Hari ini bermulalah buku catatan amalan yang baru...
Harapan mak sempena Syaaban mulia, semoga catatan kebaikan > kejahatan dan keburukan.
Sama2 lah kita perbaiki....
Insyaallah.
Apa yang menarik hari ini??
Mak meraikan pengalaman baru anak2 mak.
Hari ni adalah temasya sukaneka tahap 1 yang ke 9.
Ayah pun cuti semata-mata untuk mengimarahkan majlis sukan anak2.
Jadi semuanya kena bangun pagi.
Alhamdulillah mudahnya la.....
Mudah mungkin masing2 teruja nak bersukan termasuklah pom-pom girl - Awatif dan Aisyah.
Hihihi.....
Kami berkampung di sekitar sekolah bermula dari pagi hingga la tengahari.
Catatan hari ni, mak memang tak nak membebel banyak.
Biarlah gambar yang bercerita okeh :)
Pelbagai aksi girls sementara menunggu sukaneka abang2nya bermula.
Bukan girls je nak beraksi, mak pon!!! Layan.... nasib lah kan :))
Syawal Adham dan rakan seperjuangannya.
Tu dia aksi anak mak...... Macam malu2 pun ada. Anak mak dapat tempat keempat yer. Dan punca kekalahan tu rasanya anak mak lah :)) Dia rileks2 je berjalan.... Orang lain kelam kabut kejar masa. Hihihi.....
Adham dan team 1 Cerdik.... Nampak macam bangga jek dapat medal tu though tempat keempat :)).
Sementara murid2 tahun 1 bersukaneka di padang, murid2 tahun 2 berkumpul di lobi perhimpunan. Ada tayangan movie toys story 3 lagik..... Hihihi.
Ni aksi Azhad..... Nampak macam terlebih semangat bersukan pun ada. Pasukan dia dapat tempat naik juara.
Ni la medalnya .......
Okey, cukup tara ni.
Mak tak dapat catat blog dengan aman bahagia sebab ada budak sedang meroyan merayu nak nenen....
Huhuhu.....
Tu la dia.
Asal maknya lepak jek depan laptop......sokmo gini lah jadinya.
Nasib baik la anak bongsu.... so mak layan lah ngada2nya nih.
Ekeke......
Cepat lah besar eh wahai anak......
Da da ........
Later2 mak cakap lagik.





No comments:
Post a Comment