Ni kegilaan terbaru mak pepagi :)
YES CAPTAIN siaran astro 393.
Mak tak tahu waktu siarannya yang sebenar.
Tapi untuk waktu yang sesuai dengan mak - selasa, rabu dan khamis jam 755 pagi - 850 pagi.
Huhuhu.
Sambil2 breakfast sambil2 melayan citer Korea nih.
La ni baru siaran episod ke 9 jek.
Rasanya last drama Korea yang mak layan adalah Autum In My Heart.
Kalau tak silap sekitar tahun 2002 lah kot....
Hahahaha. Gila lama!!
Zaman uia dolu tuh.
Lepas tu ... mak pun tak tahu la apsal tak tengok2 dah cerita Korea sehinggalah tertengok si Yes Captain last two weeks.
Cerita ni macam ala2 cerita ciyaki jepun masa zaman mak kecik2 atau drama Melayu Awan Dania :)
Dunia pilot kapal terbang, pramugari dan company penerbangan.
Hero cerita ini Ji Jin Hee sebagai kapten Kim Yoong Soon.
Heroinnya plak Gu Hye Sun sebagai pembantu pilot Han Da Jin....
Mmmm biasalah kan pasti ada konflik cinta dalam kisah ni.
Si kapten jatuh hati akan pembantunya.....
Dalam waktu yang sama, kekasih lama kapten selaku ketua pramugari di situ nak kembali kepadanya.
Dan lagi admin syarikat penerbangan pun ada jugak yang terminat dan terobses dengan si kapten nih.
Huhuhu.....
Tapi rasanya yang paling comel pastilah kapten bersama pembantunya.
Alamak... tak leh cerita dah.
Baby aisyah dah ternangis plak....
Sambung esok plak
Da da......
Kalau minat jugak... jangan lupa menonton ya...!!

huhuhu ai pun layan gak citer ni...dah tertinggal banyak episod sejak kelik ke malaysia ...mesti sweet si kapten jatuh hati kat pembantu dia tu...kapten tu dah luah ke perasaan kat pembantu dia tu...?? citer ni main kul 9 mlm tetiap ari senin ngan selasa kalau tak silap...
ReplyDelete