Alhamdulillah Awatif dah pun merdeka daripada peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan petang ini.
Moga anakanda Awatif boleh jawab semua soalan dengan mudah.
Sesuatu yang menarik telah terjadi hari ini.
Beg tangan yang mak beli semalam dah sampai!
Hahahahaha......
Mak sendiri pun pelik.
Sejak bila lah mak jadi pengumpul beg tangan ni entahlah.
Dalam dua bulan ni, dah 3 buah beg tangan mak beli dan ayah yang bayar.
Hahahaha.
Thank you darling. Moga murah rezeki darling ye.
Thank you darling. Moga murah rezeki darling ye.
Rasanya mood heavennya shopping di Coach Bicester Village bulan lepas, masih belum hilang.
Hahahaha.
Tu yang terbawa-bawa kegilaan bersopink tu hingga ke hari ini.
Huh.
Beg yang mak beli kali ini tetap dari jenama sometimes by asian designers.
Ohoiiiii memang menyampah je rasanya setiap kali tengok ig kedai ni.
Memang rasa berhantu.
Terpanggil-panggil untuk membeli.
Serius tak tahan.
Bukan apa ye....
Beg kedai ni dijual pada harga yang sangat affordable dengan kualiti yang sangat memuaskan.
Plus the design itself so classy yet stylish.
That's why i fall in love for the first time i scroll.
Hahahahaha.
![]() |
| Piko-piko by Nicole W. Piko-piko ni galas belakang. Design ni dah dijual awal tahun dulu kalau tak silap. Now dah restock dah dijual di fashionvalet.com. |
![]() |
| Fiko-fiko by Nicole W. Sandang bahu. Ada saiz kecik dan ada saiz besar. Ini adalah latest product in the shop. Boleh dibeli di sometime. |
Mak beli beg piko-piko.
Kenapa piko-piko yang jadi pilihan?
Ini adalah disebabkan mak tak de design beg ala-ala beg tangan zaman muda mak.
Now terasa nak pakai gitu kembali.
Rasanya, beg begini juga lebih praktikal dari segi keselamatan.
Sekarang kan banyak sangat kes ragut.
Jadi beg yang disandang begini, sepertinya kurang risiko untuk diragut.
Dan juga, mak rasa lebih selesa menggalas beg daripada menggantung di bahu.
Haaa gitu :)
Piko-piko boleh dibeli di fashionvalet.com
Ini kali pertama mak berurusan dengan FV.
Semalam pagi beli, hari ini dah sampai.
Yeah.... so fast daa.






























