excited anak4 mak ni kan.... Awatif though muntah2 dan cirit2 time tuh tetap berjiwa besar nak pi holiday mandi - manda.... huhu....



Syawal Azhad & Syawal Adham.....



Udah terlompat-lompat kat lobby sementara tunggu ayah check in...... Tu cara anak4 express their excited feeling. 



Sarah Awatif....... 



Usai proses check in, kami pun naik ke bilik..... 
Bilik kami memang tinggi... TINGKAT SATU.... ekekeke..... 
Macam biasa, masuk je bilik kat mana2 resort atau hotel, kids4 memang akan semakin excited..... ekekeke....
Macam2 benda yang depa kagumkan.... 
Time ni memang ayah dan mak akan tersengih tengok gelagat anak4.... 
Ekekeke..... 
Deko suite ni memang simple je. Tapi nampak cantik sangat. 


Katil in the suite..... 



Our spacious room balcony. Tak dapat bilik yang ngadap water park.... Tapi ngadap parking. Jadi memang tak bising la.... 



Jacuzzi in the bathroom..... Best!!!  Ada tingkap besar Bali concept. Cuma apa yang tak best sket tentang tingkap ni, my kids skodeng mak mandi through tingkap tuh. Nakal.... Ekekek. 



Resort ni resort baru..... 
Jadi semua kelengkapan memang cantik dan bersih lagi. 
Jadi memang happy betul la menginap di sini though resort masih tak siap sepenuhnya lagi.
Nampaknya Pantai Morib memang dah naik taraf.....
Kalau tak, memang tak best langsung dah rasanya!! 
Sekarang, macam banyak je projek hotel nak naik area nih..... 
Tu yang tetiba jek teringat akan arwah Dato' Sosilawati yang dibunuh selepas tengok2 tanah sekitar sini...... 
Time tu kami macam pelik, wat apa la nak beli tanah area sepi nih... !! 
Rupa2nya ini lah dia.... 
Projek pelaburan hartanah resort2....hotel2....Memang lumayan..... !
Huhuhu......
Al fatihah buat arwah dan rakan2.


Usai solat asar, kami jalan2 di pantai dan sekitar resort. 
Apa lagi, aktiviti snap2 gambar, minum air kotak dan kunyah kekudap.... ekekeke. 
So, biar gambar menceritakan segalanya...... :D
Jadi tak perlulah mak bebel banyak kat sini... 
Ekeke.


 Mak, awatif dan adham..... Belakang adalah restoran terapung.... Malam2 kot bukanya.... Wallahua'lam.... 


Sarah Aisyah makan roti kolat :D 



Syawal Azhad ...



Mak pun bedal roti kolat gak..... Lapo ooo 



Turun menghampiri pantai Morib yang surut......



Kami menghampiri restoran terapung itu..... Sayup kelihatan Pantai Morib yang surut jauh airnya..... Tak pi dekat.... sebab letih sudah..... 


Then, sesudah snap several pic di area pantai, kami pun move ke sekitar depan lobby resort plak.....
Kami tertarik dengan deko roundabout hotel ni..... Ada pokok ala2 i city la plak..... ekekeke.
Jadi apa lagi....snap pic la lagik!!!




Omak pun nak join jugak..... 



Macam2 ragam!






Udah manjat pokok la plak eh!!! Lantakkan!! 



Usai bergambar, kami pun naik atas..... 
Aisyhh apa lagik!! Terjun jakuzzi daa.... 
Ekekeke.... 
Semua terjun kecuali Awatif. 
Best!! 
Kami memang la jakun, since ni pes time kami menginap bilik yang ada jakuzi private. 
Hahahaha....... 


Tapi orang paling excited mamat ni la!! Dolu2 dia yang paling penakut dengan air dan kolam....... 








Letih2 berjakuzzi...... apa lagi, perut pun lapo. 
Sesudah maghrib, kami pun keluar makan di jalan on the way ke Banting. 
Nama restoran Faaizal Tomyam. 
Rasa leh tahan la.... 
Tapi, sian Awatif. Dia termuntah kat sini.... 
Huhuhuhu..... 
Sian dia.... tak leh nak telan apa.... semua keluar. 


Pas makan, kami pun balik bilik... 
Malam tu tido awal since esok nak bangun awal..... 


Kisah esoknya mak jot down later ok.... 
Tu baby dah berbunyi.... 
So nak settle apa yang petit terlebih dahulu.... 
Da da.......