Hehehe....lama tidak bersiaran rasanya. Sengaja dibuat begitu kerana memberi laluan diriku dengan membanyakkan aktiviti membaca dan godek2 ilmu IT dari laman web yang ada. Cewahhh.... ikutkan aku memang malas.... tapi kena paksa diriku jugak untuk do something berfaedah. At least minda aku terisi dengan benda yang positif..... then baru laa aku tak cari gaduh dengan maid dan suami aku. Hahahaha!!!
Blog pun dah bertukar lagu kini...... Annivesary pun tamat sudah. Jadi kembali kepada asal seperti sebelum2 ini dengan lagu2 nasyid yang lebih mendamaikan. Subhanallah. Okey, entry kali ni aku just nak kongsi pembacaan aku je. Udah lama tak up topik label ni kan?? Jadi aku up laa. Hehehe.....
Buku yang sedang kubaca sekarang ni, dibeli selepas melihat Ustaz Zahazan promote this book di MHI last week sempena sambutan Maulidur Rasul. Tajuknya SYAMAIL MUHAMMAD SAW yang bermaksud KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW. Sangat sesuai laa dengan waktunya kan. Jadi, mendengarkan tazkirah darinya hari tu, aku bertekad nak ada koleksi ni. Sebab memang bagus dibuat bacaan. Asik dok baca bed time stories yang macam2 je kan..... Jadi kita tukar mode ke arah yang lebih menarik, Insyaallah.
Aku pun baru baca bab 1 jek pun aihh.... masih dibawah tajuk karakter Rasulullah based on hadith etc. Hehehe.... Tapi tak kisah laaa. Yang penting kat sini adalah knowledge sharing kan....... Okey, ni bukunya - rega rm 45. Mana nak beli?? Kedai buku laaa. Kalau nak beli dengan aku pun boleh jugak yer... Hehehe.... Leh visit here - http://www.stormreaders.net/richermind.

"Rasulullah SAW memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik." Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Summary dari chapter 1 - Karakter Rasulullah SAW based on hadith:-
- Nabi Muhammad tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
- Kulit yang tidak terlalu putih dan terlalu gelap.
- Rambut baginda sangat lebat serta tidak terlalu kerinting dan terlalu lurus. Rambutnya ikal.
- Baginda menjadi utusan Allah di umur 40 tahun - 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
- Baginda wafat pada usianya 60 tahun. Ketika itu ubat di rambut dan janggutnya tidak melebihi 20 helai. Subhanallah.
- Baginda seorang yang berdada bidang dan lebar, tegap dan gagah.
- Baginda juga mempunyai tangan yang panjang dengan telapak tangan yang tebal serta sendi2 yang besar. Jari2nya juga panjang2.
- Baginda mempunyai bulu dada yang panjang dan halus.
- Baginda sangat tampan pabila berpakaian berwarna merah.
- Baginda tidak gemuk.
- Wajah baginda tidak terlalu bulat.
- Bola mata banginda hitam pekat dan bulu mata yang lentik dan kening yang hampir bertemu di tengah2.
- Apabila baginda marah, kelihatan urat merah di tengah2 keningnya itu.
- Mempunyai hidung yang mancung dan bahagian atas yang bercahaya.
- Mulut baginda lebar dan giginya berjarak.
- Perut baginda sama rata dengan dadanya.
- Ketika baginda berjalan, pandangannya lebih banyak ke bawah dari mendongak ke atas.
- Setiap kali bertemu seseorang, baginda yang akan memberi salam terlebih dahulu.
- Semua sahabah dan mereka yang pernah bertemu dengannya berkata tiada yang sama seperti baginda samada sebelum dan sesudah wafatnya.
- Ucapan baginda ucapan yang boleh dipercayai.
- Karakter baginda sangat lembut dan cara pergaulannya sangat mulia hinggakan bagi mereka yang melihatnya pertama kali pasti segan.
p/s Dari apa yang kubaca, memang baginda seorang yang sempurna ciptaan Allah SWT. Subhanallah. Okey cukup tara tu dolu yer..... Nanti aku sambung untuk chapter 2 plak. Mmmm bila aku jot down macam gini, aku rasa apa yang aku baca tu memang masuk ke otak aku betul2. Hehehe...... Dan membaca hadis2 in Arabic jugak, buat aku teruja mempelajari Bahasa Arab yang dah lama kutinggalkan. Mmmm rindu rasanya. Okey, nanti sambung yer.
No comments:
Post a Comment