Ni kisah weekend hari tu..... tak berupdet sebab mokcik tunggu gambar di transfer. Hehehe.... Sempena cuti sekolah kali ni, MIL and adik2 visit us di Kuala Lumpur. Kebetulan plak adiknya Shariff; Shafiq yang bersekolah di Alam Shah Cheras nak amik result SPM.... jadi happening laa jugak. Alhamdulillah, Shafiq dapat 9A 1B. Actually he is quite upset since the target lari. Tapi tak kisah lah tu.... Itu pun dah cukup memberangsangkan!!! Tahniah buat dia. Yang penting grab peluang yang ada.... Jangan dilepaskan sementara diberi peluang. Perjalanan masih jauh. Moga dia kuat semangat untuk melalui perjalanan akan datang. Kami suami isteri mendoakan yang terbaik buat dirinya. Amin!! Yang penting, abang dan kak iparnya ini memang menyokong dia.
Mak sampai KL Jumaat pagi. Siangnya banyak masa dihabiskan dengan berehat gara2 perjalanan yang meletihkan. Malam tu, setelah ahli keluarga kami cukup (mira dan hasband dan faheem) kami pun makan2 besar meraikan kejayaan si Shafiq. Hehehe.... lagipun hubby baru dapat bonus. Jadi kesempatan diambil untuk belanja ahli keluarga makan sedap di restoran favourite our family - Jom Santai, Sunway Damansara. Okey sempat jugak snap gambar..... ni dia!!
Faheem dah gigit meja! Mana makanan ni Pa Ngah?? Paim lapar dah ni!! Hahaha......
Antara menu hidangan that night - kerabu mangga, udang paprik, baby kailan, telur goreng, tomyam campur, daging masak merah dan nasi.
Makan....makan puas2. Sedap jugak!! Aku makan sampai senak rasa nak duduk. Ketat perut!! Balik tu pakat2 pengsan tido. Hahaha!!Keesokan harinya, seperti yang dijanji dari minggu lepas lagi, kami pun membawa family mandi manda di Wet World Shah Alam. Idea ni dari Ma Chik (Mira). Hehehe...tiket masuk disponsor Ma Chik. Hehehe...tq. Anak2, suami, ipar2, anak sedara semuanya girang mandi-manda. Aihh jeles plak aku eh. Aku tak leh mandi laa...Hahaha...Takut licin kan!! Silap2 masuk metro plak - wanita bersalin dalam kolam Wet World. Hahahaha!!! Jadi aku menemani MIL dan anakku Adham yang tak mau mandi dan jaga barang berharga. Hehehe..... Okey, ni gambar mereka2 yang girang mandi-manda. Gambar di snap oleh Ma Chik dan Pa Chik. Tapi nampaknya tak adil sebab depa lupa nak snap gambar orang yang tak mandi...iaitu aku, Adham dan mak. Huhuhu.....
Ini lah Ma Chik @ Mira @ adiknya hubby with Faheem.....
Dan ini laa orang yang paling gumbira sekali!! Tak takut air...udah kecut kaki tangan pun dia nak mandi lagik!! Hahhaha..... Nama budak busyuk ini - Aisy Faheem. Hehehe.....Tak diam seminit pun kecuali tidoq. Hehehehe.....
Itu siapa?? My hubby and Awatif yang tak cukup tido. Sebab tu dia merengek jek. Mmm malam tadi depa ni dok tengok dvd...tido lewat..... But satu jek teruja.....perut hubby comel.... hahha....Larik cepat....karang kena pelangkung ngan dia plak!!
Around 1 o'clock, kami pun balik ke rumah. Mmm pakat2 pengsan keletihan. Saat ni mak dan adik2 di rumah Ma Chik kat Seri Kembangan. Malam karang kami berkumpul lagi... Esok nak cuti2 Mesia balik kampung Jerteh. Yang tak balik cuma Pa Chik (keje yang tak dapat cuti) dan maid sebel aku!! Hehehehe..... Bye2 KL. Kami pulang ke KL on Saturday, Insyaallah. Hopefully semuanya okey.... Amin!!!



No comments:
Post a Comment