AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, July 19, 2010

Maid Kami Balik Kemboja Dah.

Ahad 18 Julai 2010 maid kami pulang ke negaranya......
Genap 8 bulan setengah laa dia di negara ini....
Maka, keperluan aku to have a maid pun sudah selesai sudah.....
Jadi hari Sabtu lepas, aku pun rajin la untuk memasak.
Tetamu jemputan aku as usual pastinya adik ipar aku, Mira sefamily dan Shafiq.
Aiii makan2 ni sempena apa ek?
Kononnya nak masak sedap dan beria laa sket sempena kepulangan si Mariyas, the bibik.
Kononnya lagi, sian kat dia nanti dah balik Kemboja tak dapat makan banyak seperti mana mewahnya di Malaysia.
Kesian kat dia jugak sebab since dia stay dengan aku, aku memang tak masak meriah2 pun.
Aii macam ner nak meriah masakannya eh?? Aku pun tak larat gara2 pregnancian aku laa.
Dan lagi plak my hubby on diet.....
Lagi laa demotivated nak masak sedap2 kan. Huhuhu....
Dalam dok kalut2 tu sempat laa hubby snap antara juadah makan tengahari Sabtu tu.....
Sebenarnya tak laa meriah tara mana pun.
Tapi bagi aku memang menyelerakan.
Tu pasal aku as tukang masak juadah2 ni menambah nasi!! Hahaha!!
Dengan kata lain, perasan sedap laa ek.
Hahahaha!!


Sup tulang segar, siakap sweet sour, kailan goreng, limau bali, tembikai dan air sarsi.


Dan petang tu, setelah jamuan makan tengahari selesai, kami sefamily soping kat Giant.
Tader apa nak beli pun.....lebih kepada teman bibik soping buah tangan buat keluarga dia.
Dan aku plak memang amik kesempatan nak bawak Aisyah buat pertama kali ke sana.
Dan hasilnya adalah - SERABUT!!
Hahahaha!!
Maid aku beli baju dia, baju anak dan adik2nya.....
Terpancar wajah cerianya!!! Kalau tak muka sedih dan kesian jek.
Aiii gara2 dia rambang mata, jadi soping kami Sabtu petang itu memakan masa yang lama.
Dan for sure laa Aisyah tak leh tolerate sudah....
Dan dia menjerit laaa!!
Ekekeke.....
Panik aku oo!!!
Jadi ayahnya Aisyah pun trus buat kesimpulan yang next time Aisyah tak leh pi soping dah. Hahaha!!
Ayah Aisyah memang cekap bab buat kesimpulan nih.....
Kena tunggu Aisyah besar sket then baru okey laa nak jalan2 ni.
Tapi macam ne nak soping raya ni ek???
Aaaa online laa nampaknya eh!!
Mmmm sedih laa plak .....


Bibik, aku dan Azhad.....Interprem dari belakang je ek.....Bila masa hubby snap this pic pun aku tatau daaaa.


Dan bila Ahad tiba.....
Maid menten beres mop lantai satu umah, sidai baju dan lain2 keje as usual.
Cara dia buat keje tu, memang nampak dia berat hati untuk pulang....
Yer ke eh?? Aku jek perasan kot kan??
Around kol 1030 runner agen pembantu rumah kami datang untuk mengambilnya ke LCCT.
Mmmm awal sejam dari yang dijanji...akibatnya terpaksa la si runner menunggu maid aku bersiap.
Aii aku sendiri pun still tak mandi pagi lagi. Hahaha!!! Biasa laa kan Ahad adalah hari rileks2. No rushing.
At last, maid pun ready. Mmm berbaju blouse dan seluar baru.
Cantik laa jugak tapi quite spoil coz dia pakai tudung merah laa plak. Hehehehe...
Tak kisah lah tu....itu adalah lebih baik dari dia tak pakai tudung kan.
So sebelum balik, dia mintak ampun dari aku.
Syahdu laa jugak coz macam ner dia suka tengok tv kat umh aku ni pun; dia jugak banyak tolong aku especially time aku bersalin hari tu.
Dan anak2 laki aku rileks jek.....Tapi,
Anak perempuan aku, Awatif punya laa melolong nak ikut !!!
Aiyaaa sabo jek laaa.
Then aku suruh hubby bawak dia pi soping coklat kat 7 eleven.
Mmm langsung tak ingat dah kat maid yang tekun melayan kerenah dia hari2.
Maka bermula la jadual baru hidup kami sekeluarga tanpa bantuan maid....
Everything diberes sendiri.....
Dan sekarang suami dan isteri perlu saling bantu membantu...
Apa2 pun aku sentiasa berdoa moga diberi kekuatan hati untuk meneruskan perjuangan hidup membesarkan anak4 tersayang.
Moga usaha kami diberkati Allah SWT.
AMINNNN.......


Antara kenangan 2010 yang tinggal bersama dia. Thanks Mariyas......

4 comments:

  1. 4 dah anak ko ila..caya lah....
    alahai..pasni mad ko tak dtg msia balik ke?

    ReplyDelete
  2. selamat maju jaya tanpa maid..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam saya berminat nak tahu pasal maid kemboja ini. Siapa saya perlu contact untuk dpt info dan kenapa puan tak guna khidmat maid ini lagi? -mas (masrita_m@yahoo.com)

    ReplyDelete
  4. ILA > SU - ha ah 4 dah anaknya. hehehe...tara ni je la pun. pas ni tader dah. dia tak mau mai dah. dia kata tak best....hahaha....aku pun tak kisah....

    ILA > KAK IEDA - tq kak...harapnya begitu laa. Yang penting jiwa tenang.

    ILA > MAS - salam mas... leh contact ustazah sahida - http://pembanturumahislam.blogspot.com untuk info lanjut. Saya terminate dia awal sebab saya dah benti keje dan rasa tak perlukan dia dah. Kerja umh saya pun tak banyak mana.asalnya plan nk suruh dia keje kt ujh org lain, tapi dia tak nak. then decide nk blk kg trus. so balik laa...senang cerita.

    ReplyDelete