AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Friday, July 20, 2012

Dia Segalanya Review - Sha Ibrahim - Kaki Novel.


Hari ini anak mak tak sekolah agama. 
Sekolahnya ambil cuti menjelang Ramadhan. 
Tapi sekolah kebangsaan tetap seperti biasa petang ini. 

Entry pagi2 di hujung bulan Syaaban ini adalah tentang novel yang baru mak habiskan dua hari lepas. 
Owh..... beli dua bulan yang lalu.... 
Hanya membacanya sejak sebulan yang lalu. 
Hahahaha. 
Gila lama la!!

Novel kali ni adalah seperti gambar di bawah.... 
Dia Segalanya.... 




Based pada gambar ni, pastinya novel ini adalah terbitan Kaki Novel. 
Penulisnya adalah Sha Ibrahim atau nama penuhnya Siti Hajarul Akma Ibrahim. 
Ini merupakan novel kedua darinya setelah Biarkan Ia Berlalu.
Harga novel ini adalah rm 37 di pasaran. 
Bagi mak, novel ni memang tebal di mana jumlah muka suratnya adalah 1112 :))
Hihihi..... 
Jadi tak salah la kalau mak amik masa sebulan untuk habiskannya. 
Hahaha.. 
Sebab mak pon tak baca sepanjang masa. 
Mak hanya baca novel sebelum mak tidur, ketika susukan dan tidokan anak. 
Tu jek waktu senggang mak yang ada. 




Kat sini mak nak wat review sket. 
Review ni dari kaca mata mak. 
Idea asal novel ni ada mirip dengan cerita Korea - Autumn In My Heart atau dalam versi Filipinesnya - Endless Love. 
Tapi penulis ni tak la copy paste cerita tersebut bulat2 kot. 
Beliau telah kembangkan cerita itu dengan caranya yang tersendiri. 
Gaya bahasa novel ni santai.....
Serius tak membosankan... !! 
Mungkin umur penulis pun lebih kurang umur mak je.... tu pasal mak selesa dengan penulisannya. 
Novel ini happy ending.... 
Alhamdulillah. 

Antara watak2 yang ada dalam cerita ni :- 
Faizul - Hero cerita. Jejaka metroseksual yang hendsome lagi educated. 
Faizal - Abang kembar si Faizul. Karakter keabangan banyak ditonjolkan di sini. 
Suraya - Heroin novel ni. Adik kepada Faizul dan Faizal. Tetapi dia hanya anak angkat. 
Dato Ibrahim - Ayah kepada mereka bertiga. Usahawan berjaya, tegas tetapi bapa penyayang.
Datin Rafidah - Mak kepada mereka bertiga. Watak ibu penyayang ni. 
Deraman - Kawan baik Faizul aka pendengar setia masalah si Faizul. 
Reena / V - Watak jahat novel ini. Seorang oportunis yang mengambil kesempatan atas orang lain. 
Najihah - Sekretari Faizul aka officemate yang efisien dan ikhlas bekerja. 
Dr Shahrul - Dr yang bertugas di HKL. Peminat Suraya. 
Fatima - Kawan baik Suraya. 
Zarina - Awek dan tunang si Faizal.
Jessy / Siti Sarah - Kawan Faizul aka penyelamat cerita dalam novel ni. 

Kalau anda masih belum membaca novel ini, agak2 boleh agak tak ceritanya macam mana??? 
Hahahaha....... 

*
*
*
*
*
*
*
*

Cerita dia macam ni....... 

Ini adalah kisah anak3 Dato Ibrahim dan Puan Rafidah.
Faizal dan Faizul adalah anak kandung mereka. 
Suraya pulak adalah anak angkat mereka. 
Suraya adalah anak Puan Suriati, sahabat baik Datin Rafidah. 
Mak kandung Suraya meninggal dunia semasa dia kecil..... 
Disebabkan ibunya itu telah disisihkan keluarga gara2 berkahwin tanpa restu, maka hanya pada Datin Rafidah lah, dia mohon untuk besarkan Suraya.

Suraya sangat cantik....
Lembut, penyayang, manja dan genius.
Dia adalah graduan perubatan dari Universiti Malaya. 
Faizal dan Faizul adalah kembar tak seiras. 
Macam biasa, watak hero mesti hensem dari semua yang lain!! Hahaha. 
Mereka berdua lulusan universiti terkemuka di UK.
Faizal sangat sayangkan adik2nya.... 
Faizul pula tak mampu menyayangi Suraya seperti adiknya sendiri. 
Dia sebenarnya jatuh hati dengan adik angkatnya itu. 
Dia tahu perasaannya itu salah.... Tapi ia tak mampu dibuang hilang. 
Jadi, cara terbaik adalah dengan menjauhkan diri dan membenci Suraya..... 
Tapi sejauh mana perasaan itu dapat dinafikan....?? 

Setelah pulang dari UK, Faizul berusaha untuk memperbaiki hubungannya. 
Mmm tetap tak berubah jugak. 
Malah dia makin mencintai Suraya. 
Nak jadikan cerita, Si Suraya pun sama jugak laaa plak. 
Hahaha. 
Sedang asyik2 bercinta dalam diam mereka berdua ni, tup2 Suraya disahkan lukemia!! 
Bermulalah babak hospital yang syahdu. 
Tatkala Suraya diambang maut, Faizul akhirnya mendedahkan perasaannya pada keluarga. 
Pastinya ditentang hebat!!! 
Tapi kerana sayangnya ibu bapa pada anak3.....akhirnya mereka bersatu jua..... 

Macam mana boleh jadi happy ending?? 
Aaaa korang baca la sendiri. 
Hahahah.... 
Mak nak pi wat milo sarapan pagi ok. 
Ekekeke.... 

Novel ni bagi mak ok la. 
Tapi untuk mak jadi fanatik seperti mak membaca penulisan Siti Rosmizah tu tak la kot.
Bagi mak novel Siti sentiasa berada di tempat istimewa dalam hati mak......
Sayang Siti Rosmizah!
Hihihi.... 

Untuk novel ni, mak bagi 4 bintang :) 
So siapa yang tak baca lagi, boleh la dapatkannya ok.... 

Da da..... 


4 comments:

  1. Ila..Su x beli lagi Novel ni.. review tu macam best la tapi tebal sgoh buku tu.. alahai jenuhla nak abiskan..

    ReplyDelete
  2. memang tebal su.... lau baca baring, agak lenguh jugak le tangan ni ha... hihihi.

    ReplyDelete
  3. bila baca nama watak dlm novel tu,tiba part'datuk/dato' aku langsung menyampah...salu sgt nk highlight anak org berada etc..ape org kebanyakkan ni tak hebat ke kisah nye? skeptikal aku rasa novel2 yg ade..hahha..hensem,cantik..kaya...huhh..bosannyerr..hahah..dr aku kenal novel masa sek.menengah..sampai la nih..dah 2012 ok!..same je citer nye..hahah..

    ReplyDelete
  4. hahaha....emo emo nih.

    ko kena faham yang org melayu memang suka berangan yang indah2.... tu pasal dlm khayalan mereka, yang indah tu yg hensem, kaya etc...

    tapi dunia realitinya, depa kurang study yang life org begini tak la best tara mana pun.... serabut ado. hahaha.

    whatever, nak rasa nikmat membaca novel, bacalah novel tulisan siti rosminzah..... siap boleh teresak2 tanpa sedar. sangat terkesan di hati aku hingga kini.... huhu, seriusly hebat!

    ReplyDelete