Okey, nak kongsi kisah semalam..... Hehehe... Disebabkan aku dah letih memasak Jumaat lepas, jadinya dinner semalam aku memang tak masak. Then aku pun decide makan2 di luar jek. Kebetulan hubby nak membeli tupperware besar untuk isi barang kecik2nya sebelum berpindah ke rumah baru. Mmmm bila dah masuk giant Kota Damansara, pilihan makan2 ni memang limited laa. Macam biasa aku pun ajak hubby makan di JM Beriani. Bezanya hari ini, aku bawak maid aku makan bersama..... Sian kat dia sebab dia tak makan tengah hari. Mmm kami makan laksa perangat. Tapi selera dia kalau dah makan semalam, hari ni tak mau laa. Jadinya, tanggung sendiri laa..... Makcik tak larat nak layan. Hehehe....
Maid aku ni mula2 tak mau. Mmm jual mahal lah tu!! Last2 dia ikut jugak. Hehehe..... Yer laa takkan laa tak boring. Tu yang aku ajak tu. Nampaknya dia sangat happy. Aku order beriyani ayam merah. Hubby dan maid plak, beriyani kambing. Hehehe.... Sementara menunggu juadah makan2, hubby bawak anak3 aku berjalan2 di kedai2 yang berhampiran. Tinggal laa aku dan maid aku yang setia di meja. Mmm dah duduk semeja takkan laa nak berdiam jek. Kebetulan mood aku pun baik, aku sembang laaa ngan dia.... Hehehe......
" Mariya, ko dah mandi malam ke?" tanya aku
" Belum..... nanti baru mandi. Sekarang malam2 kena mandi 2 kali baru boleh tido." jawabnya.
Mmm sian dia. Memang panas gila sekarang ni pun. Tambah2 plak bilik dia sebelah dapur. Aku plak suka masak malam. Sah2 laa dia panas. Hehehe.....
Aku pun kata balik kat dia........ " Kakak nak tido baru mandi. Sangat panas. " Hehehe....aku kan ke terobesiti sekarang ni... Memang laa kepanasan sokmo.
Dan pas tu ada dia balas..... tapi malangnya aku tak dengar apa dah. Hahaha... Aku hanya senyum dan gelak2 je laaa.
Sudah2 makan, sementara menunggu anak3 aku habiskan juadah, maid aku pun tetiba tergelak. Mmm sambil tu menghalakan pandangan aku ke arah customer dia meja sebelah aku. Uish, dia gelakkan orang tu ..... siap tunjuk plak tu!! Orang tu sedang memakai lipstiknya setelah habis makan. Siap bersolek sakan laa depan cermin tangannya. Hehehe..... Dan maid aku ni punya laa rasa kelakar melihatnya sampaikan wanita itu dan keluarganya perasan yang dia digelakkan.
Dalam hati aku.... ish, apa kena laa maid aku ni. Kelakar beno ke? Aku rasa normal jek? Mungkin dia gelak tu sebab wanita itu sudah tua but still semangat nak make up2 agaknya. Cuma budaya kita, biarkan aje. Tapi dia ni out spoken gelak depan2. Sebab aku takut, kemungkinan wanita itu datang kat meja aku (tak pasal2 kena lempang ke apa ke), aku pun apa lagi cepat2 bangun dan terus suh hubbyku settle bayar2 membayar.... Risau benar teman ni aih. Orang KL ni bukan leh predict. Nak nak yang macam banyak duit macam wanita itu..... Hehehe....
Moralnya, lain kali tak payah nak beramah tamah ngan maid aku... Hehehe.... Mungkin bila aku sudah bersembang2 dengannya tadi dia rasa aku sangat sporting dan boleh bergelak ketawa together dalam semua hal. Sesekali okey yer dik.... Hehehe.... Okey laaa ... Mokcik nak pi makan roti canai dolu.... Lewat dah nak breakfast ni. Hehehe..... Bye.
kahh...selamba je dia gelakkan.kekeke..lawak tul.
ReplyDeletetue maid ko tak tengok lagik haku pakai eyeshadow blusher segala kat kedai makan...kalo tak mau diyer gelak tergolek-golek tuh kak oi..huhu
ReplyDelete