AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, June 23, 2014

Temasya sukan SKTBS yang ke 11


Hari ini anak3 tak ke sekolah. 
Cuti peristiwa sempena hari sukan semalam. 
First time mereka perlu ke sekolah 7 hari seminggu. 
Konpem letih para guru dan anak2 semua. 

Sebelum cerita sukan mereka basi dan  mak hilang mood kerajinan memblog, baik mak jot down cerita anak3 ni. 
Hahaha..... 
Macam tahun lepas, mak peram entry..... tahu2 tak jot down trus pun. 
Sebab malassss. 
Hahahaha.....

Semalam adalah temasya kejohanan SKTBS yang ke 11. 
Tahun ni ada perbezaan sedikit dari tahun2 yang lepas dari segi acara.
Ad dan Am, hanya menyumbang mata dalam acara sukantara sahaja memandangkan tiada sukaneka buat murid-murid tahun 3 dan 4.
Anak mak ini bukan kaki sport, jadi memang tidak mewakili apa2 dalam acara sukan sebenar. 
So untuk semalam, mereka datang sebagai pemerhati bebas dan penyokong Awatif je la. 
Hahahahaha..... 
Bagi Awatif, ini adalah pengalaman tahun pertama bersukan di SKTBS. 
Happy je anak mak. 
Senyum sokmo! 




Acara bermula sejak 7.50 pagi lagi. 
Macam biasa, sukan sekolah ni akan dimulakan dengan acara senamrobik beramai - ramai. 
Wahhhh happening jugak time ni ya. 
Then acara perbarisan badan beruniform dan rumah sukan di padang sekolah.
Mak tak tengok pun acara perbarisan tu sebab mak sekeluarga dah follow Awatif dan anak2 tahap 1 yang lain ke tapak perhimpuanan untuk acara sukaneka. 


 
Wajah-wajah penyokong Awatif bersukaneka. Hahahaha. 


Sekitar lebih kurang jam 9 pagi selepas majlis sukan sekolah yang ke 11 dirasmikan, acara sukan pun dimulakan. 
Di padang, acara sukan bagi anak2 tahap 2 manakala sukaneka darjah 1 dan 2 di tapak perhimpunan. 
Sukaneka dimulakan dengan anak2 prasekolah dan darjah 1. 
Kelas demi kelas..... dan akhirnya tiba giliran kelas Awatif. 
Yeahhh.


Tarik bola dengan gelung rotan..... then junjung bundut kacang..... then lari bawak bola dalam sudu dan isi air dalam botol. Haaaa 4 jenis dalam satu sukaneka gitu. Awatif rumah merah. Alhamdulillah dapat no 2. Senyum lah dia. 


Senyum :) Happy lah tu. Tahniah anak.


Selesai acara Awatif, kami pun beredar pulang. 
Bukan tak nak tunggu habis. Tapi mak tak mampu nak tunggu lagi walaupun ada acara menarik antara ibu bapa dan guru nanti.
Aisyah kepanasan. Asyik nak bad mood la. 
Adham pun sama. Buat perangai jugak!! 
Jadi solusinya, balik je la. 
Huh. 
Nak balik pun satu hal jugak! Car ayah kena kepung le pulak. 
Adehhhhh macam mana nak keluar! 
Double parking ok. Sabo jek la. 
Mak dah lepak bawah pokok ngan anak4. Rasa geram dengan Adham yang pe el. 
Lagi geram sebab rasa kena tunggu sehingga semua acara selesai. 
Jenuh jugak nak cari empunya kereta yang memblok car ayah ni. 
Huhuhu.... 

Tapi ayah rileks je.... 
Tetap cool macam selalu. 
Car ayah betul2 bersebelahan dengan mpv grandis tu. 
Belakang car ayah ada viva dan depan ada myvi gitu. 
Jeng jeng...... 
Ayah panjat divider! Omg! Ya ampunnn..... Hahahaha.
Then ayah pandu menyusuri divider dan tempat pejalan kaki itu ke ruang yang belakang yang tiada kereta. 
Now turun divider pulak!
Mak yang lihat dari jauh nak tergelak pun ada. Hahahahaha...... 
Orang yang dok berdiri sekitar pagar tu pun dok tengok2. Hahahaha, memang glamor la sat. 
Huhu..... bagus jugak ada car tinggi macam ni. 
Kalau naik car tadi jenuh berjanggut la menunggu. 
Hihihi...



Then kami pun trus naik car ayah dan menuju ke Shah Alam untuk makan tengahari...... 
Haaaaa selesai satu bab. 
Alhamdulillah.
Balik makan, pakat2 tidok keletihan. 
Zzzzzzz.


No comments:

Post a Comment