AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, July 8, 2012

Pak Ron Kopitiam, Denai Alam.


Semalam tak update pun blog. 
Sebabnya mak tak buat apa2 pun melainkan kerja membibik dari pagi sampai ke petang. 
Hihi.... 
Puas hati sebab semua sudah beres kecuali satu je iaitu gosok baju :) 
Insyaallah petang ni beres. 

Pagi ni kami breakfast di Pak Ron Kopitiam. 
Warga Denai Alam kini ada pilihan tempat makan selain An Nur Cafe. 
Kedai ni baru sahaja dibuka. 
Jadi kedai masih tak habis make up 100% walaupun sudah beroperasi. 
Mmmm nanti2 leh la make up kan. 
Hihihi. 
Dan apa yang menariknya, kopitiam ni ramai yang mengunjunginya. 
Alhamdulillah. 




Pagi ni memang ramai terutamanya yang berkeluarga. 
Ramai je anak2 masih berbaju tidur.... Termasuklah anak mak sendiri. 
Hihihi.
Yang dewasa plak.... ada jugak segelintir yang baru balik jogging. Habis jogging langsung ke mari untuk menambah kalori yang terbakar tadi. 
Ekekeke..... 
Disebabkan hari ni ramai, jadi waiting time kami agak panjang. 
Kebetulan time kami datang tu peak hour kan. 
Jadi sabar dan rileks jek la..... 






Buai gantung ini antara tarikan kopitiam ini. Sebelum datang sini, hari2 anak mak dok sebut tentang buai ni. Hihihi.... Petanda nak ngajak mama pi makan kat sini lah tu. 


Sarah Aisyah yang demam.... Makan kuih flat dolu yer :) 


Ni la wajah roti canai crunchy Pak Ron Kopitiam. Sedap!! Tapi makan kadang2 ok la. Sokmo2 risau bulat jek eh. 


Komen dan review restoran - 
1) Makanan sedap jugak. 
2) Air tangan orang Malaysia aka Melayu dan bukan warga asing Indonesia atau bangla. 
3) Kedai with gud ventilation. 
4) Air yang manis berpada-pada. Sangat ok la dari manis giler. 
5) Cuma boleh improve dari segi waiting time supaya pelanggan tak tunggu lama. Lambat la ni leh diterima sebab kopitiam masih baru. Tapi jika berlanjutan hingga ke hujung tahun, itu petanda tak ok. 

Itu jek komen mak..... 
Mak dan keluarga memang tak cerewet. 
Apa yang penting, perlu ada improvement untuk perbaiki kelemahan itu.

Okey lah..... 
Mak nak sette apa yang patut dolu. 
Apa yang pasti.....
Nanti2 kita sarapan pagi sini lagi ok. 
Senang koje mak..... Hihihi..

Da da.......






No comments:

Post a Comment