Hoho.....
Esok puasa ok.
Pagi2 sekitar jam 815 pagi, mak dah ke Segi membeli apa yang patut.
Kebiasaannya urusan membeli belah ini hanya mak mak lakukan pada hari Ahad.
Alhamdulillah stok barang basah di Segi memang segar2 hari ini.
Best betul rasanya membeli belah.
Mak beli daging, ikan tongkol, udang dan ikan merah.
Ayam mak beli di gerai ayam segar di Kampung Subang dan sayur-sayuran mak beli di kedai Acheh Bukit Subang je.
Sampai2 di rumah, mak terus membersihkan bahan basah.
Dan mak pun masak 7 lauk frozen.
7 lauk frozen ni adalah untuk 7 hari berbuka puasa ok.
Senang dan mudah.
Jimat masa dan tenaga pastinya.
Ini adalah untuk memastikan mak memang hidangkan juadah berbuka dengan air tangan mak.
Jadi tiada persoalan blur nak masak apa itu timbul sebab mak dah rangka menu mak lebih awal.
Menu frozen mak :-
Ikan tongkol singgang
Ikan tenggiri masak lemak
Ikan tenggiri masak kari
Ayam kerutub
Ikan tenggiri rebus asam
Ikan merah asam pedas
Udang sambal.
Haaaaa..... yang mudah2 dan biasa2 je.
Tak perlu pening2 kepala nak memikirkan.
Sekitar jam 11 lebih semua urusan masak2 dah pun settle. Alhamdulillah.
Jadi masakan dibiarkan sejuk sebelum masuk ke dalam freezer.
Sekitar jam 12 lebih, kami sekeluarga keluar ke Sungai Buloh.
Mak mintak ayah belikan mak freezer.
Hihihi....
Tak sangka pulak ayah ok jek.....
Ini adalah freezer paling kecil di kedai itu. Brand Pensonic dan dibeli pada harga rm 600.
Tq to ayah yang membelinya.
Jadi urusan membeli stok bahan basah selepas ini lebih mudah la.
Sebab mak boleh beli stok banyak tanpa pening kepala nak fikir muat ke idak freezer peti sejuk mak.
Dah ada freezer ni, lagi la semangat nak buat lauk2 frozen.
Yeehaaa!!
Freezer peti sejuk boleh simpan lauk frozen yang dah dimasak manakala freezer baru ni adalah untuk simpan lauk yang betul2 mentah.
Jadi, selepas ini, tidak perlu berhasrat untuk tukar peti sejuk ok.
Sebab tujuan nak tukar peti baru itu dah tiada sejak ada freezer.
Ini lebih jimat dari menukar peti.
Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah.
Lebih kurang jam 4, kami keluar balik ok.
Ayah ada urusan dengan wakil jualan kereta.
Tapi otw tu pulak, wakil jualan kereta tu keluar pulak.
Jadi urusan ayah tu ditangguh esok la pulak.
Mmmm lau esok, ayah pi sorang je la ok :)
Tapi kami tak patah balik la.
Lalu kami lepak minum2 petang di JCO Donut.
Mmmm yummy!!
Donut dan ice blendednya memang marbelesok!
Then mak sopink langsir bilik mak.
Nak cari langsir yang lebih gelap gitu......
Mak dah skodeng dari minggu lepas lagi ok.....
Alhamdulillah tak beli minggu lepas sebab sale baru start hari ni je.
Malas dah mak nak jahit seniri.
Sakit pinggang kronik sejak mak pandai jahir langsir ni.
Huhu....
Then kami pun balik ke rumah.
Ayah trus menggantikan yang lama kepada yang baru.
Mak puas hati dengan belian langsir di kedai Dreamz Kota Damansara ni.
Memang kain dan jahitannya berkualiti.
Ok la ......
Malam ini bermula lah terawih.
Ayah macam biasa la... ke masjid.
Mak terawih di rumah aje.
Mmmm tahun ni anak4 sangat teruja excited nak sambut Ramadhan.
Moga Ramadhan yang datang membawa lebih banyak kebaikan pada kita sekeluarga.
Amin.....



No comments:
Post a Comment