Terlalu lama menyepi......
Sibuk dengan hal anak4 dan macam2 lagi.
Bukan tak ingat nak jot down memori. Sentiasa ingat kerana hari2 ada cerita baru.
Tapi tu la dia........
Mak berkejar dengan masa.
Huhu....
2 minggu lebih dah berlalu sejak mak tahu tentang itu.........
Dan lebih 2 minggu jugalah mak tak tahu apa yang mak mahu...........
Ayah berjaya dapat ni.....
Alhamdulillah sangat dan tahniah buat ayah..........
Hujung tahun lepas, mak sarankan ayah untuk sambung belajar gara2 tekanan kerja office yang memang memeningkan.
Mungkin dengan belajar, ayah boleh berehat sebentar sambil buat apa yang ayah suka sambil upgrade level pendidikan sambil mencapai cita2 ayah juga. (oiiiii bahasa apakah ini? haha)
Tapi betulkah less pening? Ntah2 makin pening. Hahahaha!!
Tapi betulkah less pening? Ntah2 makin pening. Hahahaha!!
Sebenarnya idea study2 ni muncul semenjak mak sekeluarga dikunjungi sepupu mak yang sedang menuntut PHD di University Adelaide. Macam2 yang dikempen kat kami, supaya sambung study.
Hahahaha.....
Dah memang kebetulan pun ayah memang lulus untuk sambung study bila2 je..... dengan syarat ayah mahu dan mampu.
Jadi hujung tahun lepas, mak pun membantu ayah intai lubang2 study yang ada di Malaysia.
Banyak juga link yang mak email kat ayah untuk dia baca, tapi satu pun tak menarik perhatian.
Jadi sedar tak sedar, muncul lah cerita untuk fly ke luar negara kembali................
Ayah mohon PHD di University Sheffield.
Ini university undergrad ayah.....
Ayah apply phd tanpa master sebab result undergrad ayah 1st class owner dan ayah pun dah ada experience dalam field work 15 tahun.
Jadi, supervisor dicari....... Application diisi.....
Dan
Yes ayah dapat.
Okey, tapi terpaksa cari sponsorship dolu ya.
Tapi, 2 bulan kemudian, Uni Sheffield mohon ayah reapply kembali kerana supervisor ayah tu meninggal dunia la plak....
Huh!!
Terkejut jugak sebab tak pernah kami fikir.
Huhuhu!!
Jadi, ayah pun mencari la supervisor baru. Perlu yang lebih muda.... lebih sihat dan lebih bermotivasi ok.
Dan dalam misi pencarian supervisor itu, ayah berminat dengan seorang Dr muda.
Ayah masih dalam stage beremail dengan beliau.
Dan apa progress terkini tu mak tak tahu...........
Hihihi.......
Disebabkan kami bukan gang gomen dan KPT, jadi Mara la source terbaik untuk mencapai cita2 itu.
Ayah memang ada rekod baik dengan Mara since Mara memang penaja ayah sewaktu ayah study undergrad dolu.
Kali ni ada inteviu ok.
Lokasi inteviu ayah adalah di KKTM Beranang.
Dan hasilnya....
Alhamdulillah ayah memang berjaya dan tawaran ini sah sehingga hujung April 2015.
Phd ni boleh masuk bila2 je. Sukati la nak masuk bila ok.
Mak dan anak4 tumpang happy juga pada mulanya.
Tapi sejak keluar result itu, macam2 yang bermain di fikiran mak ini.
Mara tak sponsor wife and anak-anak ok.
Kami ada empat orang permata hati.
Boleh tak bayang betapa kuatnya semangat ayah dan mak jika ayah jadi sambung belajar ni nanti.....?
Hohoho.....
Sambung belajar bagi keluarga kecil mak ni bukan sesuatu yang percuma.
Banyak yang perlu dikorbankan.
Jawatan dan segala benefit yang diberi, duit saving, perleburan asset yang kurang penting seperti kereta2 tambahan, pengorbanan erat silaturrahim ibu bapa kami dan macam2 lagi lah.
Alhamdulillah, ayah memang mampu sambung sebenarnya.
Cuma nak ngan tak nak......
Ayah menten cool je. Di mana2.... bila2..... ayah menten cool.
That is ayah!!
Tapi mak?
Macam2 yang bersarang!! Hahaha.
Lagi bersarang sebab mak tak kerja. Lagi la kena fikir itu ini. Duit emergency la.... Plan 1.... Plan 2 laaaaa......
End up mak stress..... mak pi makan2 itu ini..... makan lagi dan lagi!
Hahahaha......
Haaaaa alasan terbaik untuk makan banyak! ^_^
Setiap kali berkomunikasi dengan kawan yang memang sudah berada di Sheffield, mak rasa yessss kami mampu hidup di bumi orang.
Mak mampu menyokong suami mak untuk berjaya..... Mak mampu bekerja untuk cari duit tambahan..... Mak mampu didik anak mak mengenal Islam lebih baik ..... Mak mampu stabilkan mood mak supaya tidak memberi tekanan pada ayah yang sedang belajar bla bla bla......
Haaaaa macam2 di fikiran ni.
Serius tak terfikir nak jalan2 sana sinun pun. Sebab dalam otak mak, dok mikir kewangan nak survive hidup anak 4 orang je.
Huhuhu.....
Bila ditanya pada kawan2 yang baru pulang dengan situasi anak 5 pula, memang dia ngaku duit tak cukup.
Tapi dengan bantuan dan yakin pada Allah, semuanya cukup.
Sentiasa yakin pada rezeki Allah..... Insyaallah tenang semuanya.
Bila baca blog orang plak, semua perasaan blend.
Huhu.....
Tapi tu la..... mak macam tak jumpa je Mara sponsored yang ramai anak jot down tentang finance.
Mungkin tak de yang macam situasi kami kot.
Hahahaha.
Sebab terlalu risky mungkin......
Hahahaha......
Bila buat analisa sendiri2 rasanya bagus je pergi.
Sebab mak banyak kali cakap kat ayah kalau permohonan ayah ni smooth je prosesnya, maka ia diredhoi Allah.
Jika tidak membawa kebaikan, maka payahkan la urusan permohonan ini.
Dan lagi, ramai yang ayah kenal dan mak kenal memohon Mara ni, tak berjaya.
Yang ayah kenal tu, bukan la pemohon biasa2 je ok.
Pemohon yang ilmu lebih kurang ayah je. Tapi mungkin ini bukan rezeki terbaik buat mereka.
Kata ayah, mungkin yang Allah pilih ni adalah orang yang mampu berjuang sebenarnya.
Tinggal lagi kuatkan semangat je.
Huhuhu......
Mmmmm rasa saying pulak kalau tak pergi..........

Haaaaa....
Okey la. Cukup sampai sini dolu bebelan hati mak.
Ayah kata, kata putus hanya ayah beri sehingga selepas raya.
Mak nak wat tak tahu je.....
Wat tak tahu bukan bererti tak amik tahu........ Wat tak tahu supaya mak tak mempengaruhi apa2 keputusan ayah.
Tapi, mak isteri yang setia dan taat pada ayah.
Wat tak tahu bukan bererti tak amik tahu........ Wat tak tahu supaya mak tak mempengaruhi apa2 keputusan ayah.
Tapi, mak isteri yang setia dan taat pada ayah.
Apa yang ayah kata....... so long tak langgar syariat...... adalah baik untuk mak dan anak4.
Kerana keberkatan hidup isteri terletak pada keredhoan suami.
Follow aja la kan...
Banyak kali dah mak terfikir. Rasanya situasi ini memang ujian iman kat mak je.
Allah nak tengok sejauh mana kekuatan iman yang mak ada.
Kalau kuat keyakinan kita, sepatutnya tak de apa yang kita perlu risau kerana Allah sentiasa ada bersama.
Tapi tu la... Mak memang tahu iman mak lemah........ Tu yang jadi macam2 yang difikirkan hingga rasa hilang apa yang kita nak sebenarnya. Huh.
Sob sob sob.......

Semoga Ramadhan yang bakal menjelang memberi petunjuk yang lebih baik pada kami sekeluarga. Tekad untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Asyik dok kisah nak upgrade education. Haaaa jangan lupa upgrade iman ok.
Asyik dok kisah nak upgrade education. Haaaa jangan lupa upgrade iman ok.
Amin.
p/s - Tak semua perkara yang kita rasa baik bagi kita itu, sebenarnya baik untuk kita. Dan begitulah sebaliknya. Panjatkan doa dan sujud padaNya semoga diberi yang terbaik. Peace yarwl.

No comments:
Post a Comment