Lama tak memumble dalam ni. Aku busy sket lately. Hikhik...Apa yang mokcik busykan ntah laa ek!!! Khamis ni aku ada interview. Tu yang kena study2 sket la. Hikhik....Dah terlalu lama tak aktif2kan diri dengan interview2 ni. Mmm cuma kali ni interview informal laa. Haaa keje apa tu yer?? Hahaha!!! Saja2 nak isi masa lapang aku....tu yang aku saja2 gatol nak jadi property agent. Hahaha!! Main suka2 hati aku je....Tapi aku memang seriusly minat property. Pas ni ada gang2 yang nak jual umah @ nak cari umah secondary market boleh laaa contact aku yer!!! Cewah....cewah cakap tu macamkan confirm diterima kerja je haku ni!!! Hikhikhik....
Untuk entry kali ni, aku nak highlight koleksi masakan dan santapan aku. Hahaha!! Kira2nya ni first entry masak2 di bulan Ramadhan ni yer!! Sebelum2 ni aku malas nak menginterpremkan makan2 kat dalam ni pasal menu repeatitive. Hikhikhik..... Kali ni ntah laa tetiba je rajin nak snap2 gambo. Rasanya mungkin pasal semalam tu aku tak bersahur agaknya. Tu yang tengok makanan je teruja terlebih. Ngeh..ngeh...ngeh!!! First time tu tak bangun sahur!! Sib baik laaa lewat malam tu aku sempat jugak membedal roti bakar dengan air pepsi.....ekekeke....!!
Menu malam tadi basically nak ngabiskan stok dalam peti. Ekekeke..... Ideanya semua aku dapat dari sifu Kak Hanieliza yang kini dah menjadi selebriti popular. Wah bestnya dia....!!! Plan aku nak masak kerabu daging. Tapi malas plak nak ke kedai untuk membeli daun ketumbar. Tu yang switch the menu planned ke daging masak itam laa plak. Alhamdulillah okey je rasanya. Lauk pauk aku bulan puasa ni dihakimi si Azhad...hahaha....kalau kurang garam; dia suruh laaa mamanya ni top up garam. So far mulut dia memang tip top laa bab2 merasa ni. Hikhik.....
Okey laaa, ni laa menu semalam; Daging Masak Hitam, Ikan Pari Bakar, Kuih Tepung Talam Pandan, & Terung Rebus cicah Budu. Hahahaha!!! Boleh klik kat link situ untuk resepinya yer....
Daging masak hitam with olive oil. Tu pasal dia less oil. Stok minyak masak sawit udah habis daaa.
Pari bakar
Terung rebus. Budunya tak interprem. Tak dan dah nak iftar. Hikhik.....
Dan ini kuih talam. Tak berapa nak hijau coz guna pandan yang baru bertatih nak subur je. Hahaha!! Pewarna tader so tak bubuh la. Dan kuih ini senget2 pasal aku potong time dia masih tak betul2 sejuk. Hikhik....Kes tak sabo laa tu. Tapi memang smooth laa. Tak keras tak lembik. Rasanya pun sedap ala2 jualan di kedai. Sebab tu kena ikut betul2 sukatan Kak Liza tu. Nanti leh buat lagi. Lapis gula merah pon sodap!!!
No comments:
Post a Comment